CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, October 04, 2012

Doakan Kami

Assalamualaikum

hai hai hai...
Hari ni last kerja sebelum bercuti selama 3 bulan
hhuhuhuhu

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan baik
semoga Allah Swt permudahkan segala urusan kami.

dan yang lain, tolong doakan kami..

Thursday, September 27, 2012

Pesanan Buat En. Suami

2 minggu lepas, Dalam kereta, perjalanan balik ke Kemaman,
tiba2 mulut nie terasa nak kuarkan sesuatu kata2 yang dah lama terbuku dalam hati..

"Abg, mama risau kalau umur tak panjang,
masa lahirkan Talib nanti, orang kata, Nyawa macam telur kat hujung tanduk..."

"taklah, doa la.. nanti kita boleh besarkan dia sama-sama, kan Talib"
en. Suami senyum2 sambil usap perut yg bulat nie...

Malam tadi, cakap benda yg sama, tapi ada pesanan lain, supaya en suami kawen lain n jaga anak ni, jangan bagi pada orang lain..
en. suami balas macam hari tu jugak...

ada kerisauan dalam hati.

pagi tadi, buka facebook,
ada berita tentang sahabat en suami yg kematian isteri sewaktu bersalin akibat pendarahan..
arwah
Al-Fatihah...
hati ni makin sayu, kesian baby yang baru lahir..
kesian suami Arwah,
kesian anak2  Arwah yang ditinggalkan.
tapi Allah Maha mengetahui..
Semoga Roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan orang beriman dan syahid memperjuangkan kelahiran seorang lagi muslim di dunia...



Wednesday, September 26, 2012

Baby Sitter

Menjelang beberapa hari sebelum sy cuti panjang utk lahirkan si comel ini,
ada satu lagi pekara yg bersarang...
siapa  nak jaga anak mama nanti?

ada 2 pilihan,

pilihan pertama,
sorang kakak tepi rumah,
ada anak lingkungan 5-17 tahun,
anak dye semua lelaki, 7 orang..
kalau campur Talib mama lagi, dah masuk 8 lelaki yg dia jaga..


pilihan ke-2
adik yang berusia 21 tahun,
dah kawen 3 tahun, tapi masih belum ada zuriat,
kata en.suami, dah biasa mengasuh budak2..
selang beberapa rumah je dari rumah kami

tapi, antara keduanya,

kakak tu, ada banyak anak, yg kecik tadika tu agak ganas...
nanti dibaginya Talib makan gula2 cmner? aiyakkkkkk,,,,

Adik tu pulak, tak muda sangat ke?
sy lak yg risau, boleh ke ye jaga si comel mama nie?


Sunday, September 23, 2012

Berkongsi Cerita Ibu Hamil berbadan XXL...

ok, lama gak fikir nak masukkan entri ni dalam blog.
walaupun ada rasa cam malu sikit, tapi, untuk berkongsi pengalaman yang tak semua perempuan rasa, gagahkan juga tulis panjang2 nie..

sebenarnya, berat badan sy memang tak bersapa tetap, masa bertunang, 73kg, masa kawin 80kg, masa awal pregnant, setahun kemudian, berat dah jadi 93.5 kg...
sepanjang tempoh kehamilan awal sampai 7 bulan setengah, takde pertambahan berat badan, malah, berat turun sampai 89 kg.. risau gak
tapi, bila scan baby dalam perut, pertumbuhan Ok dan positif.. mungkin sebab diet yang sy amalkan bagi kurangkan diabetis yang ada nie..
kencing manis masa ngandung nie doc dapat trace lepas minum air gula hari tu... (awal2 ngandung)

okeh...
bercerita tentang pengalaman yang sy lalui masa carry baby dalam rahim nie banyak..
tulisan2 sebelum nie semua berkisarkan tentang rasa indah, kali ni sy nak selitkan sikit kesusahan yang tak seberapa, bukan niat mengeluh, cuma untuk memberi sedikit motivasi pada big mama2 yang baru disahkan hamil.. hehhehehehe

masa awal mengandung, sy tak rasa sebarang sickness, morning ke, evening ke, night ke.. semua takde, muntah2 pun takde. semua serba bahagia. hehehe
cuma kadang2 rasa mengada ngada tu muncul sendiri, nak dimanja lebih oleh en. suami. hehhehe
bila kandungan dah cecah 4 bulan, perut dah semakin nampak isi, kaki dah mula kejang waktu malam...
masa ni dah start susah nak buang air besar dengan gaya cangkung. mungkin sebab kapasiti lemak dalam peha buatkan perut nie tertindih... pastu amik la posisi tandas duduk...
masa awal2 semua ok jer....

masuk bulan ke-5 kandungan, dah mula tak boleh nak duduk kat atas permukaan keras. jangan la sesekali tenyehkan bontot pada permukaan simen, tile dan batu2 keras.. tunggul kayu pun jangan tau..
padahnya, bila nak bangun, memang tak terdaya la.. nak jalan pun sama..
alih2, en. suami kena jadi kren pengangkut setiap kali nak berdiri.. bila dah mampu berdiri, baru leh jalan sendiri..

bagi yg suka travel jauh2, takde masalah pun. sepanjang tempoh hamil, sy takde masalah sepanjang perjalanan, sakit belakang pun takde, dok dalam kereta adalah suasana yg menenangkan.. agaknya baby dalam perut pun suka.. sebab setiap kali masuk dalam kereta, kena aircond, dye akan gerak2.. suka la tu...
:)

masuk 7 bulan kehamilan, masalah yang sangat besar adalah kesukaran buang air besar n air kecik. dua2 tersepit... takleh nak lepaskan semuanya..
makan la buah banyak2 supaya senang perjalanan air besar.
kemungkinan utk dapat jangkitan kencing kotor sangat besar masa nie.
musibahnya, memang terasa nak tercabut sambungan tulang2 kat kawasan punci kencing ni.

masuk bulan ke-8, ari2 rasa sangat sakit.
perut pun kencang macam nak luruh..
oleh yang demikian, kena la g spital check up, memandangkan klinik yang buat rawatan hari2tu macam tak mengurangkan kesakitan, terpaksa la g hospital Kemaman..
lepas 4 jam menunggu, doc bagi ubat antibiotic kaler pink utk rawatan kencing kotor..
lepas seminggu amik ubat, baru ok dan kurang sikit kesakitan..
kalau tak, nak bangun pun susah, sakit macam nak merangkak turun dari katil
sakit yang macam nak tertanggal tulang celah kangkang nie.. adehhh.. jangkitan kuman yang teruk la nie..
pas 2 minggu, semuanya kembali seperti biasa.. kesakitan biasa, kemengantukan biasa.. hehhehehe...

minggu ke-36 kandungan, kalau ikut fasa, dah 9 bulan... kena pulak tekanan darah tinggi..
agak bahaya pada keesihatan ibu n anak, kena makan ubat, 3 kali sehari..
sangat mengantukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk... sampai boleh tertidur waktu menaip sesuatu



pada bakal2 ibu yang berbadan sedap nie, silalah turunkan sikit berat badan untuk keselesaan masa mengandung..
anda boleh.:)

Thursday, September 20, 2012

BITK oh BITK

Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)

exam dah 2 kali amik,
bila nak lulus?
RM40.00 tu banyak la.. kalau didarabkan dengan 12 bulan, darab plak beberapa tahun..
Ermmmm....
Betul ke calon hanya boleh salah 2 daripada 40 soklan objektif  untuk  lulus ujian tu?

ergghhhh... tekanan nie..
gagal lagi tahun nie..

Wednesday, September 12, 2012

KETUPAT

Saya dah pandai anyam ketupat gemuk...
mengayam ketupat nie memerkulan kesabaran.. fuhhh... penat gak otak nie..
seb baik ada pakcik opismate yg pandai anyam ketupat..
beria-ia nak belajar cara gemukkan ketupat..

bertahun2 dah cuma tau buat ketupat yg kurus kering tu jer.. 

dulu ketupat sy camnie jer...

ketupat yang kurus...

sekarang..

tadaaaaa....
dah jadi gemuk.. hehehhehehhe

dan hasil hasilnya....

banyakkkkk kannnn?


