CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, December 22, 2011

Berita Itu Mengembirakan Saya..

Alhamdulillah Ya Allah...

Setelah beberapa waktu aku menunggu, Kau makbulkan doaku..
Setelah beberapa rasa parah melanda, Kau redakan sakitku dengan kahbaran itu..
Setelah Beberapa ketika lena keasyikan dengan tawa teman teman, Kau berikan aku peluang mengecapi kegembiraan Itu..

hehheheheh.. bukan Anak....

tapi Soal Kerja..

Syukur, aku tak perlu menenti terlalu lama seperti sesetengah mereka yang kurang bernasib baik..
Syukur, rezekiku terlebih dahulu berbanding teman-teman seperjuangan yang tidak kurang cekal mengharungi hari-hari sukar disini
Syukur, berita itu seakan terngiang indah di naluri seorang insan yang dipanggil SHIMA.... :)

Ya Allah yang Maha Besar..

Sesungguhnya kurniamu ini bukan rendah dimataku,
Sesungguhnya Restumu ini bukan kecil nilainya di hati ini

Alhmadulillah....

Tuesday, November 29, 2011

Catatan Perjalanan Ke Kuching, Sarawak..

assalamualaikum..firstly, nak gtau, butang 'shift' pada keyboard nie dah tak berfungsi, so, sy susah nak guna huruf besar dan kecik,,..... wargghhhok, perjalanan kami suami isteri bermula dari meru, pada pukul 12.00 tengahari. tepat kul 12.05, ada satu kereta wira putih gal potong kami dan masuk ikut suka hati.. alamatnya, kereta sy dah tercalar.. anak pompuan driver yang dok kat sebelah tu, siap sound ali lagi, kata bawaklambat.. tapi bapak dye yg drive, say sorry n mengaku yg dye memang tak berapa sihat utk bawak kereta dengan baik.. sabarlah wahai cik hati..ok, perjalanan diteruskan ke kl sentral dihantar oleh abg ipar sy.. heheheh.. kami naik bas aerobus, harga tiket rm14.00 untuk perjalanan 2 hala. tiket sah untuk 1 bulan. syok la. kalau sehala, rm8.00...

kami sampai kat lcct dalam kul 4.45 petang, shafarita, shafinaz, kak ida, zuk n ali... kami makan dulu, kat restoran dalam area lcct tu. mula2, print boarding pass kat koisk air asia, pastu, g scann beg yang kami bawak naik flight.. kalau ada yang nak kena masuk dalam luggage, kena masuk kaunter lain plak.. passtu, kami g balai pelepasan, tunggu la kat gate bawah tu sampai kul 7.30 malam, baru boleh masuk.. oh, korang jangan risau, ada surau, tandas n kedai2 kalau lapar.. hehehebila flight airbus air asia, kami beratur utk naik atas belon besau tu. huhuhu.. aku dok tengah diantara kak ida n en suami.. wahhh... masa mula2 kapal nak terbang, ya allah... sangat laju
kAMI SAMPAI KAT kUCHING, DALAM KUL 10 LEBIH CAMTU.. Terserempak ngan Zahid AF.. korang ade? hehehehhe... kami naik van yang dah ditempah siap sebelum tu. harga untuk tempahan tu, RM550.00 untuk 2 hari, 1 jam... maksudnya, malam kami sampai, esoknya sampai kul 6 petang, pastu lusa, dari kul 8 sampai 6 petang.. haa... camner tuh? malam tu kami jalan2 sendiri.. cam tak berbaloi lak rasanya.. ishhhhhhh...
takpelah, berbalik pada journey



RJ AYAM BAKAR KOPITIAM

Kami singgah makan malam kat RJ Ayam Bakar nie.. kat sini jer yang tuan punya van kami sewa tu kata sedap.. agaknya dye malas nak bawak kami g tempat lain.. huhuhu kami makan nasi lemak, kuey teow goreng bla bla bla.. macam2 lah... heheehhehehhe..


RM7.00 (kuey teow yang sangat MANIS... rasa pelik sket)

malam tu mungkin bukan nasib kami, sebabnya, nasik yang kami makan sangat lembekkk.. hurmmmm



TUNE HOTEL


Kami sampai kat hotel lepas kami makan.. hotel yang kami dok kali nie, tune hotel.. kat KUCHING..... memang tak seronok dok hotel nie..
oleh yang demikian, sila pilih hotel lain yang lebih berpatutan!!!! bayangkan, untuk 2 hari tu, kami bayar RM217.53 untuk 1 bilik,,,, kemudahan yang kami dapat?

- Sehelai Tuala Putih (Walupun bilik "Family Room"), dengan 1 kit yang ada 1 sabun, 1 shampoo n 1 bath gel.. hellooo.. sy dok 2 hari, 2 orang.. tuala tu pun takkan ditukar walaupun korang dok sana 10 hari... kalau nak, bayar la dekk
-Air Cond selama 12 jam Sahaja... 12 jam nie, kira mcm prepaid tau.. kalau hari pertama, guna 5 jam, hari kedua, kita masih ada 7 jam baki.. hurmnmmm.. untuk kedua2 barang dan perkhidmatan ni, kena bayar RM15.90 OKay...

-kalau nak tv ngan wi-fi, tambh lagi RM15.90untuk 24 jam... tapi ni bukan macam prepaid. katakan kita on tv pada jam 11.00 malam ni, maka, tepat jam 11.00 malam esoknya, tv akan terpada mautomaticly.. hebat kan tune hotel....
-takde intercorm dalam bilik ... hurmmm
-takde breakfast..
-takde cerek ari dalam bilik
-pintu bilik air yang diperbuat daripada kaca serpih, bila aku nak buka, terkena jari kaki dan luka.. terima kasih tune Hotel..



Sarawak Culture Village a.k.a Kampung Budaya Sarawak



oklah.. end sal hotel cantik sangat tu.. ok, sok pagi, kami makan sarapan, pastu terus gerak g Culture Vilage a.k.a Kg Budaya Sarawak.. kira2 40 minit dari bandar Kuching hehehe.. sangat seronok kat dalam nie.. antara keseronokan yang ada:-


-melawat banyak jenis rumah dalam malaysia, semua dikumpulkan kat sini.. sangat teruja.. ada rumah iban, rumah melayu, rumah panjang dibayuh, rumah melanau.. boleh nampak barang2 dan alat2 tradisional yang digunakan suku kaum2 yang berkenaan.
menariknya lagi, semua rumah dilengkapi dengan asap2 ala unggun api yang dinyalakan dalam setiap rumah tu.. korang pun berpeluang rasa juadah yang dimasak dalam rumah2 tu.. hehehe.. jangan risau, katanya "halal" hehhehe

Selain dalam rumah2 nie, korang leh naik jambatan buluh ni.. sangat comel dan mencemaskan, terutama untuk pelawat berbadan chumel cam aku n ita.. keh keh ekeh
kami sambung perjalanan dalam SCV nie dengan menonton persembahan kebudayaan .. show nie, start kul 11.30 pagi setiap hari, petang pun ada, tapi tak berapa pasti lak aku.. .. show nie sangat unik n menarik..



ok, pas jalan2 kat dalam rumah, ita dengan bersemangat nak cuba baju tradisional kaum dayak dengan suku2 yang berbeza.. heheheheh.. mari kita lihat hasilnya..


..
aku pakai baju orang iban ngan ita.. finaz lak, tak ingat, kak ida pakai baju orang ulu.. cantikkan? hehhee sebenarnya aku bekenan st ngan baju org ulu tu, tapi disebabkan hanya baju orang iban yang muat, dimuktamadkan lahhhh

pas abis jalan2, dalam ul 2.30 petang, kami g makan kat foodcourt berhampiran..

balik tu, kami dibawak pusing2 kat area town jer, g kilang pasu(perlu ker??), g kilang pemprosesan produk sarawak, cam lada hitam, rumpai laut dan sarang burung, pas tu g beli gelang mutiara lak.. (perlu ke? lagi?)... pastu pakcik van tu hantar kami balik hotel dalam kul 6ptg... sungguh tak berbaloi, kitorang dah cakap, takyah la g kilang pasu, takyah la g kedai mutiara bagai... (bukan banyak duit punnn) tapi dye cam nak save minyak.. ishhhh..

Dinner
hurmmmm... malam tu, kami makan kat area seberang sungai. bayar tambang RM0.50 kat pakcik sampan tu, pastu, jalan kaki dalam 100 meter je kat jeti tu.. ada restoran ayam pasung.. agak best la makanan dye... lobster just RM65.00 jer sekilo.. huhuhuhuh.. sangat kenyang.............................................. yeay,... dapat makan midin goreng belacan.. kalau kat sini, pucuk ubi merah tu.. yang baru tumbuh gulung2 lagi tu.. sedappppp



---------------HARI KETIGA PERJALANAN KAMI -----------------------

hari ni, pakcik semalam tu dah tak bawak kitorang, pakcik lain plak.. dye ni ok sekt berbanding pakcik mat tuh.. aku tak ingat nama dye, tapi, nie no phone dye.. kalau nak guna perkhidmatan pengangkutan, aku memang boleh sarankan dye.. 0138232994


SEMENGGOH ORANG UTAN

jarak perjalanan dari bandar kuching dalan 20 minit kot.. hehhehehehe
sangat teruja bila boleh nampak secara live orang2 utan ni. macam2 nama, delima lah, ape lah, hehehhe.. harga tiket, RM3.00 seorang.. takde la mahal sangat kan..
untuk makluman, kalau naik bas, takleh masuk dalam, so, kena menapak agak jauh sket.. hurmmm.. tak best lahhhh.. tapi kami naik van... huhuhuhu.. syokkkk