Sunday, September 09, 2012

Cerita Kehidupan Yang Tak Terluah Sebelumnya...

banyak perkara suka duka yang mahu diluah disini...
perkongsian perasaan yang agak sukar diluahkan secara terbuka,
samada dengan keluarga
ataupun rakan taulan..
sudahnya,
luahan hanya untuk si Hati ini.. dan semua pembaca yang agak berminat menyertai alam kehidupan saya yang bernama  Siti Noor Hashimah bt Mohamad  Said

Rumahtangga


Alam rumah tangga yang dibina sejak 4 Disember 2012 2010 lalu tidak banyak perubahan
kasih sayang En. Suami masih seperti dulu.
dia agak kurang menekan hati, tapi adakalanya, tempikan suara yang lahir dari dengusannya membuatkan air mata yang sememangnya murah ni tumpah dengan laju.
kalau difikirkan semula, perkara mudah pun boleh jadi gundah jika membabitkan En, Suami.. :)
Dia seorang yang sangat mudah...
Makannya tak perlu yang istimewa, cukup sekadar kurang pedas dan lebih garing..
Pakainya juga begitu, tak perlu digosok selalu, cukup dengan basuhan yang sempurna..
Keselesaannya langsung tidak membebankan diri,
Kadang kala aku sendiri yang malu dengan sikap M yang bersarang :)....
En Suami sangat bertolak ansur... perjalanan, perbelanjaan malah tak lokek picitkan jerawat di belakang (walaupun jerawat tak wujud pun...)
Rumah sewa kami sederhana besar, tapi cukup bermakna untuk kami merehatkan diri, disamping menanti orang ketiga dalam rahim ini..

Pekerjaan


hurmmm...
agak sukar ditafsirkan keluhan itu..
PPSPPA Negeri Terengganu masih belum menjalankan akta 672 sepenuhnya..
keadaan masih samar-samar..
tapi kerja yang ada tak kurang..
sebenarnya punca tugasan yang banyak ni disebabkan penangguhan yang sentiasa berlaku hari demi hari..
silapnya pada aku juga..
Tugas Pembantu Tadbir Kewangan bukan susah disini, tapi selitan tugasan Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi yang sedang cuti bersalin sedikit sebanyak menjejaskan kesenangan..:)
Elaun Tanggung Kerja yang sepatutnya layak diterima juga terbiar begitu sahaja.. salah siapa? malas nak cari.. redha je lahhh...
semoga orang yang bakal menaggung kerja jawatan lain akan menerima imbuhan yang sepatutnya selepas ni..
bukan soal wang, tapi soal penghargaan masa dan apa yang sepatutnya dimiliki...
Takpelah, kurang sebulan lagi sy nak cuti.. so, biar je lahhhhhhhhhh... (dengan nada pasrahnya..)

Teman


wahhhh.. ini yang saya tunggu dari dulu... isteri Zuk, Pn Shafarita a.k.a Ita dah Mengandung.. agak lama pasangan nie tunggu kehadiran insan hasil cinta mereka berdua.. tahniah Ita.. sesungguhnya aku amat2 berbahagia dengan berita tu... "Kesenyuman yang Panjang".... rasa cam aku lak yang nak meraikan kejayaan itew.... huhuhuhu

Keluarga


Keluarga saya sangat bersar.. ada 11 adik beradik,
10 ipar, dan 26 anak saudara
anak2 saudara semakin ramai yang meningkat dewasa...
pada kakak2 dan abang, semoga bekalan didikan yang kamu berikan sekarang mampu membuatkan anak2 kamu menjadi seorang manusia yang berguna dan mampu untuk menjaga kamu di hari tua..
ada perkara2 yang perlu kita buka mata...
hurmmm.. kadangkala kita terlalu inginkan kesempurnaan di mata manusia,
sehingga ada ketika kita berusaha sedaya upaya menutup suatu kelemahan dengan suatu kebaikan palsu..
Yang sebenarnya kita sendiri tahu di mana kita berada..
pada anak2 saudara, acik minta maaf sekiranya terlalu kasar dengan kamu2 semua..
Dalam hati ni, kamu semua harta2 yang acik ada. Pada yang masih kecil, sayang pada kamu semua tak berpenghujung,... setiap makanan  yang acik sediakan penuh dengan kasih sayang. cuma kadang2 kepala angin acik membuatkan kamu semua makin jauh dengan acik.. :)
pada anak2 saudara yang semakin dewasa, hala tuju kamu adalah hak kamu sendiri,
buatlah keputusan berdasarkan pemikiran waras.
kamu punya segalanya,
jangan hampakan orang tua yang banyak berjasa dan bekorban untuk kamu..
bukan sekadar bergolok gadai, menebalkan muka, malah menitiskan air mata..
kamu tahu sesuatu? bertapa besarnya doa anak yang membuatkan air mata ibunya menitis? fikirkanlah sebaiknya..
balaslah budinya dengan menghormati dia... jadikan mereka bangga memiliki kamu di Dunia ini..

Pengharapan

Pengharapan ini merupakan keindahan kehidupan sekarang..
Bakal Menjadi mama dalam tempoh sebulan..
:)
keindahan yang mampu melahirkan sebuah rasa yang bercampur baur..
keterujaan, kerisauan melanda, semua berganda datangnya..
Mama risau keadaan kamu, rasanya tak sabar menanti kamu ke dunia ini,
untuk mama peluk kamu,
untuk mama belai kamu
untuk mama memindahkan separuh rasa cinta yang selama ini hanya untuk ayah kamu :)
untuk mama menjadi seorang wanita yang lebih tabah, tegar ...
dan untuk menjadikan mama lebih sabar menghadapi tingkah anak2 kecil yang selama ini mama belum faham.
semoga dengan hadirnya kamu di ruangan kehiduapan mama,
menjadikan hidup mama dan ayah saling melengkapi..
kamu bakal cahaya hidup mama dan ayah,
semoga menjadi anak yang soleh..


Monday, August 27, 2012

Alhamdulillah...

Muhammad Amir Talib..

Kalau sayang mama ni lelaki, tu nama yang mam dan ayah nak bagi..
kamu dah mula aktif .. dan lebih aktif sekarang.
kadang kadang mama sendiri ketawa tgk kamu bergerak,
perut mama jadi bonjol sana, bonjol sini..

tapi, dalam masa yang sama...
mama risau,
bagaimana keadaan kamu di dalam ini,
cukupkah zat yang kamu terima dari mama,
sihatkah kamu,
tertindihkah kamu bila mama tidur tak ingat dunia..
hehhehehe

nanti, sampai masa kamu keluar,
kita jumpa ye..
tangisan pertama kamu...
mama mahu mendengar itu..

Sunday, August 26, 2012

Salam Lebaran

Allahkuakhbar.

Selamat hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

Pada Suami,
Pada Keluarga,
Pada Saudara mara,
pada rakan taulan...
dan pada semua ummat Islam di DUnia...

Pada En Suami,
Raya tahun nie Kali Kedua kita beraya bersama,
kali ni giliran beraya jatuh kat Kg Abang.. hehhehe
Mintak maaf sebab terlebih tacing malam raya itu..
antara mercun dengan abang, mama pilih abang..("-")
maafkan semua salah dan halalkan apa yg terlebih dan terkurang...


Thursday, August 02, 2012

Shahrol Nizam bin Sadri

entri hari ni khas untuk kamu,
anak saudara yang dah hilang entah ke mana, kamu berusia hampir berusia 23 tahun,
masuk bulan nie, hampir genap 8 bulan kamu hilang dari pandangan mata kami.

Nizam,
mana kamu hilang?
mengintai facebook kamu, Facebook Nizam , ada ada update profile picture terbaru
tapi itu bukan gambar kamu, cuma gambar pemandangan kota paris.
ada terima kawan2 baru, tapi semua macam samar samar..
kami sangat risau, bimbang kalau bukan kamu yang membuka facebook tu..
mana kamu hilang?

Nizam,
Kami sangat rindukan kamu...
kamu bukan jenis anak saudara yang nakal,
kamu jarang melawan, malah hanya mendengus kecil kalau sesuatu mengganggu emosi kamu.
kamu sedikit sebanyak membantu kami menguruskan tugas2 ketika balik kampung..
mana kamu hilang?
kami sangat rindukan kamu..

Nizam,
Jika kamu masih hidup,
balik lah pada hari raya nanti,
mak sangat rindukan kamu,
mak kamu juga rindukan kamu,
kata mak, kalau kamu balik raya nanti, mak teringin nak terpa kamu..
balik ya...
itupun, jika kamu masih hidup.

Nizam,
Maafkan silap kami..
mungkin kami kurang beri perhatian pada hidup kamu,
doa kami panjatkan supaya hati kamu lembut dan balik bila raya nanti,
air mata yang tumpah sebenarnya tidak berpunca,
antara risau, masihkah kamu hidup atau masihkah kamu di dunia ini..
kami semak akaun bank kamu,
keduanya tidak aktif, semenjak beberapa bulan lalu,
saban malam kamu hadir dalam mimpi,
kami makin bimbang..

Ya Allah,
Kau permudahkanlah jalan kami mencari anak saudara kami.
sekiranya dia masih bernyawa, Kau lembutkanlah hatinya untuk kembali bersama kami,
sekiranya dia telah kembali menghadapMu, walau dengan cara apa sekalipun, kami redha,
Kau tunjukkanlah jua dimana jasadnya agar dapat disemadikan dengan sempurna.

kepada yang membaca coretan ini,
mohon saa sama doakan agar pencarian kami dipermudahkan Allah s.w.t
amin...

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Monday, July 16, 2012

Makanan dan Minuman Kamu.

Assalamualaikum Sayang...

Sekali lagi, tulisan ini untuk kamu.
semalam, waktu mama melayan keletihan, mama perasa sesuatu.
makanan dan mimuman kamu yang akan lahir nanti sedang terbentuk sedikit demi sedikit.
Alhamdulillah, semoga segalanya berjalan dengan baik selepas ini.


Tuesday, July 10, 2012

Kesian Pada Mereka

tadi jalan2 membaca status kawan2 kat facebook..
tiba2 terpandang sesuatu di wall sepupu cik Ali saya..

Bunyinya begini...

"kejar matlamat,hehe Yg lpas bserah pd 'takdir'. aMIN.huhu" -kata sepupu kepada en. ali (lelaki)
oleh yang demikian, jari ni scroll ke bawah
dan sedikit terperanjat dengan luahan ini di halaman yang sama oleh cik pasangan kepada sepupu itu...
"thanks utk sumenya...hope kita xkn jmpa lg pasni..halalkn makan minum selama 7 taun ni..salam.."
kesian.... mungkin kamu takde jodoh..
kami sentiasa doakan kamu berdua..
restu ibu bapa sangat penting, walaupun sekukuh mana ikatan percintaan kamu,
sesungguhnya restu keluarga dan izin Allah adalah penyuluh kepada perjalanan itu...

7 tahun,
perjalanan kamu sebelum ini sangat panjang..
dari takde kenderaan, sampai motor, sampai ada kereta,
susah senang kamu kongsi sama2..

tapi, berbalik pada takdir Allah...
semoga kamu berdua bertemu seseorang yang lebih sesuai

Kecintaan hati

Assalamualaikum sayang....

Hari ni tulisan khas untuk kamu..
Yang sedang bergerak2 dalam rahim mama ini...

dalam masa seminggu ni, mama dah dapat rasa pergerakan kamu yg sangat aktif,
mama tak kekok, malah rindu untuk melihat kamu menguis di kiri kanan perut mama..
mama perasan sesuatu, kamu senang hati bergerak kalau mama sedang berehat..
malah, kamu juga tahu waktu hati mama tak berapa tenang...
mungkin kamu terlalu dekat dengan hati mama di dalam ini..

Ada sesetengah masalah yang menimpa baru2 ini,
kamu jangan kecil hati, bukan kamu penyebabnya..
malah, mama yakin,
dengan adanya kamu, mama makin bahagia..
InsyaAllah..
Mama tetapkan apa yg wajib, mama tingglkan apa yang khilaf..

Abah kamu biasa-biasa saja..
hehhehehe...
mungkin dia bukan seorang penunjuk perasaan..
:)
tapi mama tahu hatinya juga bahagia dengan adanya kamu..

Saban waktu mama mendoakan agar kamu dilahirkan sebagai insan yg soleh..
agar suatu hari nanti dapat membimbing mama, dapat melengkapkan hidup kami,
membesar dengan sihat ye, mama dan abah kamu menunggu kehadiran kamu.

Monday, June 25, 2012

saya dah bosan dengan kamuu

Assalamualaikum...

yang di sana,

saya dah bosan dengan situasi macam nie..
kamu tau kenapa?
kamu selalu cepat melatah kalau terjadi sesuatu perkara..

nampaknya kamu tak perlu tahu tentang situasi sebenar sebelum menghakimi sesuatu perkara.
wahhh kamu sangat hebat..
bila dikejutkan dengan sesuatu cerita, dengan pantas kamu menghubungi pihak sana, pihak sini, mengamuk sana, menempik sini..
wahhhh.. sekali lagi, kamu sangat hebat...

kamu tahu sesuatu?
saya dah semakin bosan dengan keadaan ini...
kamu sangat hebat bila berbicara, tentang rasa, tentang tenang...
tapi, bila situasi depan mata....

kesilapan dan kesilapan,
saya mengakui, memang banyak,
saya tiada rasa di sini...


Tuesday, June 19, 2012

Sabotaj

alamak, ada org kata aku nak sabotaj dia?
fuhhh...
siapa aku,
siapa pulak dia?
aku nie pipit yg bulat, camaner nak sabotaj burung helang yg terbang tinggi?

amboi2....
tak baik fitnah orang tau ...
huhuhhuhuh
semoga takde kudis pasal perkara nie...

hoyeahhh.....
fuh fuh fuhhhh..
pergilah terbang jauh2...
jangan kacau sy kat cawangan ni...

Wednesday, June 13, 2012

duit oh duit

agak susah sikit kehidupan ni kalau tak cukup duit.
bukan masalah rumahtangga, tapi suasana tak cukup duit nie boleh membuatkan hati kita gulana..
macam mana kalau ada kematian, macam mana kalau ada perkara kecemasan?
menyimpan adalah satu cara paling selamat, tapi cukup tak gaji untuk buat simpanan?
kalau gaji yang tinggal pada pay slip RM960.00, hutang yang menunggu RM961.00, macam mana nak menyimpan?

hurmmmm...
gayat.....


Monday, June 11, 2012

fuhhhhh... bekerja dalam keadaan ini

Okeh, cerita nya camnie..
sekarang Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi a.k.a PTPO PPSPPA Cawangan kemaman dah start cuti bersalin. (rehat ye erin)...
sekarang, semua tugas tu dah terpapah kat bahu saya, secara ikhlas dan tanpa bayaran pangku tugas ye.. hehehehhe

alamak... tiba tiba rasa tangan nie menggigil lak.. rasa banyak keja la palk.. adehhhh..
sob sob sob...
okeh, tarik nafas dalam2, hembus lama2.. makin lama buat, makin mendebarkan.. heheheheh

adehhhhh.. bukan mengeluh, tapi terasa macam dikejar pit bull plak.. hehehhehe

kat sini tak sama dengan ofis klang, pejam mata, petik jari, aku dah tau.. kalau kat sini, jegil mata besau2, tepuk dahi pun belum tentu faham lagi.. erkkkk

takpelah, semoga aku dapat meneruskan ketenangan yang masih berbaki nie, maklumlah, sebelum ni aku kan dok saje, meja pun takde, kerusi pun main tenyeh je kat mana2... kadang2 sampai ada org marah sebab sepahkan meja dye org..
aku pun taktau bila nak dapat meja sendiri..
agak susah menumpang kat meja kawan2, lagi2 kalau seseorang tu jenis yang pembersih..  huhuhuuhh

pesbuk kena jarang2 bukak,
belog kena jarang2 update,
tepon kena kurang2 guna,
game dalam opis langsung takleh....


huhuhuhuhuhuhuhuhuu

Wednesday, May 23, 2012

Keterujaanku



Hati nie banyak sangat nak menceritakan sesuatu,....
tapi tangan nie macam malas sangat nak menaip..
huhuhuh
oh hati, pelahan lahan ye...
banyak yang nak diluahkan, diceritakan, dikongsikan...