PASAR MINGGU SERIKINPasar serikin nie terletak kat sempadan Malaysia-Indonesia.. beroperasi hanya pada hari sabtu dan ahad..
jarak dye, dalam sejam dari bandar kuching.. agak jauhhh
banyak barang yang dijual kat sini, tapi susah nak tawar sebab kebanyakan peniaga jual barang yang sama pada harga2 yang hampir sama...
tak teruja sangat lah.,,,, hurmmmmm


KEK LAPIS N IKAN TERUBUK MASINlepas balik dari serikin, terus g beli kek lapis n tmpt jual terubuk masin. kalau yang selalu g Sarawak ni, mesti tau kek lapis jenama dayang salhah.. aku tak familiar sgt sebab tak berapa suka benda manis nie.. huhuhhuhuhu.. ada yang kata kek lapis jenis 'hati pari' tu sedap, tapi bagi aku, baik beli kek lapis yang biasa2 jer, lagi sedap dan murah.. harga hati pari tu, RM20.00, kalau kek lapis biasa tu, RM10.00 hengget jer.. lagi sedap dan jimat... keh keh ekeh keh....
sebelum korang beli, korang boleh rasa sampai kembung sampel2 yang ada tu.. huhuhuhuaaahauhauhauhauhua
aku tak beli pun ikan terubuk tu.. macam tak best jerk.. hehehhehe


PASAR SATOK

dibuka pun pada hari minggu, banyak benda yang kita boleh beli kat sini.. oh, sebelum lupa, sila beli barang2 cenderahari anda disini, sebab murah dan berpatutan.. sangat2... berbanding kat tempat lain.. ingat tau.. t-shirt. keyy chain, magnet kat peti ais tu.. semua murah.. t shirt tu, ada yang sampai 3 helai RM12.00 hengget pun ada.. hurmmmm... best la.. pastu, en. ali beli durian utk makan kat depan pintu masik airport kuching.. pfftttt... huhuhuhuhuhuhuh


kami naik flight kul 9.25 malam.. polis bantuan malaysia airport kat kuching yang jaga masa scan barang nie sumpah belagak.. leh lak wat muka bila maklumkan yang 'barang backpack yang nak bawak masuk dalam flight kat sini, barang luggage tak payah'.... senget2 la mulut dengan member yang dok sebelah dye.. amboiiii,, cik kak, bukan semua orng penah naik flight.. cam kami nie haa... lg 1, dah la sistem airport down time tuh.. ko lagi nak wat muka..
kak Ida cakap.. ' kalo ko tu pegawai, ko takde la dok kat situ'.. [bukan depan muka dye la] hehhehehe.. ayat dari seorang penolong pegawai.. baiklah kak ida.. hehhehehe.. adan uke.....
kalau ada polis bantuan yang tiba2 terbaca blog ni, cari la kawan korang yang bertugas kat sana masa 26/11/2011 tu masa kul 8.30 malam... bweekkkkkkk....

kami sampai kat LCCT kul 1.00 pagi.... angin agak kuat la malam nie,, agak menakutkan,....

tapi sangat best la percutian kami kali nie.. aku sayang kamu la ita n finaz.... kak ida, len kali kita leh cuti2 lagi ye.. jom la joinnnnnn

Thursday, November 17, 2011

Cerita Dalam Cerita

Anak2 saudara makin besar,,, dah ramai yang meningkat dewasa.. ramai yang dah punya segalanya..
tapi dalam kamu meniti hari2 yang penuh cabaran nie, agaknya, pernah tak kamu tiba2 memandang ke belakang? merenung kisah silam yang pernah kita lalui sama sama?

waktu itu, kamu sangat comel, kamu jadi perhtian, dalam setiap langkah, dalam setiap kata, memang semuanya menghiburkan. malah, ada masanya, tangisan kamu menjadi mimpi yang paling indah untuk kami yang bukan melahirkan kamu. kami juga menumpang kasih dan sumber kewangan yang diberikan ayah dan ibu kamu..
setiap kali kamu jatuh, seakan lutut kami yang berdarah, tiap kali kamu lapar, terkocoh kocoh kami berlari mencari tin susu untuk menyediakan bancuhan susu.. setiap kali menumpang kenderaan ibu bapa kamu, kami tak lokek menumpangkan peha untuk bontot kamu bertenggek. bukan kami terbeban dengan hutng budi, tapi perasaan kami penuh dengan kasih sayang. agaknya kamu terlupa, setiap kali kami mendukung kamu, pasti satu ciuman singgah di pipi comel kamu. sumpah, kami takkan cium anak pakcik sebelah rumah walaupun kami naik kereta dye org... , cuba pandang diri kamu, berapa ramai diantara kamu yang buat perkara yang sama dengan sepupu2 yang masih kecil? malah, kamu bagi bontot pada nenek yang yang dok kat sebelah.
Tiap kali kami makan, mesti ada bahagian untuk kami suapkan ke mulut kamu yang comel dan kelicap...

Pernah satu masa, waktu tu aku masih dalam darjah 3, ada diantara kamu mintak meggi, waktu tu, aku kedekut, aku kata "pedassss', salah seorang daripada kamu pun cakap "taknak laa..." akhirnya, aku makan sampai abis, pastu kamu ckp ngan mak kamu, aku kedekut.. hehehhe.. memang aku jahat masa tu, kecik lagi... aku ingat lagi sampai sekarang, ini bermakna, ada saat2 yang aku masih simpan dalam hati sekarang.

Ada cerita lagi tentang orang yang lain daripada kamu, tapi tetap diantara kamu (anak2 saudaraku)

tak lama dulu, waktu majlis kenduri kahwin yang baru berlangsung tahun lepas, aku beli 'foundation" yang kira mahal, maybeline... "anglefit"
wahhh.. dengan bangganya, tunjuk pada semua keluarga, terutama Ude untuk dijelouskan.. keh keh ekhe.. aku berjaya... selang 2 hari lepas pertunjukkan alas bedak tu, aku kena berangkat ke rumah en. suami... tiba2 foundation tu ilang laaa.. aiiyooooo.. mana pigi? aku tanya ngan sumer org, mana foundation aku, mana foundation aku.?? cepat aaa..... aku rasa aku tau sape yang amik, memandangkan dye memang suka amik barang2 cenggitu.. (baju, suar, make-up, tudung)
aku cari, cari dan cari.. sampai ke hari ke-5, waktu tu aku dah on da way balik dari perak ke Kl, aku msg dye camnie

aku : ...., nanti tolong pulangkan balik foundation acik yang anglefit tu ye, acik nak g honeymoon ngan cik ali.

Dia : OK


memang agak terbakar dengan jawapan sye.. Ya Allah, sejukkan hatiku, kerana dia anak saudaraku... semoga kamu diberi petunjuk untuk sedar apa yang kamu lakukan tu salah....

tapi, bagi ibu bapa kamu, kamu tak pernah salah.... oleh yang demikian, saya abaikan kamu... hanyutlah kamu dengan sikap kamu... jangan sampai kena tangkap sebab mencuri, sudah la....

cerita lain tentang kamu yang lain pulak...
Tak kisah kamu anak siapa, tapi kamu tetap anak saudara kami, kami tahu apa yang baik tentang kamu, bukan semua yang buruk sahaja pada mata kami.. namun, apa yang kamu lakukan? memburukkan kami? hello, kami lebih banyak makan garam daripada kamu.
kami tahu bertapa sukar hidup didunia luar, hidup berdiri di tapak kaki sendiri sangat penuh dengan cabaran.. itu kamu tahu? pernah kamu terlintas dengan apa yang akan berlaku keran tindak tanduk kamu di kemudian hari.. kami pasti tak pernah, malah, kamu semakin berani beraksi.. sangat hebat... majulah untuk kamu..

kadang2 ibu bapa kamu mengharapkan yang terbaik untuk kamu kerana hanya kamu harta yang ada. anak yang akan manjadi bekalan di hari tua... anak lelaki, anak perempuan.. cukupkah doa kamu untuk bakal arwah ibu bapa kamu?

buat ibu bapa kepada kamu-kamu pula..... siapa kami?
kalau kami orang luar, bukan hanya mengutuk, malah kami menyumpah dengan tindakan kamu.... tapi, kutukan kami bukan sampai di hati... perkataan "ada sedara, hanya untuk Mengutuk" dan "yang baik akan Dihina tu" baiklah ditarik balik... agaknya, kamu mabuk minum todi bila kamu bercakap macam tu... sape yang hina sapa? siapa yang tolong siapa? siapa yang kutuk siap? ataupun kamu lupa, siap yang bantu kamu masa kamu susah?.. eh, saya lupa, Jiran kamu yang tolong....
oleh yang demikian, Tahniah la... tahniah sangattttt
dalam setiap doa kami lepas solat, tetap ada ruang untuk kamu2 wahai putra2 & Puteri2 kami...

* Kami: Ibu & Bapa saudara yang menyayangi kamu'

* Kamu: Anak saudara yang kekal anak saudara sampai bila2

Wednesday, November 16, 2011

Mari Melencong.. eh, silap, MELANCONG.....




Ye yeah..... mari melancong...
best best... minggu depan, 24/11/2011, aku akan melancong ke sarawak.. hehehhehe.. bulan madu pertama selepas sebelas bulan berkahwin... hohohohohoho

taklah, cuma mereakreasikan diri bersama kawan2,,, Cik hati nie dah tak sabar nie.. hehehehe.. sonoknyer...

Tak Sabau nak g Sarawak CUlture Village, Jong Croc Farm, beli Ikan Masin (mcm kat kemaman nie takde ikan masin jer).... makan Lobster,,,,, Warghhhhh.. heheheh
Besaunyerrr...


hehehehhe...

Tuesday, November 15, 2011

HQKL oh HQKL

* Nor Hidayah Bt Mahamud
* No. Anggota 117*
* Tarikh Tamat Kontak : 23/11/2011

Pagi tadi dayah nie tanya pasal cuti yang boleh diambil... memandangkan Areen takde, aku la dengan baik hatinya menjawab balik soklan dye..

takde hal lah.. sebabnya aku penah jaga cuti time kat Klang dulu..

Pastu, ada berberapa soklan yang perlu dikemukakan kepada pihak2 yang lebih berpengetahuan.

bila aku cakap ngan sorang staff nie, takde masalah pun... tapi, bila dah ditransfer dan ditranser kepada orang2 yang aku pun taktau apa masalah pagi nie melanda dirinya dan keluarganya... aku jadi tebakau lak..

perlu ke ada nada2 sinis setiap kali jawab soalan2 yang org2 bawahan tanya? perlu ke? perlu?


agaknya, puan dah selalu kena dengan orang atas camtu kan, sebab tu la puan pun buat camtu kan....
tapi, setiap kali orang atas puan buat camtu kat puan, SYOK ker?
Agaknya, Syok kot, tu pasal la puan pun nak bagi sy rasa benda yang sama kan... SYOKKKK sangattttt...

Sabar ye cik Hati, takpe, puan tu, bukan depan mata awak pun.. lantak lah... esok2, kalau jumpa, takyah la pandang kalau cik hati rasa sakit...

DARI DULU SAMPAI SEKARANG, TAK PENAH PUN DIA ADA ANGIN YANG BAIK.. AGAKNYA KEBETULAN TIME AKU TANYA< ANGIN DYE MEMANG TAK BAGUS... TAKPE< TERUSKAN LAHHHHHHHHHHH

Sunday, October 23, 2011

Ngomelan pasal kerja...

nasihat orang lain, kata tak boleh, tapi kamu pun buat salah yang sama, malahan, lagi teruk dari kami..

pesan pada orang lain, kata jangan buat macam tu, tapi, apa yang kamu buat haaa? kamu buat lagi banyak dari apa yang kami buat..

Ingatkan pada orang lain, kamu kata, tolong patuhi masa yang ditetapkan, tapi kamu lak, patuh ke pada masa itu?

Tolong la fikirkan sesuatu untuk berubah sebelum perbandingan makin ketara....

Tolong la papah kami keluar dari zon keluhan yang panjang nie untuk kita sama2 bangkit sebelum kami tak mengeluh apa2 disebabkan dah lali dengan keadaan tu..

Tolong la.....

Sunday, October 16, 2011

Hati Sy Kecik Jer

Sy minta maaf la erk, hati sy nie kecik jer..
so, bila ko buat camtu, of coz la sy terasa..

sy tak penah tau ko camner, so, perlu ke sy tak hati n bentak ko camner?
sy tak paham n rasanya sy tak perlu faham ko camner..

tapi , FYI, sy tak buat apa yg ko cakap tu..


sekarang,

rasanya tak perlu ada apa2 rasa, bukan cnta, tapi sedih ker, terkilan ker.. sebabnya, sy tak kenal ko.. so, why should i?

Thursday, October 06, 2011

Kerani PPSPPA ...

tau tak sy keja per? Pembantu Tadbir Kewangan di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam... Cawangan Kemaman, Terengganu. tugas saya lebih pada tugas perkeranian dalam aspek Kewangan.
Tugas saya tak susah, tak banyak masalah dan tak banyak cobaan(kalau nak dibandingkan dengan kawan2 sejawat lain). disebabkan beban kerja yang agak kurang(walaupun tak la kurang mana), banyak la emosi berjangkit dalam menjalankan tugas.. ada cemburu, dengki, iri hati, sakit hati, berangan, seronok, ketawa, kasih sayang kawan2, bagaaaaiiiiii...
kadang kadang, bila fikir secara matang, pekara2 remeh takyah nak terkesan sangat sampai dalam ati, cukup la dengan selesaikan apa yang perlu dan pastikan takde tugasan yang tertangguh.
tak perlu nak tanam rasa sakit ati lahhh, bengang laahh, geram lahh.. bahagia lahh,, seronok lah.. apalahhh... semua tu buang masa..
yang penting, kerja siap, balik umah, jalani hidup macam orang lain.

macam macam situasi yang boleh jadi kalau pekara @ perasaan negatif dari emosi diserap masuk dalam tugas seharian.

contohnya,,,

situasi 1

-- si A keluar ofis pukul 12.30 tengahari, tergesa gesa... si B tak puas ati, bagi tau kat si C yang si A nie keluar awal. mula la sessi mengumpat antara si B dan C mengenai si A.. curi tulang lah, shopping lah, apa lah... padahal, anak si A nie jatuh beskal, kepala bedarah, tak sempat gtau, n rasa cam tak perlu nak heboh2 bimbang dikata tagih simpati... lagi best, si C bagitau Bos yang si A nie SELALU keluar awal... esoknya, si B ajak si C keluar rehat, 12.45 dah menggedik depan pintu lif.. dalam hati masing2, ala apalah sangat dengan 15 minit tu... alohhhaaaa...

situasi 2

--- si A kena marah dengan Bos sebab tak siap kerja yang diberi semalam..... bos marah macam nie
Bos: Kenapa awak tak siapkan surat yang saya minta semalam?
Si A: saya tak sempat tuan (tak sempat sebab sibuk membalas komen dalam fb, sampai tak sedar jam dah dekat kul 4.59, bila sampai kul 5.00, kemas barang, balik)
Bos: saya bagi pukul 4.00 semalam, macam mana boleh tak siap pulak?
Si A: takpelah tuan, biar saya buat hari ini.
Bos: tak perlu, saya dah suruh B buat dan pos surat tu.

sebab tak puas hati kononnya si B nie mengampu dan membodek bosnya, si A cerita kat si C yang si B ni tikam belakang member.. cehhhh... mula la memaki hamun.. celaka lah.. anak haram lah... kebau pendek hidung besar lah.. apa lahhh.. sedangkan, hakikat sebenarnya, si B nie masuk dalam bilik bos hantar fail, tak pasal2 dia pulak kena buat dan pos surat yang sepatutnya disediakan oleh si A nie..
yang tak best lagi, siap kena canang 1 tempat keja yang dia menganiaya si A... cehhhhhhh

cerita di atas adalah benda2 yang remeh pada pandangan sesetengah pihak, tapi perkara nie memang ada yang terjadi dalam kita tak sedari...

hurmmmm...

Kat Kemaman, anggota tak ramai..
aku takde kawan baik, mungkin kami semua masing2 baru kat sini.
tapi kawan kerani aku (PTPO) takde masalah.. sama2 faham, sama2 susah n sama2 senang...
takde rasa bengang @ sayang yang melampau pada dia..
dunia Dia mudah, kul 8 masuk, kul 9 kami makan, kul 5 balik... banyak benda dye tak amik 'port'...
cuma kami sering jadikan 1 topik sebagai hiburan hari2 kami.. kami ketawa kerana 'itu', kami sakit hati sambil sengeh2 pun kerana 'itu', kami 'menghanjinkan' sesuatu perkara pun kerana 'itu'.. hhehehehheehhehe...

dulu aku masih remaja.. hehehhee...

aku rindu sket keadaan kat ofis Klang dulu.. sangat rindu pada Siti, belum sempat pegang baby chumel dye,cuma sempat usap perut dye jer..., rindu pada bos, sangat rindu kamu... , rindu pada kawan2 lain.. masing2 banyak ragam.. farid dengan cara duduk menyandarnya sambil senyum sepetkan mata,, naziha dengan cara 'apek' senarionya, talib dengan ketawa besaunya, zaf dengan nyanyian ala2 anuar zainnya, azfar pun sama, ketawa besau... jingki dengan senyum manissss saja.. kherul dengan angin menyentap, hayat kaki menganjin dan wayang, mas tak habis2 sampai skunk dengan ayat propa ala2 bertanam tebu di pinggir bibir, rebung berduri di hati, dan fitri 'aku satel' yang cuti sakit lutut.... hurmmmm

semua ingatan2 nie masih jelas, masih mampu membuatkan aku senyum sendiri.. dulu kita masam2 muka, ketawa sama2, ngumpat tak hengat, dan kita juga saling mengharap......

semoga kita ada masa utk berjumpa lagi...


di sini, keadaan berbeza, mungkin baik untuk aku meneruskan perjalanan hidup yang semakin dewasa..

Thursday, September 29, 2011

Rasa Hati

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam

S'lamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapankah jadinya aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Terserah kasih kembali mesra
Bercumbu langit memadu satu janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi yang cerah

Sunday, September 11, 2011

Hidup yang macam macam...

Assalamualaikuam.. (Wa'alaikum salam..)

Tulis dan jawab sendiri sebab aku la yg rajin baca balik tulisan2 nie.. huhuhuhu
Ari ni ari ahad, 11/09/2011... wahhh, sangat cantik angka ari ni..11/09/11.. hurmmmm.. ari nie kerja lah..

tut tut.. tut tut.. tepon ita, pastu tanya dye,
"ko kat ner?"
Ita jawab balik "kt umah la, tgk Tv"
aku tanya lagi," eh, ko apply cuti ker ari nie?, eh, lupa lak, ahad la..."

tepuk dahi sendiri.. uwaaaa....

sangat tak best bile kena keja ari ahad.. hurmmmm....

Selamat Hari Raya korang...
taktau la nak cakap apa..
bosan..
bila baca blog org lain, sibuk jari nie menggigil nak menulis gak, tapi, bila kt depan mata, haremmmmm..

rindu ngan mak la,, rindu ngan ciklela... hurmmm...
ngan kawan2.... mesti la rindu,,,

Monday, September 05, 2011

Menunggu dan Terus menunggu

Ya Allah, Ya Mussowir....