- Bakal Menjadi Ibu..-
ini keterujaan yg paling utama sekarang..
huhuhuhhu.. sangat gembira, tapi taktau nak mengekspresikan macam mana..
kadang2 rasa macam biasa jer...
bukan tak bersyukur, mungkin selang hampir 5 usia kandungan nie, dah semakin terbiasa dengan keakraban kami... huhuhhhu

Teringin gak nak window shopin' barang2 baby yang comel2 tu..
tapi belum tau jantina baby..
mungkin tunggu sampai 7 bulan baru merangkak nak beli.. heheheheh
bulan puasa lak tu..

hurmmm.. kadang2 timbul rasa risau tentang masalah kewangan..
cukupkah rezeki kita bertiga, tapi hati nie sering percaya kepada gerak naluri..
insyaAllah, ada sisi rezeki yang mungkin belum kita nampak.....
ada masa juga, terfikirkan mahu melahirkan baby di hospital swasta..
hehehheheehe.. senyum2 sambil malu sendiri.. ehehhehehe...
kalau ada rezeki lebih, insyaAllah...

owh, tersebut tadi pasal jantina..
hhhehehehhehe.. tak kisahkal kamu lelaki @ perempuan,,
kami terima seadanya..
semoga kamu sihat walafiat, membesar dengan cepat
dan bakal menjadi little caliph di muka bumi Allah

Sunday, May 13, 2012

17 Minggu..

wahh,, dah menjangkau 17 minggu usiamu...
kebelakangan ni asyik letih jer,,, huhhhuhuhu
kerja2 rumah pun makin kurang.. kesian en.suami....
huhuhu
masak pun jarang, tapi masih boleh menyediakan makan tengahari untuk ayah waktu hujung minggu....

persiapan masih belum ada apa2..
 tadi terpandang kerusi baby untuk kereta.. heheheh sangat comel..
teringat plak banyak lagi yang belum mama buat untuk kamu..



Tuesday, May 08, 2012

Bagaimana Hidup Sebagai Seorang Pembunuh...

Hari nie terbaca surat khabar berkenaan kemalangan yang berlaku di Gambang, Pahang hari ahad lepas. kebetulan, waktu kami melintasi kawasan kemalangan untuk balik ke Kemaman, Kenderaan Mitsubishi Lancer tersebut baru diangkat ke atas trak tow. ini kemalangannya... kemalangan.... hurmmm.. dalam meneliti coretan beberapa blog, tiba2 saya terpandang satu coretan ini...






lantas saya teringat kembali kemalangan yang menimpa kakak dan abang ipar saya 2 bulan lepas...  Kemalangan dulu 

setelah beberapa siasatan dan beberapa saksi dipanggil, ternyata ada sebuah kenderaan besar "Toyota Vellfire" yang melepaskan diri dari tanggungjawab menghentam Arwah.

tapi vellfire itu menghilang.. 

bukan niat menidakkan takdir yang tertulis, cuma hati ini terdedik..

tertanya tanya.. bagaimana agaknya kehidupan pemandu Bas yang menghimpit Arwah Kimie dan Pemandu Toyota Vellfire yang melanggar Arwah Ismail...
tidak terganggukah malam mereka setelah menjadi penyebab kepada kematian seseorang? 
Semoga mereka memohon keampunan dari  Allah S.W.T... hanya Dia yang Maha Mengetahui




Sunday, April 29, 2012

Berbicara mengenai Politik, Bersih & PTPTN...

Berbicara mengenai politik..

hurmmm.. aku bukan obses mana2 parti politik di Malaysia...
Buat masa sekarang, hanya merasakan Negara berada pada landasan yang betul untuk terus maju dan bebas menjalankan kehidupan yang kita sendiri pilih...
Soal Hukum Islam, yakin pada iman, yakin Pada Allah s.w.t, insyaAllah, perjalanan akan tetap berteraskan Islam, berpaksikan Allah dan Berkiblatkan Kaabah...
Jika hati yang jitam, ubahlah apapun, hanya doa ibubapa dan diri sendiri yang mampu mencari sinar hidayah Allah SWT kembali... bukan pemimpin negara, bukan ahli parlimen, dan bukan Ahli Dewan Undangan Negeri yang dipilih....
apa yang pasti, politik di Malaysia semakin kotor... taburan fitnah seakan rencah...
serangan peribadi individu seolah2 wajib... tak kira bangsa, agama mahupun jantina..
ada sesetengahnya langsung tidak malu mencanang AIB manusia lain gara gara berlainan ideologi politik..
yang lebih menyedihkan, manusia yang membuka aib manusia lain tersebut adalah seorang wanita, seorang ibu dan seorang isteri...
agaknya, bagaimana rasanya sekiranya anak beliau juga turut dimalukan begitu...
berkata tanpa ada fakta yang sahih, bersidang akhbar hanya kerana mahu menjatuhkan pihak yang satu lagi.. seakan kebanggana yang tak bisa lagi disimpan dalam hati.. riak, ketawa dan tersenyum bangga dengan keaiban yang dibuka, dengan tiket pengundi berhak tahu siapa calon mereka...siapa kamu untuk membuka aib orang sebegitu?

Rasullullah SAW pernah bersabda
 “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”

 Berbicara tentang Bersih 3.0

Sedih, keliru dan terlalu kecewa dengan mereka..
8 tuntutan manusia yang menggelarkan diri mereka Pejuang Bersih.
Banyak kebaikan dari tuntutan ini, tapi begitukah caranya?
Perhimpunan jalanan seperti yang diadakan di beberapa buah negar Islam lain, itu contohnya..
sekadar melihat contoh belum cukup, sudahkah kamu semua melihat kesan dari tindakan tersebut..
Lihat keadaan di Mesir, cukup amankah begitu? keadaan di Syria, pertumpahan darah di sana sini,
hurmmm.. mungkin fikiranku terlalu jauh membandingkan Malaysia dengan Negara2 tersebut..
aku kembali di sini...
Kenapa perlu berarak? Stadium tidak cukup besar barangkali...

keadaan selepas Bersih 3.0 semalam.. tak megapa, ada bangla2 Alam Flora kaki cuci...
apa kita peduli.. sedangkan konsert2 pun selepasnya akan begini...
sekadar sampah yang boleh disapu...
 tak mengapalah.. setiap orang ada pandangan berbeza.. tapi, sepanjang perarakan sehari itu, adakah solat zohor dan asar dilaksanakan? semoga tiada ummat Islam yang meninggalkan solat, lantas melupakan cara sebenar memohon sesuatu melalui doa. Allah maha melihat dan mendengar... semoga doa kita diperkenankan....

Dan akhir sekali, berbicara tentang PTPTN..

aku juga salah seorang pemegang pinjaman tersebut...
Kenapa perlu percuma?
kalau mahu percuma, memang disediakan, dengan syarat, keputusan CGPA perlu mencapai tahap yang diperlukan..
Kita mampu berusaha sekiranya mahu.. mengapa perlu ada istilah PTPTU?


PTPTN tidak menipu sesiapa...
perjanjian antara 2 pihak terlaksana.. kalau begitu, kenapa tidak dikatakan sahaja semua bank yang memberikan pinjaman perumahan, kenderaan malah, pinjaman peribadi kepada peminjam sebagai penipu?
pemberian pinjaman PTPTN mengikut semester adalah tinggi berbanding jumlah yuran yang dikenakan kepada pelajar.. selebihnya? perbelanjaan siapa? kita yang menguruskan sendiri pinjaman itu.. lepas duit habis digunakan, berlaung pula perkataan "penipu".... bagus anak bangsa kita...
sewaktu duit PTPTN dikreditkan ke dalam akaun, ada sahaja gajet sesetengah pelajar bertukar ganti.. telefon bimbit, laptop, malah kamera yang mencecah ribuan ringgit.. untuk hobi...
ada yang baik hati, mahu kelihatan macho membawa teman wanita keluar makan...... dengan duit PTPTN...
hurmmmmm.... berbalik kepada hati...
kenapa perlu ambil kalau tak mahu membayar?





Tuesday, April 24, 2012

Kencing manis Waktu Mengandung...

4 minggu lepas, dah minum air gula...
Bacaan sebelum dan selepas -----> 5.3     dan   8.6
wahhh.. sangattt tinggi itu..

Minggu lepas wat BSP.. amik darah pada 8.00am, 11.00am, 4.30 pm dan 9.30pm..
dan hasil bacaannya ----> 4.9   6.3   7.3   dan 7.0

alamak aii... camner nie.

Doktor n Nurse tu cakap, kalau awak tak kawal macam nie, nanti kena cucuk insulin sendiri...
Kesian baby...

Sy risau..

Sepanjang minggu lepas, sangat kurangkan makan.. nasik sekali jer sehari, waktu tengahari..
itupun dah dikurangkan kepada separuh..
air bergula, memang sangat dikecilkan jumlahnya..

Semalam cuba air sup dengan kulit kayu manis...
tapi perut cam meragam sikit..

semoga BSP hari nie archive target bacaan bawah 5...
huhuhuhu

Monday, April 16, 2012

Pengesahan Dalam Perkhidmatan...

Alhamdulillah,
sy dah dapat surat pengesahan..

setelah sekian lama menunggu, akhirnya saya dah terima surat tu...
Terima Kasih...

Tuesday, April 10, 2012

Kerinduan

semenjak dua menjak ni agak rindukan mak..
rindukan suami yang balik hujung minggu jer...
rindukan kakak2 & Abg yang ada kat Sana..
Rindu Arwah Ayah yang dah lama Kembali...

waktu petang, aku rindu sesuatu..
yang aku sendiri tak pasti..
bila matahari makin terbenam, aku makin sunyi..

kadang2 terlupa aku ada sesuatu di dalam ini..
kadang kadang aku terlupa yang aku masih punya kawan disini
kadang kadang aku terlupa, yang suamiku masih pulang setiap hujung minggu..

Ya Allah,
mungkinkah mainan perasaan ini salah satu dugaanmu..
sesungguhnya aku redha dengan segala dugaanmu..
mungkin ini juga merupakan kafarah buatku..

Tuesday, March 27, 2012

10 Minggu Usiamu

10 Minggu sudah usiamu sayang..
Si Comel ini...
maafkan mama, agak sibuk kebelakangan ini,
soal hati lebih menguasai keupayaan,
kadang2 mama terlupa memanjakan kamu yang sedang berehat..

Tadi, waktu buat medical check up,
berat mama turun 1.5 kg, amik darah, minum air gula,
dengar nasihat jururawat, semua pasal berat yang tinggi..
kalau ikutkan, apalah sangat kurangnya 1.5KG tu
dengan berat 92Kg yang masih berbaki pada mama..
tapi mama mengharapkan kamu membesar dengan sihat

hehehhe.. agak menjengkelkan.. sangat berat kan..

tapi, Jururawat tu bagitau,
sila makan dengan jumlah yang disyorkan,
10 senduk bahagian nasi, 3 ekor ayam ikan ,
sayur dalam kuantiti yang banyak, kuih, dan sila makan selang 2 jam

terima kasih nurse kerana menyumbangkan idea yang bernas
dalam usaha meningkatkan lagi berat badan ideal saya..
hhuhuhuhuuh

esok nak kena minum susu..
anmum materna...
tapi perut pedih bila minum susu.
camne tu...

Mac 2012, antara duka dan kesinambungan luka...

Kematian Pak su di Parit Buntar, dan hari yang sama juga, Arwah Pak El pergi dalam kemalangan tragis yang menimpa keluarga abag ipar n kakak ku di Lebuhraya Guthrie..

sungguh, kejadian yang berlaku hanya pada hari itu,
tapi, kesinambungan luka yang tercalit di dalam hati nie,
tak luput dari pucuk hati yang pedih nie..

tiap kali teringatkan tinggalan Arwah,
Isteri dan anak2 mereka,
hati ni bagai dihimpit pilu...

persoalan,
bagaimana mereka meneruskan hidup,
tanpa orang yang amat penting dalam keluarga itu...
tanpa ada lagi kasih sayang,
rindu yang tak lagi berbalas...

pada keluarga kakak, peha kanan dan tulang belakangnya patah,
anak2 juga turut trauma,
sedang dia menangis dan merintih kerana kepergian adik ipar,
kata2 suami seakan menyedarkan dia erti redha..

''Siti, yang pergi tu dah tetap pergi, cuba pandang yang kat sini, Abg hidup lagi..''

tapi, di sebalik kata2 si suami

bukan niat melupakan Arwah yang telah pergi,
tapi sekadar ingin menyedarkan sisa tanggungjawab yang tergalas di bahu mereka berdua.... yang masih bernyawa.

sebenarnya aku sedikit faham situasi kakak,
kepergian Arwah sangat tidak terjangka..
peluang hidup bila rempuhan pertama,
tiba2 lenyap, hilang dan mereka semua tidak tahu bagaimana Arwah menemui ajal,
kata abang ipar, dai nampak ada mayat di satu sudut, tapi tak mungkin Mael sebab tadi dia ada bersama mereka... 


Allah Hu akhbar....

aku di sini, akan sentiasa memohon Allah membuka pintu hati ini untuk bertaubat di sebalik segala kekhilafan yang dilakukan di dunia..
Semoga hati kita tenang menerima ujian yang melanda... Allah maha mengetahui segalanya


update terbaru; salah seorang abang ipar aku ditahan kat wat ari nie -27/03/2012- sebab denggi...

Tuesday, March 13, 2012

Alfatihah & Salam Takziah

Kemalangan

Cerita dalam blog ondssence ini juga kurang tepat..
pada waktu mpv melanggar belakang lori, arwah masih selamat..
malah keluar memarahi pemandu lori yang SANGAT BIJAK itu..
Arwah juga ingin menolong kakak yang tercedera di belakang..
tapi, tiba2 Gen-2 muncul....
Alfatihah.....

buat pak mael, Alfatihah...
Buat Kak Amy, Sarah, Sofea, Shira & Shafiqah, takziah buat kamu sekeluarga..
Allah SWT lebih sayangkan Arwah.. kamu kuatkan semangat ye...

Buat Pakni & Ude, kamu cepat2 sembuh.....
anak2 kamu sangat perlukan kamu...
anak2 arwah juga...


Sunday, March 11, 2012

Bercuti Di Kampung Mertua

Assalamualaikum... w.b.t..

seminggu di kampung mertua..
huhuhuhu..
hehehehhe

Tambun Tulang
Kat Kampung Mertua saya,
Ada,

Atuk Perempuan,
Ayah Mertua,
Mak Mertua,
Mak Saudara Sebelah Mertua,
Ipar, Biras, Sepupu sebelah mertua....
Dan Saudara jauh dan dekat sebelah sana.....

Di Antara Mereka,

Atuk Perempuan Ali,
Dia agak garang, agak kurang manis, dan agak tajam pertuturannya..
huhuhuhuhuhu... mesti ada sekali dau kena smash.. huahuahua..
Tapi, sebenarnya Dia
sudah cukup tua,
sudah cukup garam yang dimakan,
Sudah cukup pengalaman yang dilaluinya,
Ada sayu dalam tutur bicaranya,
dalam marahnya juga ada kasih syang yang perlu direnung...

Mak dan Ayah Mertua,
Mereka tak banyak kerenah,
cuma mak yang sedikit risau tentang sesetengah perkara,
hehehehhe.. Mungkin mak adalah diacuankan Tok...
Ayah yang sangat lembut...

Makcik2, dan Pakcik2,
Kamu baik, kamu berhak dapat seseorang yang baik juga....
semoga kamu dibalas dengan kebaikan juga...


Ipar, Biras & Sepupu2...
Mereka sebaya.. ada yang lebih, ada yang kurang sedikit usianya...
masing2 berentak..
hanya lenggokan tak sama...
Ada yang memahami, ada juga yang memerhati..

Saudara jauh dan dekat di Sana...
Terima Kasih Long Miah,
tempat kamu di Langkawi, 
kamu mengingatkan saya pada seseorang di Perak itu,
Mak saya.....
rupa kamu ada persamaannya, sikap kamu juga...
kamu sangat baik,.....
nanti kami datang jenguk kamu suami isteri lagi ye...




Thursday, March 01, 2012

"Kenapa Tak Update kat Status FB"

Assalamualaikum...

hai hai hai....
pagi tadi, ada seorang adik bertanya,

"kenapa Kak Shima Tak update pasal baby kat Facebook?"
"Asyik update kat Blog jer.."

huhuhuhuh..

Jawapannya..

"Malu la..."