Kepadamu aku bermohon, kepadamu juga aku meletakkan pengharapan yang tinggi..
ada masanya, hati ini memerlukan jawapan, rasa ini perlukan penamat persoalan...
tapi, sejenak aku tersentak, mungkin masih belum rezeki kami..

nampak org lain dukung baby kecik, rasa cam nak ciomm jer pipi bulat2 tu... huhuhu..
nak pangku, nak ampuh leher, nak tdokan.. syok la... hurmmm..

tapi, masih belum rezeki kami..


Setiap yang berlaku ada hikmah, tapi aku masih mengharapkan kehadiran si dia...

semoga aku masih terus kuat.. kuat dan kuat..

Thursday, August 25, 2011

Aku pernah, sedang dan akan rindukan mereka...




yang indah ini, tinggal kenangan.. tapi percayalah... semua kenangan tu akan jadi corak dan rentak ketawa kita suatu masa nanti.. aku rindu kamu semua..

Monday, August 22, 2011

Kembara hidup

tarik nafas panjang dan dalam.. lepas pelahan2....
ok,

Bergerak hari kebelakangan ni rasa macam singkat sangat.. semua kenangan yang ditinggalkan semalam dan sebulan lepas macam baru lagi.. kadang2 aku terasa yang aku nie pelupa, tapi kadang2 rasa rindu yang tiba2 menerpa buatkan aku masih ingat memori2 semalam...

memori kita,

Keluarga,

ala, aku suka g umah cik lela.. sembang ngan dia, sampai lebam..
suka ngan abi, gaduh ngan abang, usik aziq.. hahhahaha
anak2 cikyam... adib, mok n aqif chumel.. umah ude, anam anty.. zulaikha n asy.. huhuhuh
bosan dah.. kat sini takde budak kecik... bosanggg
nak mintak tolong pun susah.. dulu, kalau ali g kursus, boleh lari umah clela...
skunk? lari umah clela gak la jawabnya.. warrgghhhh
bak kata sesetengah individu, dah sampai masanya aku berdikari.. hurmmmmm

Kawan2, (i)
x-Klang, aku rindu korang sumer.. sangat rindu..
gaduh kita, rajuk kita, ketawa besar kita, perli2 kita, sentap2 kita, moncong2 kita, jeling2
kita... hanya kita tau kenapa.... wargghhh.. rindu sangat...
en. Bos, sama kamu pun sy rindu.... bila mau balas komen2 yang sangat banyak dalam FB Group (PPSPPA KLang)? haaa.....

kawan2, (ii)
wei korang, aku sangat rindu sama kamu semua GCCJr....
rindu ketawa, rindu gossip manja.. kah kah kah... rindu ecah marah2,, rindu finaz nanges.. keh ke keh .. rindu alin ngomel macam mak2.. hehehhehe.. rindu ita membebel.. rindu faz panggil "akak..." rindu nisah.. lin.. ina... semua lahh... hurmmm...


Klang,
aku rndu sama center point, sama JJ Bukit Tinggi, rindu kat GM, rindu semua lah... tp, yang paling aku rindu, mesti la Menara A&M, tingkat 7 tu...

Beratnye nak buang perasaan ni..
kalau fikirkan secara logik, takde yang mustahil dalam tugas kita,
tapi, kenangn ni satu pengalaman...

maafkan andai ada salah dan silap sepanjang aku ada disini....

Sekarang, pengembaraanku bermula.. di Sini, di Kemaman ini..
tempat yang tak kurang indah, tak kurang bersih ,tak kurang sesak...
pantai yg sangat cantik, tapi cuaca agak panas...
semoga kelebihan ini buat aku semakin kehadapan...

Thursday, August 18, 2011

Lantak Korang lahhh.. VS Positif Mind

naik bosan dengan kerenah cuba menjadi sempurna tanpa memikirkan imapct kepada orang yang menerima.. choiiiiii... takley blah..

VS

ala, takpe, sekali seumur hidup (kalau betul la..)
ishhh....

Wednesday, August 10, 2011

Monday, August 01, 2011

Mimpi Oh Mimpi..

Tak ramai manusia yg tidur asyk mimpi jer..
aku antara manusia yang selalu diselubungi mimpi.. Ya Allah, sangat indah bila mimpi.. kadang2, benda nyata yg tak best, kita rasa cam nak bangun dari tidur cpt2, ala2 mimpi gak.. hahhahaha.. huh...

Dalam seumur hidup ni, aku terigat, 1 hari jer yg tidur aku tak didatangi mimpi.. malam sebelum Arwah Ayah meninggal dunia.. malam tu rasa macam sekejap sgt, tutup mata, tidur, pastu bangun pagi, Ayah dah takde.. Alfatihah.. ayah, rindu kamu..

ingat lagi, masa sekolah dulu, tido 5 minit kt dlm kelas pun mimpi.. aduiii, sampai kena luku...

soal mimpi kebelakangan ni, aku dihujani dengan mimpi dalam mimpi.. (bukan dalam lagu jer ada) hurmmm....
mungkin sebab penempatan semula ni, aku jadi tekanan lebey sket.. asyik mimpi sal tmpt keja jer memanjang.... penat dah.. takde lak mimpi dapat keta ferrari ker, makan kek secret recepi ke, makan laksa Kola ker.. hurmm.. semua sal keja.. warrrgghhhhhhhhhhhhh.. ngantuknya....

hahahhaha.. sal tmpt keja,

ari senin pas aku mimpi dapat tempat kat tengganu, ynag peliknya, betul lak aku dapat tengganu.... waarrrggghhhhhhhhhhhhhhh.. jauhhhh jauhhh jauhhhh.. kesian aku laki bini.. waaarrggghhhhhhhhh... btol lak aku dapat sana.. huishhh ,,,,

(sila dapatkan borang utk jadikan sy ahlil nujum berdaftar, OKAY)

awal2, mimpi sal bdk tmpt keja, banyak sgttttttttt..
pasal Talib, pasal Siti, Pasal Finas... hurmmm...

lg 1, da 3 hari aku mimpi En. Bos.. alahai...
menusuk hati towl...
hahhahahha..

dengan rasa sedih, mulut sy berkata-kata,
"dah la Tuan, lepaskan lah sy g dengan rela.."

kah kah kah kah kah....

takley blahhh...

tp, kenyataannya, sebaliknya...
(dlm erti kata lain, aku yg takmo jauh dr En. Bos...)

Susah nak jumpa bos cam dye.
kami semua syg kamu... kami semua hormatkan kamu, walaupun cara kami tak serupa, hormat kami tetap ada.. kami semua masih perlukan kamu, tunjuk ajar kamu, perhatian kamu, tolak ansur kamu, Makanan kamu(hahaha) .. semua..

aku benci rasa nie!!!!!

.. pasnie, ada lagi ker? Wallahualam..

kalau ada gak yg terasa hati ngan cara dye, org tu mesti pelik + tak kenang budi.. choiii.. dok jauh2.. sshuuhhh... hurmmm...

en. Bos, kamu takmo tukar g Kemaman kah? hurmmmm...... ikut la sy ngan en. suami sy.... hurmmmm

hurmmmmmm

Thursday, July 28, 2011

Penempatan

Terima Kasih kepada semua org yang mendoakan aku..

Akhirnya, keputusan dah ada, walaupun belum dapat surat, aku dah dapat tau..
aku ditempatkan di Kemaman.. Tenrengganu..

Aku bukan tak bersyukur, malah Berterima Kasih kerana masih ada tempat dalam Perbadanan nie.. tapi,

kenapa sampai macam tu punya jauh aku dititahkan..
kenapa?

hidup memang tak pernah diduga...

tapi semua nie mesti ada jawapan..

Ya Allah...

Rintihan hati, sedihnya...

Tapi bila difikirkan balik, Ali pun akan diletakkan kt tengganu nie, kalau letak sama cawangan, Alhamdulillah, kalau cawangan lain? paling dekat pun dengan DUNGUN, jarak antara sejam... aku tak mampu...

Ya Allah.. kuatkanlah hatiku..

Tuesday, July 26, 2011

Sebaknya Hati...

Ari Ahad lepas, g jalan umah Ecah kat segamat, Ecah kawen suda... Tahniah Aisha... semoga hidupmu lebih bermakna pasnie.. -End sal ecah-

Petang, aku balik umah kakak kat Meru.. Abg ku ada kat situ.. dye tak banyak cakap, mungkin tak macam biasa, mungkin aku yang tak berapa perasan.. dok situ sampai malam sambil melahap durian berjenama ioi.. ehheehhhehehehe...

kakak aku, Cik lela bukak mulut, "kesian Che Wan.." aku senyap lagi, takde benda nak cakap..... tapi dalam hati mula rasa tak sedap...
pastu kakak sambung lagi..
"tak penah nampak muka dye sepi camtu..."
untuk menyedapkan hati yg cam dah mendung, aku cakap sendiri,
"dah takde jodoh, nak buat camner...."
.......... perbualan bersambung sambung sampai malam...

mungkin disebabkan kekurangan kamu, n nasib yang bukan berpihak pada kamu, kamu kehilangan dia... atau mungkin akhir kata, jodoh kamu bukan dengan dia..

aku sebagai adik sentiasa doakan bahagia suatu hari nanti ada dengan kamu...

seorang abang yang penuh tanggungjawabpada kami adik2, anak yang baik pada mak, adik yang baik pada kakak & abang, pakcik yang disayangi anak2 saudara & org muda yang senang dapat tempat dalam orang tua(tak cam aku...) ...

hari ni mungkin hari yang sepi bagi kamu,
semoga kamu tak lupakan Allah, dan selalu panjatkan doa mohon diringankan beban fikiran...

ada pesan buat kamu...

Peluang tak selalu datang... Harapan tak selamanya kekal, dunia tak semestinya logik!