Tapi, ada penerangan di sebalik jawapan mudah itu...

Kamu tahu wahai 'adik',

di Facebook,
kita perlu berfikir berkali kali sebelum meng'update' status2..
ada ramai kawan yang kita ada, tapi tak semua mahu tahu perkembangan kita...
ada ramai dalam senarai friend list kita, tapi tak semua yang sangat ingin mengetahui kebahagiaan kita,
ada ramai jenis manusia dalam senarai teman kita, tapi tak semua merasakan perkongsian kita itu sesuatu yang perlu dikongsikan... dan saya memahami perasaan itu...

kak shima yang semakin tua nie,  memikirkan sesuatu yang terbaik untuk hati ini terutamanya...

jadi, saya memilih meluahkan kegembiraan ini di blog..
kamu mahu tahu sesuatu?

Di Blog, 
memang perisiannya untuk seseorang menulis dan bercerita,
saya akan menulis sesuatu yang terkesan dalam hidup saya..
Saya amat tidak teragak2 meluahkan marah saya juga,
disini juga, hanya mereka yang benar2 ingin mengetahui coretan kita sahaja akan singgah dan membaca luahan rasa...



Tuesday, February 28, 2012

Terima Kasih Semua

Ok, dapat 1 lagi ucapan tahniah yang cukup bermakna.... dari seorang yang tak pernah lokek ilmu untuk berkongsi suka dan duka beliau dalam perjalanan mencari sesuatu.. 

pemilik blog ini, puan Umaira Comel, 

hehehehehe.. ada minta perkongsian dari saya.. 
Pn Umaira, takde apa2 yang rahsia..
cuma, 
hari tu, masa musim haji yang lalu, 
ibu bapa kepada abang ipar saya ada ke Makkah

masa tu, sy minta tolong mereka mendoakan 
saya untuk mengandung...
dan belikan saya buah Zuriat...

Mungkin berkat doa di Tanah Suci...

Allahualam..

dan Alhamdulillah...

Pada Pn Umaira... 
saya tahu usaha keras kamu selama ini
tapi yang paling penting, 
Allah juga tahu, malah Dia lebih tahu apa yang sedang kamu lalui...
jangan putus doa ye...




Saturday, February 25, 2012

Terima Kasih Allah




Ok, ari tu ada gtau nak update sal si manis dalam peyut nie kan.. huhuhuh

ok syg, kamu memang kami tunggu2...
bukan mama ngan ayah kamu sahaja,
tapi semua yang menyayangi kami...

sekarang dah masuk 5 minggu usia kamu..
yang manis dan indah ini, kamu penyeri hari kami..
ucapan tahniah dan syukur atas hadirnya kamu,
membuatkan kami di sini lebih menghargai kesabaran..

pada teman2 yang masih belum dikurniakan anugerah ini,
doaku tetap tak pernah kurang.. "makbulkan doa kami Ya Allah..."

pada teman-teman ini,
doaku tidak seberapa,
namun, kerapnya aku mendoakan kita,
semoga ada cahaya untuk kamu jua

pada yg manja ini,
kamu permataku,
membesar dengan sihat ye...
kami menantimu dengan doa....

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah Syukur...

akhirnya.... Syukur Ya Allah...

nanti sy update lagi erk..
* .... terima kasih pada yang mendoakan kami....

Monday, February 20, 2012

Baru Tahu,, heehheheehh

Korang nampak tak ada bar ikan yang berenang renang kat header blog nie.. hehehhehe

ala, yang ikan dye warna ijau, orn n merah tuu....

Rupanya, sy tak pernah bagi ikan ikan tu makan pun.. (sebab sy taktau pun boleh bagi makan ikan2 tu...)

Korang hehhehehe... nak bagi makanan ikan gak?

Meh sini Sy tunjukkan.

Halakan anak panah mouse tu pada kotak lingkungan akuarium ikan tu,,,
Yang warna Hitam tu....

Pastu, korang klik kanan pada mouse tu...

haaaa.... kan, banyak makanan ikan...

dan ikan akan mengerumuni makanan tu, tiba2 ada la gelombang macam ikan tu naik ke permukaan.. hahahhhahhahahahaha

*patut la ikan nie kurus jer dari mula ada gadjet nie.. sampai skunk, sama jer saiz dye.. hehehhehehehe


Sunday, February 19, 2012

Setelah lewat hampir 2 minggu

Waktu "jangkamasa" saya lewat hampir 2 minggu.. dalam perjalanan menanti sesuatu yang bergelar zuriat, aku tak putus berdoa semoga permohonan kami dimakbulkan....


dan jumaat lepas, jam 9.15 pm, aku telah melakukan ujian rutin bulanan dan keputusannya... 

hurmmm... cam kecewa kan... taktau la keputusan nie positif ke tak.. yang sebelah lagi tu kabur sangat..ataupun mungkin sebab aku makan petai siang tu membuatkan paras hormon HGC tinggi.. tanya kakak, dye kata, jangan harap sangat, tapi jangan wat keja berat.. nanti terus g klinik .. so nak kena wat ujian sekali lagi.... tunggu sampai hari sabtu.. lepas balik kemaman


kat Kemaman, wat lagi, tapi waktu petang la.. dalam kul 5.00pm, dengan menggunakan test kit jenama lain plak, keputusan macam nie...
lagi la kabur.. tunggu la lagi seminggu, baru check balik


Ya Allah, semoga Kau Permudahkan permohonan kami..

pada wanita dan gadis yang belum kawen n belum melalui perasaan menunggu dan mencuba macam kami*, jangan sesekali mengeluarkan ayat "dah la @#%$ , pastu .**&^%%$ plak tu, patut lah tak mengandung lagi"....

fahamilah sesuatu, setiap dari kita ada rezeki dan Qada' yang tertulis.. kita masih belum tahu penghujung perjalanan hidup kita macam mana...Semoga Allah swt mengampunkan dosa2 kita..

pada yang sentiasa mendoakan Kami*, semoga Allah juga turut merahmati hidup kamoo2 juga...


*KAMI-----> semua isteri yang bakal menjadi IBU, walaubagaimanapun, masih belum mengetahui bila gelaran itu akan sah menjadi milik kami

Kursus di IPN (Sabak Bernam)





okeh...

hari nie nak bercerita pengalaman berkursus di IPN Sabak Bernam..
Kursus Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan pada 13-16 Feb 2012

sonok sonok sonok....
hheehhehe.. secara keseluruhannya, sonok sonok sonok..

dari Meru, bertolak ke Putrajaya Sentral, dalam kul 1.30 petang dah sampai.. xcited kan.. hehehhhehe
pastu, jumpa cik Zurina Bt Zainal.. sembang sampai Sabak bernam (aku la tu). berenti sembang bila tido jerk..

kami dok 1 bilik.. bilik B113, bilik tu, shower dye rosak, takde air panas, (blom repair sampai kami abis kursus).. cari bilk lain ye.. tapi, kemudahan lain, semua OK.. sangat berpuas hati..  ada peti ais, ada aircond, ada iron, ada iron board, ada hair dryer, ada hanger, ada tuala, ada selimut, ada sejadah, ada pemanas air (untuk minum, bukan mandi), ada kopi, ada gula, ada creamer, macam macam adaaaa.... hahahhaha.. hehehe


nie la dye Zurina.. hehehhe.. baik macam Finas.. dye selalu cakap.. "kite tak kisah"...
hehehehehehe.. 5 hari sama2, tak susah nak kawan n kenal dye.. low profile, ohh.. birthdaya dye, 4/9/1985.. aku nye lak, 9/9/1985..'
zu, sy muda dari awak, okey, jangan panggil saya kakak.. cam ita.. kehkehekehekehekeh...

 kat sini gak, kami bdua rapat ngan Farhana a.k.a Nana dari MOA dan Nancy Geli a.k.a Nancy dari AG Bintulu.. rapat bila time makan je lah.. kehkehekehekehekh


 Sebut sal makan, makanan kat sini hebat2 gak erk.. hari2 ada ulam2 n sambal belacan. sedap lak tu.. makanan utama pun sedap2 gak, cuma ada 1 hari je yang ikan masak asam pedas dye macam ikan dah busuk.. tapi, kalau nak dbandingkan ngan hari2 lain, makanan dye agak umphhhhh gak.. huhuhuhu.. ketam lah, sotong lah, ayam lah.. daging lah.. macam2 ada...


masa makan malam, kak Nancy yang tak henti2 dengan pelbagai cerita menyeronokkan mula bersuara..
"saya bagitau nama saya kat budak bilik saya, nama saya Nancy, tapi nama panjang saya tak bagus, NANCY GELI"
"budak bilik saya kata pulak, nama saya Koghi, nama panjang saya pun tak Bagus... " pastu kitorang tanya, "apa nama dye kak?"
"dia kata nama dia, KOGHILA...."
aku n nana ketawa tak ingat. nak tesedak... bukan menghina nama dye, tapi cara nancy bercerita tu, dengan muka selamba n naif, sangat menggelikan hati.. tapi memang syok kenal Nancy,, dia sangat pure......


kat sini, petang2 leh naik beskal... tapi sy takmo naik, sebab sy ngah tunggu hari2 untuk period, mana tau, kalau ada rezeki, lekat lak bulan nie.. huuhuhuh..


penceramah dari Kememnterian Kewangan nie best ggak la.. kecuali bab pelupusan yang agak memboringkan... mentang2 la company baru, belum fikir bab pelupusan...
 oleh kerana keboringan melanda, aku melukis untuk menajamkan mata yang semakin mengantuk... dan hasilnya.... ttaaadaaaaa----------------------------->>>>>>>>>



nak zoom in tak gambau nie?  











best la kursus kat sini... huhuhhuhuhuhu

urusetia kursus, cik erda n Mois kot pun ok....., Terima Kasih

kami berangkat balik pada hari khamis 16 Feb 2012.. .... ada rasa sayu bila meninggalkan kampus nie.. hehehehhe... Selamat Tinggal IPN, selamat Tinggal Zue (tinggal dalam bas ye), babai katil empuk.. ...... 

Wednesday, February 08, 2012

KIta Betul, Orang Lain semua Salah... KIta jer yang betul...

kadang2 bila ego menguasai diri, itu lah yang selalu berlaku...
semua yang ada kat sekeliling kita salah,
semua pendapat orang lain yang bercanggah dengan fikiran kita salah, padahal, dalam masa yang sama,
tak pernah lak kita nie berfikir di tapak kasut orang tu.. wahhhhh... ayat baruuu..

okeh, agak letih berada di posisi ni,
rupanya aku seorang yang degil dan keras kepala gakk..
tapi dalam masa yang sama, rupanya aku punya hati yang cukup kecil, cepat sentap dan kurang besar...

kerap kali berperanan menjaga hati orang lain dan cuba mengorbankan perasaan sendiri, sedangkan perkara tersebut tak baik untuk jangka panjang..
sampai bila kita mampu bertahan, bila mana sampai tahap hati dah tak mampu berpura pura, timbul la rasa yang boleh melukakn hati pihak satu lagi, yang mana sebelum ini kita mampu berselindung di sebalik senyuman.....

 hurmmm..

tapi mungkin ada rahmatnya..
kadang kala tak salah kita memaniskan muka dihadapan orang yang kita kurang 'sukai'....
kerana kita bukan selamanya akan berperasaan tidak menyukai, mungkin kita masih belum berpeluang mengenali dia..
dan ingat sesuatu wahai hati, tidak adil menghukum, menilai dan menetapkan fikiran kita tentang 'seseorang' hanya berlandaskan apa yang kita dengar tentang 'seseorang' dari 'seseorang lain'


Tuesday, February 07, 2012

Perlu Ke Amik Gambau Cenggitu?

pagi2 buka pesbuk, jalan2, terjumpa gambar adik2 yang sedang meningkat naek.. wahhh.. banyak pulak posingnyew.. agak kelakar..

tapi rasa macam masam sket bila perhatikan lama2....

ishhhh, perlu ker amik gambau cenggitu?

aku bukan insan sempurna untuk menilai orang lain melalui gambar, tapi kalau boleh jauhkanlah diri dari bergambar2 macam tu...

banyak keburukan dari kebaikan..

percayalah, ramai yang akan berkata "Astaghfirullah'hal'azim"

gambar bukan bukti kebenaran, tapi, melalui gambar juga banyak tafsiran yang akan dibuat oleh mahkluk2 yang bernama manusia...

kamu masih muda, masih panjang perjalanan hidup...
nanti, bila kamu dah tua macam saya, kamu sendiri akan malu dengan gambau2 yang cenggitu...


hurmmm... ...

semoga kita sama2 berubah..

Monday, February 06, 2012

Markah Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Saya....

3 Februari 2012, En. X Bos dah bagi markah SKT.. (Sasaran Kerja Tahunan).. untuk org gomen, mesti tau tu hape.. kalau yang taktau, wat2 tau je lah..


hahahhahhaa.. dah dapat markah. oyeahhh.. banyaknyer...
tapi tak banyak cam yg sy mintak.. keh kehe keh... sy nak 97 je, bukan banyak pownn.. erkkk... hehhehe.. tak banyak kan.. huhuhu

Sepanjang berkhidmat sehingga tahun 2011, masih banyak perkara @ tugasan yang bulan di 'finger tip'ku... ada untungnya kawan2 yang dapat di HQKL, walaupun ada juga ruginya        hehehhehehehe..  kat cawangan sedikit kekurangan perkembangan otak... hurmmm.. tapi takpelah.. saya cuba... hehehhe..

berbalik pada SKT, sy dapat markah XX.XX... kamu dapat berapa? tahun nie ada mimpi nak APC lagi tak? cam tak semangat cam tahun lepas jerk... tahun lepas agak membara, tahun nie, cam malas jer berentap.. hehehehhe

rasanya, kalau ex-PPSPPA KLang, dah ada calon2 yang menanti, cam Jingki n Naziha.... tugasan mereka dan mereka agak xcellent dan menarik, berbanding keja haku




Takpelah, dah dapat tau markah dah, ok la.. bersyukur gak, daripada kwn2 tahun2 sebelum nie yang taktau markah berapa, aku tiap2 tahun tau.. huhuhuhhuh

TQ en Bos...





nak request 97%  untuk next year SKT boleh?


tolongggggggggg....

Friday, February 03, 2012

cinta pertama

Cinta pertama,

Indah, gemersik, mengasyikkan....
melayukan hati, memekarkan bunga indah, mengharumkan kabus pagi..
terlalu.. dan terlalu...

Cinta Pertama,
terlalu pertama...

Sunday, January 29, 2012

Pengalaman Zaman Persekolahan (sekolah Rendah)

Darjah 1

OK, aku masuk sekolah Kebangsaan Alor Pongsu pada tahun 199o-an.. tak ingat tahun bila, mungkin tahun 1992 kot.. masa tu, kawan baik aku dan aku adalah Rosfarliza Azira Bt Rosli.. kawan aku dari zaman kecik2 sangat lagi.. aku panggil dye Ji'a..

hari pertama sekolah, ji'a atuk dye yg hantar, aku lak, bapak aku.. hehehhehehhe..
atuk ji'a tunggu, sampai kul 11.30 pagi, atuk dye ajak balik.. huaaaa.. aku tinggal sorang, pastu aku tunguu kat tempat basikal sampai kul 1.00.. hehehhe..

baru darjah 1, dah pandai minat2 ngan rakan tak sejenis.. heheh.. Fahmi bin Suhaimi.. tu budak kelas aku yang sangat menarik... kah kah akh.. sengal dowh...

Pompuan lak, aku dah kawan ngan Rozlina.. Ji'a tak sama kelas ngan aku dah.. huhuhuhuhu

* Masa ni iron baju pakai seterika arang lagi.. aku ingat sangat kakak2 aku guna seterika tu untuk ironkan baju aku..

*Mak jual nasi lemak.... kakak yang bawak g sekolah.. sambal mak sangat sedap..