Abang, aku sayang kamu..., kami semua sayang kamu

Monday, July 25, 2011

Monday, July 11, 2011

Rahsia Yang Dah tak Jadi rahsia lagi

sebelum nie, aku ada kuarkan tampalan a.K.a entri nie: apc

.. patut la hati nie tak berapa tenteram, hati nie macam susah sangat nak telan Chiken chop malam tu, rupanya ada sesuatu yang aku belum tau. tapi semalam dan semalam, aku baru tau..
kenapa bole jadi camtu?

dan kepada sesiapa yang tahu hal itu, cuba nyatakan.. kenapa?

Thursday, June 23, 2011

Cantik ?






cantik? apa sebenarnya definisi cantik yang perlu kita tahu. cantik itu subjektif. cantik dalam bentuk fizikal ya! semua tahu harus putih. gebu. mata bulat. hidung mancung. bibir comel. kurus ala-ala model pipi gebu. dan macam-macam lagi lah. tapi bagi shida itu semua sementara. kalau nak berubah dalam sekelip mata semua tu akan berubah dan bertukar menjadi sebaliknya. Kalau cantik dari segi mentaliti. kemungkinan kebanyakan orang akan cakap "putih itu cantik" bukan itu sebenarnya. cantik luar dan dalam adalah penting.
bukanlah maksudnya cantik dalam tu macam harus menjaga serba serbi. cukup kita mengawal sesuatu keadaan dengan betul. Bak kata heliza wanita CANTIK adalah

melukis kekuatan melalui masalahnya
tersenyum di saat tertekan
tertawa di saat hati sedang menangis
tabah di saat terhina
mempersona kerana memaafkan
mengasihi tanpa meminta belas
bertambah kuat dalam doa&pengharapan illahi.

Jadi itulah sebenarnya wanita CANTIK kira kalau anda mempunyai raut wajah yang menawan tambahan pula fizikal yang sempurna adalah bonus untuk diri dan mampu mengawal sesuatu keadaan dengan betul. Jadi percayalah anda lah wanita CANTIK walaupun orang tak puji tapi cukup dengan semua tu anda layak mendapat gelaran wanita CANTIK! semoga kita (wanita) tergolong dalam wanita-wanita CANTIK yang membekalkan kecantikan yang abadi. smile!

Monday, June 20, 2011

Entri Khas Untuk Kamooo "Geng Cucuk2 Jr"



BACA SAMBIL DENGAR LAGU NIE...

Jam baru kul 8.30 Malam, dalam perjalanan ke Kota Kemuning, tiba 2 radio putarkan lagu "Angin Bayu"... Faminin nyanyi, tiba2 jer aku rasa sangat sayu.. bait2 lirik tu cam kena pada batang idung sendiri.. antara kata2 dalam lagu tu yang buatkan aku tiba2 teringatkan kwn2 aku kat sini...


Angin bayu membawa diriku
Sepintas lalu ku terkenangkan mu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya


Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti cinta kita bersemi
Kembali menerangi mekar di taman hati

#
Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu di sana

Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hiduplah semula janji bara cinta


susahnya rasa... bukan mengeluh,, tapi sedikit patah hati bila memikirkan kehilangan yang akan jadi dalam tempoh terdekat nie.

nanti aku mesti rindu sangat ngan korang semua..
lama kita sama sama kat sini. banyak yang dah kita tempuh..
korang sumber kekuatan aku...

Ita: Aku sayang ko..
pasni banyak2 tolak ansur tau... takmo garang2 lagi, takmo buat2 muka moncong lagi.. pasnie kita sama2 jadi ala2 "Datin" tau... Vouge gituu...
Ko kawan yang paling aku perlukan, sentiasa...

Ecah: Aku sayang ko..
Pasni jangan kuat marah2 tau... takmo ngamuk2 lagi, banyak2 sabar...
Ko kawan yg sangat baik,,,, sangattt

Alin: Aku sayang ko
Jaga baby elok2, jangan tensyen2...
pasnie mesti susah aku nak cari kawan yg hebat cam ko...

Finaz: Kak Shima sayang Finaz...
Pasnie, jaga diri bebaik.. jangan biar org lain buli finaz (kecuali kak shima) heehehhehe
Finaz kena sentiasa jadi baik cam sekarang

Faziana: Kak Shima pun sayang Fad..
Jangan nakal2 tau.. Jaga diri bebaik....
ulang balik, Kak Shima sayang Fad...

Lin: Org Sayang Lin
Lin pun sama ngan alin.. jagan baby bebaik..
sentiasalah low profile cam skunk.. supaya org tak susahkan Lin ...
Lin baik..

Ina: Kak Shima Sayang Ina..
Pasnie, jangan marah2 lagi.. jangan ngamuk2 lagi... bnyk2 sabar... kadang2 kita diam tak bererti kita kalah.. kalau kalah gak, set kak shima, kita passing baten.. heheehe


Anisah: Aku Sayang ko.
Pasni jangan blur2 lagi tau... Teruskan kebaikan anda, sebab apa yang ada pada diri ko tu lah yang buat org lain tak susah nak senang ngan ko..... nanti aku mesti rindukan ko.... opss, jangan lupa panggil PC kita "bos' tau.. nanti kena demerit.. :)

Shima: Aku tau, aku sayang aku...
Pasnie dah takmo merajuk2 lagi, dah takde org lain nak pujukk..
takmo bentak2 lagi...
pasnie kena jadi org besar dah....



nanti bila kita jumpa lagi, walupun dah tak satu negeri, walaupun dah tak macam sebelum nie walaupun dah tak seakrab dulu, aku harap semua yang kita dah pernah kita lalui kat sini akan kadi secalit kenangan yang kekal dalam ingatan...

Thursday, June 16, 2011

Hacker..

Napew la kamoo nie?
tak paham aku...
kebebasan ada batasnya...
perjuangan dunia bertuhankan kepuasan.

mana pergi nilai akhirat kamooo?

atau semua penyerang2 bukan beragama Allah swt?

"besederhana dalam semua hal, jika kamu mengerti dan mengingati dunia ini hanya pinjaman dan sementara, nescaya kamu tidak akan berkira de21 Kunci Kejayaan Dunia dan Akhirat...

1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.
_ومفتاح الحج: الإحرام.
2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
_ومفتاح البر: الصدق.
3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
_ومفتاح الجنة: التوحيد.
4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
_ومفتاح العلم: حسن السؤال وحسن الإصغاء.
5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
_ومفتاح النصر والظفر: الصبر.
6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
_ومفتاح المزيد: الشكر.
7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.
_ومفتاح الولاية: المحبة والذكر.
8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
_ومفتاح الفلاح: التقوى.
9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
_ومفتاح التوفيق: الرغبة والرهبة.
10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
_ومفتاح الإجابة: الدعاء.
11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
_ومفتاح الرغبة في الآخرة: الزهد في الدنيا.
12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
_ومفتاح الإيمان: التفكير فيما دعا الله عبادة إلى التفكر فيه.
13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
_ومفتاح الدخول على الله: إسلام القلب وسلامته له والإخلاص له في الحب والبغض والفعل والترك.
14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
_ومفتاح حياة القلب: تدبر القرآن، والتضرع بالأسحار، وترك الذنوب.
15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
_ومفتاح حصول الرحمة: الإحسان في عبادة الخالق، والسعي في نفع عبيده.
16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
_ومفتاح الرزق: السعي مع الاستغفار والتقوى.
17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
_ومفتاح العز: طاعة الله ورسوله.
18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
_ومفتاح الاستعداد للآخرة: قصر الأمل.
19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.
_ومفتاح كل خير: الرغبة في الله والدار الآخرة.
20-Kunci segala kebaikkan adalah Cinta kepada Allah SWT dan Cinta Alam Akhirat.
_ومفتاح كل شر: حب الدنيا وطول الأمل.

21-Kunci segala kejahatan adalah Cinta dunia dan panjang angan-angan.ngan semua yang ada di dunia"

Tuesday, June 14, 2011

Sumpah, Aku terkilan

kalau kamu orang lain, aku tak rasa apa2 pun,
kalau kamu orang biasa dalam hidup nie, aku tak jeling sikit pun,
kalau kamu cuma teman Facebook biasa2 sama macam yang lain, aku sikit pun tak kisah....

ini tidak,
kamu kawan baik aku.. (ooowhh, mungkin cuma aku yang rasa camtu)
Kamu kawan yang aku sayang ikhlas dari hati.. jauh dalam hati..
aku sangat sayang kamu...

macam yang seseorang bgtau aku,
sila fikirkan positif (baiklahhh)
mungkin ada sebab lain,

Oleh yang demikian, baiklahhhh

Tapi,
Sumpah, Aku terkilan!!!!!

Monday, June 06, 2011

Penutupan dan Perpindahan

berakhirlah segala rahsia besar yang selama nie mengganggu tidur malamku..


Opis saya yang cntik nie bakal ditutup. ini buermakna saya akan dipindahkan..
mintak2 la dapat balik perak darul ridzuan...

ngan en suami sekali yer..
takmo balik sowang2....

perpindahan bermaksud penghujrahan...
semoga segala yang ku miliki sekarang akan berubah.. wawawawa (kecuali en suami) la....

Thursday, June 02, 2011

Kesian kami......


Panic nie.. panic.. pas nie da takleh Blog.. alaa... tak syokkkkk la. heheheh
tapi, memang la takleh pown sebenarnya... sekarang nie tengah mencuri la nie...

lagi 1...




haaa...mampu ker?


semoga dengan berlakunya perkara ini, aku akan semakin rajin bekerja.. (seperti dulu)... aminnnn

Pengharaman kedua dua jnema ni akan dilakukan secara berperingkat rentetan kekurangan fokus anggota kepada tugasan seharian.
oleh yang demikian, saya sebagai pihak pertengahan @ juri (bukan penyokong @ pembangkang), memohon agar kedua dua pihak mengkaji semula perlaksanaan arahan ini.. heehheheheh.. (dalam misi mencari kepentingan sendiri)

perkara ini perlu dipertimbangkan semula kerana:-

1) sy dah takleh luah perasaan kat blog lagi.. (nanti saya stress.. (kononnye)

2) sy dah takleh komen best2 dalam "geng cucuk2 Jr" lagi.. camner nak tau berita panas2? sentap i nokkk.. uollss tak rasa apa2 kerrrr?

3) sy dah takleh tgk natang cik Dahlia Sabry lagi la yerr?

hehehhehehe..

sila pertimbangkan semuala.. heheheheheh

pleeeeaaaaassseeeeeeeeeeeee

Monday, May 30, 2011

Baju Pengantin Kami


Biru Firus dirumah en Suami, Pink dirumah Perempuan....

Sangat mengujakan..

Tapi,

Mana gambarnya?

En.Photographer, sila la jawab panggilan kami..

isk isk isk

Lemau

Buat kesekian kalinya, hariku LEMAU

sANGAT...

Aku Sangat...

Bosan!!!!!!!

biarkan bosanku sehingga nanti aku bangun sendiri...

Pengharapan Kami

Ya Allah,

Sering saja hati ini berdegup kencang, secara tiba tiba...
kenapa?

aku kurang pasti...

dalam merancang masa depan, kami masih kekurangan sesuatu..
kami masih mengharapkan sesuatu.. yang itu..

Ya Allah,

Adakah kami belum bersedia sebenarnya?

Tuesday, May 24, 2011

Sekarang dah tak sama Macam DUlu..

Betul..

Sekarang dah tak sama macam dulu..
semua berubah..
semua...
S.E.M.U.A

jadi,
jangan harapkan perkara yang sama macam dulu dari saya...
saya manusia biasa,
yang ada hati dan rasa,

Ada Dia...

Thursday, May 12, 2011

hati yang sedikit terasa

Cik Hati ni sejak kebelakangan nie asyik terasa jer nampaknya.. tensyen kot sal operasi yang bakal menjelma..

huh..

kat PPSPPA Selangor nie, aku ada gerombolan teman yang aku boleh kongsi segalanya..

"Geng CuCuk Cucuk Jr..."

disaat aku menangis, mereka ada kata2 memujuk,
disaat aku kecewa, mereka gagahkan aku,
disaaat aku terlalu memerlukan, mereka sedia menghulur tangan...

tapi bukan waktu itu saja..

waktu aku gembira, perkongsianku dengan mereka,
waktu aku cukup bahagia, mahu jua ku pimpin mereka bersama..
dan waktu aku mendapat berita, mestila mereka orang pertama yang terlintas untuk bercerita..

tapi perkongsian cerita kami bukan ada tokok tambah..
perkongsian cerita kami ada punca hala..
perkongsian perasaan kami ada had dan penafian, bukan propaganda...
perkongsian kisah kami juga yang menjadikan aku semakin faham dunia tolak ansur..

tahu kenapa?

bila si dia mengamuk, si dia yang lain pula akan menenangkan,
bila si dia memaki, si dia yang lain pula cuba mengingatkan,
Bila si Dia terkecewa, Si Dia yang lain pula yang akan memberi pemahaman...

Sedangkan disaat aku menangis kamu pula ketawa,

dan semua madu dan Lukaku dikongsi bersama mereka,

Jadi, kenapa perlu ada rasa dan kata sinis?

Wednesday, May 11, 2011

APC: Aku Punya Cemburu

seperti yang aku luahkan kat header tu.. hanya perkara yang memberi kesan dalam diri akan dimuatnaik dalam nie.. oleh yang demikian, memang terbukti APC kali nie beri kesan dalam hidup sejak 2 minggu kebelakangan nie.. (soal kerja la nie)..

Sure, aku cemburu, tapi belum sampai tahap "sangat".... aku cemburu, bukan dengki.. dua entiti yang berasingan dan punya maksud lain.. ulang balik, cemburu, bukan dengki..
disebabkan sifat cemburu nie, ada rasa kecewa.. tapi belum cukup lumpuhkan aku ... (cam satu lagi kes disini...) waaa.. tak tau nak upload camner, rahsia besar....

berbalik pada APC... APC nie sebenarnya singkatan untuk "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" .. maksudnya, aku belum cukup cemerlang untuk dapat gelaran tu.. (sebenarnya lagi, gelaran belum cukup untuk aku berduka kalau nak dibandingkan dengan duit RM1000.00 tu) hehehhehe.. DUITTTTTT... DUITTTTT... wawawawawa...

Disini, penerimanya, bukan calang2 orang, (aku akui...) seorang tersenarai dalam "aKU aDA kAmU" seorang lagi, permata yang sukar digugat.. jadi, apa perlu cemburu?

mesti la cemburu.. mengulangi balik tulisan tadi.. RM1000.00..... siapa yang pejam mata tanpa ada rasa CEMBURU? wawawawaa....

tapi, dari sudut jiwa matangku, serius, aku sememangnya mengidamkan gelaran itu, dan yang pasti, bukan hanya aku, tapi semua pekerja di dunia idamkan gelaran itu.. tapi, layakkah aku? jawapan telah diterima, aku bukan diantara mereka yang cemerlang.

- apa yang telah aku lakukan selama nie, bukan apa2 kalau nak dibandingkan dengan si penerima..
- hari hari yang ku lalui di sini selama hampir 3 tahun tidak cukup rencah jika mahu diukur dengan "orang bakal berduit RM1000.00"....
- kepalaku belum cukup pening jika mahu ditandingkan dengan kepeningan kepala mereka semua....
- hehehhehe.. takpelah.. selagi aku bertugas di sini, aku masih ada peluang, walaupun tak besar, sekurang kurangnya masih ada harapan... walaupun .. walaupun. dan walaupun..

terima kasih oh Allah, kerana memberikan aku kekuatan untuk hidup, menulis dan merasakan perasaan ini....

Monday, May 09, 2011

9 Perkara Membuatkan hati Tak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :





1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.





2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.





3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.





4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.





5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.





6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..)





7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.





8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..





9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.





Kesimpulan





Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.





Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"

Thursday, May 05, 2011

Selamat Tinggal DiGi

Menci.....

"Mulai 1/6, Caj RM2 dekenakan pd setiap ringkasan Bil & RM5 utk Bil Penyata. Log masuk Online Cust Service utk batalkan langganan Bil kertas atau hubungi 0162211800"

tu la msg yang sanagt membuatkan hatiku tak syokkk ari nie.. hamboiiiiii.. bulan2 dah caj, lagi nak tambah nokkkkkkk.. hebat kau DiGi... Mampuuuuuuuu?

menci..

Selamat Tinggal dunia Duitmu DiGi... tak syok!!!!!!!!!

Wednesday, April 27, 2011

Semoga Tenang disisi Allah SWT

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Sahabat suamiku yang pergi ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam.... "Abdullah Zubair" @ Mat Bet, telah tertulis pemergianmu di Kaki Bukit Larut itu.. Hanya doa yang dapat kami panjatkan, Al-fatihah, pergilah dengan tenang wahai sahabat..

Ali Bana

sehingga hari ini, FBmu penuh dengan ucapan takziah, kami terkesan dengan pemergian ini...

Kau jadikan 26hb April 2011 tarikh keramat buatku kawan...
Hari yang buat aku mula RINDU padamu kawan....
Hari paling sakit pernah kami lalui...
Hari paling sedih pernah kami lalui...
Hari paling besarnya dugaan Allah pada kami...
Dan...
Hari terakhir jasadmu bersama kami...
Namun...Semangatmu,Senyummu,Sendamu,Tawamu...tetap bersama kami selamanya....

bacaan yang lebih sempurna di sini ---> ×_×: Abdullah Zubair a.k.a Mat Bet

Friday, April 22, 2011

Umahku Banjir...

swimming pool @ ruang Tamu..

waaa.. umah sy dinaiki air..
sepanjang hidup aku, tak penah lg umah naik air, kat kampung, kat shah Alam, kat perlis, pun tak penah naik air.. abis, nape kali nie umah aku naik air plak... "dugaan" pendek dan kemas..
isk isk..
abes kaper, sofa dan segala bagai perabot aku disiram ngan air banjir tu.. waaa.. agaknya, nak cuci umah yang dah lama tak di mop kot.. wawawawa.. sedey...

Wednesday, April 20, 2011

Mengubat Hati Luka

kamu tau sesuatu shima,
cari di suatu sudut lain, mungkin Kamu ada apa yang orang lain takde.. kamu masih ada apa yang orang lain dah hilang, kamu akan dapat apa yang orang lain takkan dapat. kenapa kamu perlu ada perasaan tak sihat itu dlm hati kamu?

Takpe Shima, Takpe...

Entri yang menunjukkan saya sedang berkecil hati.

>Kenapa, sebab perkara tu ker?
>> Ye, la, Sebab pekara tadi la...
> Nape nak Kecik hati plak?
>> Memang saya seorang yang berhati kecik.. sob sob sob..
> Ala, jangan la camtu.. cuba berfikiran positif sket.. ntah2 org lain takde apa2, ko jer yang lebih. Sentap tak tentu hala..
>> Hello, kan aku dah cakap, mamang aku kecik ati.. KECIK!!!!
> ala, Pk jer camni.. Nape ko nak kecik ati, kan ko memang tau, memang macam tu.. nape perlu rasa camtu, ko syg mereka kah? helloo,,,, please la... ok.. tak ingat ke sebelum nie? hello, nak aku ingatkan balik?
-> Full Blamming on U <--
>> Hey Heart, what are u trying 2 do ha?
> nothin'!
>> Kamu sedang meracuni akukah?
> why Should I?
>> Ye... memang kan?
> itu cuma pergolakan emosi kamu.. jadi, cuba jadi matang sikit..... wake up la dear body...
Kamu ada mereka yang kamu sayang..

then, enjoy ur life...