Darjah 2


Masuk darjah 2, aku mula malas2 nak g sekolah.. hurmm.. masa tu la aku kenal Juniza, Rohidayu,.. selalu utang kat Juniza n Rohidayu ni.. RM0.50.. setiap kali pinjam pensil ja, kata nak bayar .. huhuhuhu.. aku 1 kelas ngan Rozlina..

dalam kelas ni, aku sangat tak suka dengan sorang dak laki, nama dye Akmal Azam bin Hj AhmadDiah.. dye sangat putih dan comel. pakaian kemas, aku lak antara pelajar2 kampung yang sangat comot.. Akmal Azam nie suka sangat buli aku, kawan dye, Khairul Anuar bin Azizan.

ada satu hari tu, dye dapat tau mak aku berketurunan banjar, pastu dye cakap la, "banjar nie dari Indonesia.. Mak Hang pelacur Indonseia la tu.. hahahahahahaaaaaa" masa tu aku tak tau nak bahan balik dia.. maklumlah, aku tak reti nak balas balik apa yg orang kata.. ada 1 hari, aku nangis sebab dia kata kat aku banyak sangat... pastu, sorang2 datang tanya kat aku "hang marah kat aku ka?" termasuk si Akmal ni, tapi aku geleng kepala ja.. konon nak sedapkan hati mereka dan mereka.. hurmmm.. aku lebih suka kawan ngan orang yang nak kawan ngan aku jer... padahal Mak Bapak si Akmal Azam ni pun orang Banjar... kalau budak Akmal ni baca tulisan ni balik, takyah la datang mintak maaf ngan aku, aku dah lama maafkan.... tapi aku tak mungkin lupa semua kata2 dia....

ada sorang gadis perempuan ni lak, , memandangkan kat leher aku masa tu ada daki, dye cakap ngan aku " nanti mati kena cekik ngan daki kat leher tu, baru tau".... ok, aku pun sentap, tapi taktau nak buat camner, dah peluh meleleh, kayuh basikal tengah rembang matahari, comot lak tu.. hurmmm..

sape2 yang ada anak, jangan la biar baju sekolah anak comot, telinga bekerak, gigi tak gosok.. memang kena buli la kat sekolah. biar anak ada keyakinan diri. pastikan anak2 kemas pergi dan balik, periksa semua kerja rumah yang cikgu bagi, make sure lengkap... baru anak2 ada keyakinan.

aku tak salahkan mak ayah aku langsung.. sebab yang malasnya aku... hurmmm... kami takde baju sekolah 2-3 helai . kasut baru setahun sekali pun dah kira bersyukur. mak ayah kerja sawah padi, bukan semua musim padi elok....


Darjah 3
Zaman nie ok sket.. dah besar sket la katakan... takde la orang buli, tapi aku ada kawan baik masa ni, Juriah Manaf. hehehe ok, masa aku kawan ngan dia, ada 2 lagi kawan kami.. tak berapa rapat. aku ingat lagi.. masa hari raya, aku g rumah member aku, masa otw tu, jumpa Salina.. (selit sket) sampai jer kat umah member aku tu, pagi raya yang indah nie, boleh plak dye kata "ala, kawan kakak2 aku ada la.. depa semua cantik2, aku segan la nak bagi hang masuk"... sengal lak aku rasa masa tu.. tapi macam biasa la, sentap2 aku tak sampai benci kawan pun.. oklah, aku balik umah, g jalan2 rumah member2 lain plak.. wahhh.... bahagianya hidup, tanpa ada musuh... (kena buli) kan....

Darjah 4
aku masuk 4 biru. masa ni kami ada geng.. Nurfazlina, Siti Mariam, Aku n Nor Bazilah Bt Nuzi... hehehhehe.. geng la ni.. hehehhehe... agaknya pengaruh kawan2 kot.. masa dok kelas no 1(merah) aku taktau nak kedepan, bila aku dok kelas Biru ni, aku rasa cam semangat sket nak g skolah... maklumlah.. tak duduk di kalangan orang pandai2 lagi, tak dok ngan orang2 yang cantik2 lagi, so, takde la aku kena buli.. hehehhehe.. oleh yang demikian, aku selalu dpt nombor 1 dalam kelas..

Darjah 5
disebabkan aku pandai masa darjah 4, aku masuk kelas Merah balik.. adehhh.. kat sini start la aku malas nak wat kerja.. malas sangat.. nak g skolah pun malas.... kena buli... exam jer, no last.. exam jer, nombor last..

Darjah 6
aku masuk kelas biru balik.. hehehhe.. kan aku cakap.. kalau dok sini jer, aku jadi pandai. lagi2 matematik.. cikgu Wan Saiful Jaffni bin Wan Ahmad Fariduddin yang ajar dari darjah 1 sampai sekarang.. (bukan semua darjah la dye ajar...) ada gak cikgu lain.. ada 1 kes tu, disebabkan terlalu taksub nak siapkan exam awal, aku padam jawapan yang dibuat dengan pensil dengan menggunakan pen.. heheheheh.. pastu aku kena marah.. bermula lah kesedihan hati, sampai aku tulis dalam buku biodata yang ala2 pengenalan diri peribadi conteng2 tu.. "cikgu yang paling dibenci= Cikgu Wan" padahal takde benda pun,,, saje jer... mengada lebih.. last2, masa trial UPSR, aku dapat A dalam Math.. krisis ngan cikgu tu takde pape pun .. saja emo kuat.. tapi serius, aku memang minat Matematik dari mula2 sekolah, mungkin sebab cikgu wan nie memang best dye mengajar.. dari UPSR, PMR sampai la SPM, semua aku score A untuk Matematik.. syokkk

* Cikgu Wan nie buat semua pelajar rasa istimewa.. dye tak macam sesetengah cikgu yang suka ngan budak2 comel2 jer... dia sama rata.. serius aku sangat terhutang budi dengan dia..

Thursday, January 26, 2012

Petai = Demam + Muntah + Cirit Birit (ii)

Assalamualaikum pembaca... (wa'alaikumsalam - sebab aku yg slalu baca)
Hari ni "cik hati" nak update tentang kisah demam ni..
huhuhuhuhu

demam dah kebah, selera ada sikit, tapi bila makan, memang nak muntah...

Malam tadi perut nyanyi lagu keroncong untuk ana.. wawawawawa
tapi tak boleh nak makan, membayangkan akan muntah bila makanan masuk dalam mulut.. oleh yang demikian, masuk tdo je lah..

tengah2 malam, tiba2 terjaga.. pottttt... kentut yang amat panjang.. uwekkkk,. hahahhaha

setelah 4 hari gagal kentut dengan sempurna(maklumlah, cirit birit, mana leh kentut) , tiba2 jer rasa cam dah sihat.. keh keh ekh.. terus tgk jam, rupanya dah kul 5 pagi... lamanya tidoooo...

so, pagi2 dah banyak nafsu makan datang, terasa macam nak makan terung rebus cicah kicap... dap nyer...

sampai saat ni, dah dapat makan pun,,, tapi kepala cam pusing sket, mungkin sebab dah 3 hari tak makan nasik...

Wednesday, January 25, 2012

Petai = Demam + Muntah + Cirit Birit

Ari Isnin makan petai sambal udang.. petai giler besau.. heheheh.. udang plak coet2 jer bila dok sebelah petai tu.. hohohoho...
petangnya, aku dah tak daya nak bangun, mula dengan cirit birit diikuti dengan muntah2.. sampai ari rabu pun blom elok lagi.. adehhh
sebelum nie memang selalu gak sakit2 badan bila pas makan petai, tapi tak sangka lak kali ni angin sampai 1 badan, sendi rasa cam nak tecabut.. adoiii adoiii adoiii.. seb baik en. Suami paham.. hahahhahahhaa.... buat segala galanya sendiri, tolong wat untuk aku sekali.. "abg, nak air, nak nasi, nak laksa, nak semua lahhh.. " semua dia buat.. keh keh ekh... cam amik kesempatan pun ada gak nih.. iushhh, jahat jahat... taklh.. memang tak larat sangat dah..
petang semalam, pas makan panadol activfast, terus tutup kipas n pakai selimut tebal2, sampai kuar peluh jantan cik ali kata.. malam tu cam ok sket.. pagi tadi, minum air ais + kuey tiow sup, rasa cam nak muntah balik n nak demam.. adoii adoii adoiii,.... mencik lahhh.. huhuhuhuhu.. demam pulak aku..
tak sangka petai ni sangat tak baik untuk aku.. huarrgghhhhhh

Thursday, January 05, 2012

bosan

hari2 kat sini makin bosan
apa ntah..
bosan lah..
cari keja lain boley? bolah....
tapi sape yg dapat bagi gaji ribu riban macam aku dapat sekarang?