Friday, April 15, 2011

...Perpisahan ini -





lagu yang sangat menyentuh hatiku.. aku dengar 150 kali sehari pun takpe.... hehheheh

Thursday, April 14, 2011

Saya ni Bos Kamu @ Aku Ni Ko Nyer Bos

Maksud yang sama, tapi intonasi yang cukup berbeza.




Ada nada hormat pada ayat yang pertama dan ada nada kurang sedap bila menggunakal klausa kedua. tapi semua bermula dengan kita. macam mana boleh jadi perkara nie? hellooo.... saya taktau apa mulanya, apa cerita sebenar dan macam mana perkara nie boleh terjadi. tapi, saya manusia biasa yang akan terkesan hatinya bila perkara nie jadi pada orang2 sekeliling sya yang seakan memerlukan sya (dalam erti kata lain, menyibuk hal org la nie..) keh keh keh...

Sebagai manusi biasa, mesti la kita nak orang lain hormat kita, tak kira la dalam situasi mana, kalau kat rumah, anak2 mesti hormat mak bapak, mesti la kita nak orang gaji hormat kita, mesti la kita nak jiran hormat kita(bkn tabik springg) tapi hormati pandangan masing2... kalau kat sekolah, murid2 mesti respect guru masing2, mesti hormatkan orang tua yang jadi tukang kebun, mesti hormat kwn2 lain
kalau kes kat tempat kerja pun, anak2 buah mesti la kena hormat rakan sekerja lain, terutama BOSs, Puan Pengarah dan Bos2 Cawangan Lain..

Helloooo.... tapi, semua kehormatan yang kita bagi dan kita dapat mesti la kena bermula dengan diri sendiri..


Hellooo sekali lagi... saya taktau apa yang dah jadi sebelum nie, tapi saya sangat kesiankan awak Cik Teman.. nak kena mengadap plak.. aiyooooo...

Semoga kamu bangkit.. kalau kamu salah, akui kesilapan tu dan tanamkan semangat utk bangun semula dan tak lakukan kesalah yang sama... maklum laaaa... sebelum nie orang lain tak pernah tegur pasal perkara tu kan... maybe kamu pun tak perasan benda tu satu kesalahan... it's ok. take it easy... Chaiyokkkk...

Ada cara sebenarnya... "Ayam takkan lahir terus jadi Ayam" .. sepatutnya ia bermula dengan sekor ayam betina keluarkan telur baru boleh jadi sekor lagi ayam... tapi pelik sikit perkara nie, boleh masuk "Pelik Tapi benar" ----> Ayam terus jadi Ayam.. mesti saintis Negara CHi_ _ dah bawak masuk ubat cucuk yang boleh buatkan perkara nie jadi.. aiyooooooo...
Bila Ayam dah jadi ayam, takkan nak penyekkan ayam sekor lagi tu.. aiyoooo.. helloooo....

p/s: Untuk makluman, perkara ini tidak berkaitan dengan saya @ Bos saya... Bos saya baik, memahami, bertolak ansur, dihormati, tegas kena pada tempatnya, bla bla bla,.. (Ayat men'jek' kena baeeekkk sket, huhuhu.. [semua yang tertulis adalah fakta].. Sekian, terima Kasih

Tuesday, April 12, 2011

Sikap kita

Sikap Kita bila kita tak suka seseorang:



1) Ketawakan bila Dia salah...

Bila org tu sedang bcakap, kita pandang dye dengan pandangan yang cukup sinis. bila salah satu fakta yang org tu cakap terpesong sikit, kita mesti ketawakan dye dengan ketawa yang cukup besar... (macam kita tak penah buat silap masa becakap sebelum nie)



2) Mengajuk Ckp org tu

Bila org tu ketawa, kita ajuk, bila org tu becakap, kita ajuk... (macam cara kita ketawa n becakap nie cukup sopan)


3) Tak Sah Kalau Sehari tak Cari Pasal dgn dYe..

Kalau dye bcakap, kita mesti menyampah.. tapi, kalau dye senyap tak cakap apa2, mesti ada bunyi-bunyi "nape sunyi jer eh...?" Macam selama nie org tu penyebab bunyi sumbang sebelum nie, padahal,...



4) Takde Kebaikan yang Kta Nampak dari Org Tu..

Tak kira la, apa yg dye cakap, apa yang dye buat, semua salahhhhhhh memanjang, padahal, apa yang dye buat, ada yang betul, ada yang kena.. cuma mata kita yang senget sikit . Macam la tak penah jadi kera sumbang bila mintak tlg org tu...


5) Bila Nak Mintak Tolong sesuatu, Huh

Bila nak mintak tlg dengan org tu, harapan sama tinggi dengan nak mintak tolong dengan orang yang tak penah kita dajalkan.. kalau dye tak mampu tolong, alamat jadi bahan dan kitaran sikap no.1 tu berulang balik. macam kita nie tak amik port bila org lain ngutuk budak tu...



Macam tu la sikap manusia yang mudah lupa.. semoga aku boleh melangkah jauh sedikit dari sifat nie.. jauhkanlah dari saya....

Monday, April 11, 2011

Dengar tak?

Shima, telinga kamu dengar tak apa ang ada kat blog kamu nie.. waa... dah semakin maju nampak.. dengan bantuan bos sy, saya dah semakin maju.. hak hak hak.. kelakau btol...

Wednesday, April 06, 2011

Mulanya Di Sini

Hari nie dah masuk hari ke-3 aku berkursus di Intengah(INtan Wilayah Tengah).. kat sini ada banyak jabatan lain yang turut sama dalam agenda mencar kursus samada utk melengkapkan bil hari berkursus @ yang betul2 perlukan ilmu utk tugasan seharian. Banyak gak pengalaman yang diluah dan dikongsi bersama.. rupanya dimana pun kita bekerja, keadaan tetap dan banyak yang hampir sama.. dalam banyak pengalaman yang diluahkan, aku sempat ketawa dan mencelah, "ala, mana2 pun sama laaa..." tapi luahanku itu dalam cara berseloroh, supaya tiada yang tertarik dengan maklumat rahsia sendiri.. hehehheeh, dan yang paling penting, tiada sasaran hendak ku tuju, kerana tiada nilai!...

tapi, aku tertarik dengan 2 klausa yang digunapakai oleh 2 insan yang berbeza disini.

1. jiran di sebelah kananku.. merupakan Pembantu Tadbir Kewangan bergred W22 di KDN, Putrajaya.. dye cakap camnie------>
"Selagi tak melanggar AP, lepaskan jer, tak lama pun. Kalau katanya mcm tu, terima jer, jgn terlalu selidik, kalau terlalu kuat curiga pada sesuatu perkara, nanti jadi syubahah. nanti kita berdosa. Lebih baik kita fikirkan banyak benda lain yang lagi penting daripada serabutkan kepala pada benda yang sama berulang kali...."

2. Tn Hj Razak Siteh, penceramah dari Intan sendiri. katanya camnie ----->
"jangan sibuk itu tak boleh, ini tak boleh,...... jangan macam tu, jangan macam nie,............ yang nie ok, yang nie tak ok... padahal banyak lagi yang kita kena buat utk majukan organisasi daripada mencari salah org. ingat, jangan adakan peraturan sendiri melainkan yang dah diwujudkan. ini tidak, banyak kita nie busuk hati. Jangan terlalu bersikap macam tu. jangan jadi kedekut, tapi jangan sampai takde kawalan. "

lama aku teringatkan pekara nie... AKU FIKIR PANJANG-PANJANG... ......


banyak maklumat yang bguna yang aku dapat selama 2 hari nie.. semgoa hari esok aku masih ada ruang utk menyenduk ilmu di pusat ilmu kerajaan nie...


>Bos, kamu jangan pening yer.. lusa sy abis kursus laaaa... nanti sy tlg kamu wat
keja sikit2

>Kengkawan Opisku, Kamu mesti sangat rindukan aku kan? ahaks.. wekkkkk..

>Kengkawan perempuanku, Walaupun kamu belum tentu rindukan aku, tapi aku sangat
rindukan kamu.. rindu sangat.. (tangan ke bahu,mata pandang atas) hehehhehehe
Ikhlas sebenarnya..

>Suamiku, kamu sentiasa dihatiku... takde pakwe yang lagi hensem drpd kamu kat sini..

Friday, April 01, 2011

Pagi yang Sedikit KecewA

Pagi2, aku bangun subuh, kul 5.30.. huishhh.. berusaha sungguh. hahahha...

Sampai Ofis yang cantik dan wangi, aku senom, best, blh main Fb lagi.. heheheh..

dengan hati yg takde busuk @ jahat, aku keluarkan suara yg sikit tak sedap..

"kenapa.....?" 2x, dengan nada biasa n sesajer...

tapi, org yg aku tanya soalan saje2 tu, tiba2 jawab balik dengan ayat yg sedikit sentap..

haishhh.. saya datang bulan ker, kamu yg datang bulan?

Hello.... semoa org pun ada masalah, tapi tolong jangan tarik org lain masuk dalam kancah kecewa tu...

seriously, saya sangat terasa.. bak kata saya di header tu, sy hanya akan muat naik perkara yg memberi kesan pada hati saya........

tak salah pun kalau kamu jawab

"lupa la..."

"alamak, ish..."

sebab sy bukan CEO, @ sy bukan Bos yg boleh2 buat spot check... sy cuma kawan/sepejabat yg cuba mengisi kekosongan hari bernama pagi...

kalau soklan tu mengganggu kamu, "im sorry"

tapi kamu dah buat ati saya luka. ok.

Wednesday, March 30, 2011

Make Up Mahal...

Ari jumaat lepas, g umah kakak saya.. namanya UDE..

"abg, cer tengok make up ude nie, mahal.. semua estee lauder, revlon lah.... "

cik ali senyum jer, dlm ati dye, ntah2 kata "boleh makan setahun".. hahahhahha

pagi tadi, selepas 3 hari kejadian... cik ali bentang sejadah, nak solat subuh. aku plak ngah pakai tudung kat belakang dye.., tiba2 dye berkata sesuatu..

> "mama, make-up UDE yang mahal tu, berapa ratus?"
< "ntah, dalam 5 ratus lebih kot, tapi satu set la..."
> "nanti, kita beli ya.. masa mama dah sebaya dia la.."

aku ketawa.. cik ali terus solat..

huhuhu

Monday, March 21, 2011

Rasa Ini Membunuhku

rasa ini pedih,
rasa ini kecewa,
rasa ini sakit

punca ini dariku,
awalan ini dari hati,
pemula ini dari bisikan jahat..

sedangkan dia, cuma ketawa
sedangkan dia, cuma memandang jauh
sedangkan dia, cuma berjenaka..

tak mungkin ini benar,
sudah tentu ini tidak betul,
dan sudah pasti ini salah..

jauhkan diriku!!!!

Friday, March 11, 2011

Riview: Hikayat Merong Mahawangsa



Ceritera yang hebat di kalangan sequal Melayu...

tapi yang sedikit tak syok, aku tak rasa dimana klimaks cerita ini,

waktu Merong mati kah,
Waktu Sultan menghabiskan tulisan purbanya kah?

Adi-Suatu ketika (OST Gemilang)



Suatu ketika
Kita pernah tertawa
Suatu ketika
Kita pernah berduka

Memori lalu
Tersemat di hatiku
Buat azimat perjalananmu

Untuk tatapan anak bangsa
Ku titipkan satu cerita
Jadi pedoman untuk semua
Takkan mengalah sebelum melangkah

Impian menjadi haluan cita
Rintangan membakar azam di jiwa
Dan cinta bukan hanya kata-kata
Harapan semua anak merdeka

Walau seribu halangan melanda
Kita harungi tanpa lelah terasa
Walau seribu halangan melanda
Simpulkan di dada terus membara

Tuesday, March 08, 2011

Kini aku faham mengapa..

Sebelum nie, aku bertanya,

kenapa perlu begitu, sedangkan peraturannya memang begini?
kenapa perlu adanya itu sedangkan sebelumnya, keadaannya memang begini,
kenapa perlu dia, sedangkan selama ini memang aku...

kini, bila perkara ini berlaku,
baru aku faham, rupanya tak semua manusia memegang sesuatu sebagai janji!!!
tak semua manusia takut dengan bebanan amanah yang ditanggung!!!
tak semua orang akan jujur walaupun dengan diri sendiri...

aku jadi jengkel,
tetapi aku belum memutuskan untuk menjauhimu,
aku jadi pana,
tapi aku belum mencari kata akhir untuk menghukummu..

kerna aku tau,
aku jua belum sempurna,
aku jua belum cukup memegang!!

tapi, doaku dari jauh,
jangan jatuhkan dirimu dengan melakukan ini dan ini...

Friday, March 04, 2011

Usia Mahligai Cintaku


hari nie, kurang 10 hari lagi usia perkahwinanku mencecah 100 hari, membawa makna, 90 hari genap kami bersama..

ada rasa cinta, ada rasa curiga, dan ada sedikit rasa kecewa(bila rajuk tak dipujuk) tapi, sepanjang masa ini, bahagia yang melimpahi cinta bukan sedikit, balang kaca kehidupanku seakan penuh dengan kasih dan cintamu, suamiku..

Dalam masa 2 tahun pertama, tempoh ini mengajar kita erti sabar, meminta kita mengenali siapa pasangan yang kita pilih, menyerasikan diri dengan segala kelemahan dan kelebihan insan yang insyaAllah akan menemani kita sehingga akhir nyawa...

3 bulan belum cukup untuk mengajar aku erti tolak ansur, huhuhuhu
akhirnya, aku terpaksa memujuk diri sendiri..

"kalau buat moncong, sampai esok pown dia akan biarkan aku, tapi, bila ada senyum sikit di hujung bibir, ali mesti tak lokek buangkan ego dye jauh2"

tu la ayat yang selalu aku gunakan utk puuk ati nie bila time merajuk..
tapi, yang berbaloinya, setiap kali, itulah yang jadi... hehehhehehe

Wednesday, March 02, 2011

Aku Mencuri peluang Menulis

Sesungguhnya, aku terlalu sibuk kebelakangan ini
tapi aku gembira kerana diriku telah kembali..
aku akan berusaha mengejar kembali apa yang ditinggal sebelum ini..
laporanku, aset2 ku, segalanya milik kerjaku...
oh kerja, jangan kamu lari lagi.. nanti aku tak larat nak kejar balik..
oh masa, jangan la laju sangat, nanti tak sempat..
Oh Pengarah Negeriku, jangan la ko datang sini dulu, nanti aku tkucil..
Oh Oh Oh...semua,
Aku masih perlukan semua, please..

Kehidupanku kembali lagi,
aku mahu menjadi seorang pekerja cemerlang,
aku mahu jadi pemegang masa,
aku mahu jadi si pelihat perlakuan, dikala segala yang diamanahkan kepadaku dapat ku sempurnakan...

Oh Bosku, kamu tolong jangan marah saya sebab lewat sediakan segalanya sebelum nie..
lepas nie, sy janji, kamu akan lebih jarang dimarahi disebabkan salahku..
hehehhe

Oh Suamiku,
lepas nie kita kena balik opis lewat seket ye.. I Luv U...

Monday, February 28, 2011

kAMI bERJAYA

akhrinya, setelah beberapa tahun, team bola Klang, dapat no 2... hhehehehe

aku tau itu kerja keras mereka, tahniah. kepada tulang tulang belakang pasukan ini, anda berjaya membangkitkan semula segalanya, semoga ini permulaan yang terbaik untuk kita.. hehehehhe

Tuesday, February 22, 2011

Amik Sebagai 1 Cabaran

Semalam, dalam kereta, aku fikir sikit...

Dia tak la teruk sangat, lagipun, siapa aku nak judge dye camtu..
Dia nak sesuatu yang sempurna, macam yang semua manusia kat dunia nie harapkan..
Dia adalah seorang yang cukup teliti, kadangkala sampai menjengkelkan,

tapi ada penawar disebalik semua tu.

amik semua nie sebagai 1 permulaan kehidupan alam pekerjaan yg baru..
maklumlah, semenjak peristiwa mac 2010 lepas, banyak yang aku tinggalkan kat sini...

amik semua nie sebagai 1 titik tolak kepada suatu perangsang yang membolehkan kita bergerak lebih laju dan kompiten

dan yang paling penting, amik semua nie sebagai 1 Cabaran buat kita..

Terima Kasih

Wednesday, February 16, 2011

Penipuan & Cerita diSebaliknya

Penipuan = Penafian sesuatu Kebenaran

Kebatilan dalam sesuatu perkara..

pernah ditipu?
sakit kan?
sakit kat mana, tentu la hati...

Anak Buahku yang busia 7 tahun pun tau, bila ditipu, dia geram, mengamuk.. bila ditanya oleh si penipu yang menipu dia,

"eleh, sakit ker, sakit ker?"

budak 7 tahun nie kata
"ye la, sakit hati"

tau apa hukum menipu?
Berdosa....

Aku tak suka kena tipu....

Jangan tipu orang lain, nanti org lain tipu kita 10 kali lagi teruk...

Kalau Allah s.w.t nak tunjuk depan mata, tak sampai 10 saat lepas ko tipu pun boleh...

semoga esok dan esok ko tak tipu lagi...

Monday, February 14, 2011

ENtRi Yang tAk Berapa Syok

Sebab tajuk yang tak berapa best, perasaan aku juga tak berapa best..

kenapa?
sabab, satu penulisan kadang2 boleh menimbulkan pelbagai reaksi dan konklusi...

Cuba baca ni.. KanSer dan Poligami

dan reaksi aku,

Kenapa salahkan poligami, sedangkan poligami tu sesuatu yang halal disisi Islam.
Kenapa tak gunakan tajuk yang elok sikit, cam "Seks RAMBANG luar nikah punca penularan KANSER"...

Aku cuba tgk nama penulis, takde plak.. ishh.. PROPAGANDA siapakah ini? Seakan mahu menjatuhkan perkara yang tak menjurus ke arah itu...

aku marah dan kecewa.

Hari Kekasihku

Setiap hari aKu bercinta,
Setiap hari ada Suka Dan Duka,
Setiap Hari aku merasakan MaNis Berdua,(ada kalanya sedikit masam)
Rasa disayangi, dikasihi, dirindui & diperlukan

Ini bermakna, setiap hari adalah hari kekasih bagi aku...

Tak Perlu 14 Februari jer...
Tak Perlu sorok2 tepi Batu Besar,
Tak Perlu Hotel murah,
Tak Perlu cari Port Baeekkk punyerr...

Rumahku, Syurgaku...., kenapa, tak percaya ka?

kawen la....
dan lagi 1, baca la nie....
FakTa Yang Sangat BerGuna Nie

Jalan2 Di PutrAJaYa

Petang nie macam menDung SikIt.. Cik Ali cam taknak bangun jer nih.. haishhh... Tapi TakPe, Best Gak Jalan KaLau Tak PanAs SaNgat.. akhIrnyA, Kami Sampai Di PutRaJaya.. Ada PerTunJukaN WaU.. huhuhuhu.. CanTik, ada LaYaNg2 YaNg BanyaK.. IkAN, SotoNg, Bola, IbaB IdOng BeSar Pown Ada.. heHeHe..

JaLan2 MeliHat PuTraJaya...

dan ini...Kami berdua


Cik Ali


Aku..


KaMi SemUla...