CinTa InDAh

CinTa InDAh

Tuesday, November 29, 2011

Catatan Perjalanan Ke Kuching, Sarawak..

assalamualaikum..firstly, nak gtau, butang 'shift' pada keyboard nie dah tak berfungsi, so, sy susah nak guna huruf besar dan kecik,,..... wargghhhok, perjalanan kami suami isteri bermula dari meru, pada pukul 12.00 tengahari. tepat kul 12.05, ada satu kereta wira putih gal potong kami dan masuk ikut suka hati.. alamatnya, kereta sy dah tercalar.. anak pompuan driver yang dok kat sebelah tu, siap sound ali lagi, kata bawaklambat.. tapi bapak dye yg drive, say sorry n mengaku yg dye memang tak berapa sihat utk bawak kereta dengan baik.. sabarlah wahai cik hati..ok, perjalanan diteruskan ke kl sentral dihantar oleh abg ipar sy.. heheheh.. kami naik bas aerobus, harga tiket rm14.00 untuk perjalanan 2 hala. tiket sah untuk 1 bulan. syok la. kalau sehala, rm8.00...

kami sampai kat lcct dalam kul 4.45 petang, shafarita, shafinaz, kak ida, zuk n ali... kami makan dulu, kat restoran dalam area lcct tu. mula2, print boarding pass kat koisk air asia, pastu, g scann beg yang kami bawak naik flight.. kalau ada yang nak kena masuk dalam luggage, kena masuk kaunter lain plak.. passtu, kami g balai pelepasan, tunggu la kat gate bawah tu sampai kul 7.30 malam, baru boleh masuk.. oh, korang jangan risau, ada surau, tandas n kedai2 kalau lapar.. hehehebila flight airbus air asia, kami beratur utk naik atas belon besau tu. huhuhu.. aku dok tengah diantara kak ida n en suami.. wahhh... masa mula2 kapal nak terbang, ya allah... sangat laju
kAMI SAMPAI KAT kUCHING, DALAM KUL 10 LEBIH CAMTU.. Terserempak ngan Zahid AF.. korang ade? hehehehhe... kami naik van yang dah ditempah siap sebelum tu. harga untuk tempahan tu, RM550.00 untuk 2 hari, 1 jam... maksudnya, malam kami sampai, esoknya sampai kul 6 petang, pastu lusa, dari kul 8 sampai 6 petang.. haa... camner tuh? malam tu kami jalan2 sendiri.. cam tak berbaloi lak rasanya.. ishhhhhhh...
takpelah, berbalik pada journey



RJ AYAM BAKAR KOPITIAM

Kami singgah makan malam kat RJ Ayam Bakar nie.. kat sini jer yang tuan punya van kami sewa tu kata sedap.. agaknya dye malas nak bawak kami g tempat lain.. huhuhu kami makan nasi lemak, kuey teow goreng bla bla bla.. macam2 lah... heheehhehehhe..


RM7.00 (kuey teow yang sangat MANIS... rasa pelik sket)

malam tu mungkin bukan nasib kami, sebabnya, nasik yang kami makan sangat lembekkk.. hurmmmm



TUNE HOTEL


Kami sampai kat hotel lepas kami makan.. hotel yang kami dok kali nie, tune hotel.. kat KUCHING..... memang tak seronok dok hotel nie..
oleh yang demikian, sila pilih hotel lain yang lebih berpatutan!!!! bayangkan, untuk 2 hari tu, kami bayar RM217.53 untuk 1 bilik,,,, kemudahan yang kami dapat?

- Sehelai Tuala Putih (Walupun bilik "Family Room"), dengan 1 kit yang ada 1 sabun, 1 shampoo n 1 bath gel.. hellooo.. sy dok 2 hari, 2 orang.. tuala tu pun takkan ditukar walaupun korang dok sana 10 hari... kalau nak, bayar la dekk
-Air Cond selama 12 jam Sahaja... 12 jam nie, kira mcm prepaid tau.. kalau hari pertama, guna 5 jam, hari kedua, kita masih ada 7 jam baki.. hurmnmmm.. untuk kedua2 barang dan perkhidmatan ni, kena bayar RM15.90 OKay...

-kalau nak tv ngan wi-fi, tambh lagi RM15.90untuk 24 jam... tapi ni bukan macam prepaid. katakan kita on tv pada jam 11.00 malam ni, maka, tepat jam 11.00 malam esoknya, tv akan terpada mautomaticly.. hebat kan tune hotel....
-takde intercorm dalam bilik ... hurmmm
-takde breakfast..
-takde cerek ari dalam bilik
-pintu bilik air yang diperbuat daripada kaca serpih, bila aku nak buka, terkena jari kaki dan luka.. terima kasih tune Hotel..



Sarawak Culture Village a.k.a Kampung Budaya Sarawak



oklah.. end sal hotel cantik sangat tu.. ok, sok pagi, kami makan sarapan, pastu terus gerak g Culture Vilage a.k.a Kg Budaya Sarawak.. kira2 40 minit dari bandar Kuching hehehe.. sangat seronok kat dalam nie.. antara keseronokan yang ada:-


-melawat banyak jenis rumah dalam malaysia, semua dikumpulkan kat sini.. sangat teruja.. ada rumah iban, rumah melayu, rumah panjang dibayuh, rumah melanau.. boleh nampak barang2 dan alat2 tradisional yang digunakan suku kaum2 yang berkenaan.
menariknya lagi, semua rumah dilengkapi dengan asap2 ala unggun api yang dinyalakan dalam setiap rumah tu.. korang pun berpeluang rasa juadah yang dimasak dalam rumah2 tu.. hehehe.. jangan risau, katanya "halal" hehhehe

Selain dalam rumah2 nie, korang leh naik jambatan buluh ni.. sangat comel dan mencemaskan, terutama untuk pelawat berbadan chumel cam aku n ita.. keh keh ekeh
kami sambung perjalanan dalam SCV nie dengan menonton persembahan kebudayaan .. show nie, start kul 11.30 pagi setiap hari, petang pun ada, tapi tak berapa pasti lak aku.. .. show nie sangat unik n menarik..



ok, pas jalan2 kat dalam rumah, ita dengan bersemangat nak cuba baju tradisional kaum dayak dengan suku2 yang berbeza.. heheheheh.. mari kita lihat hasilnya..


..
aku pakai baju orang iban ngan ita.. finaz lak, tak ingat, kak ida pakai baju orang ulu.. cantikkan? hehhee sebenarnya aku bekenan st ngan baju org ulu tu, tapi disebabkan hanya baju orang iban yang muat, dimuktamadkan lahhhh

pas abis jalan2, dalam ul 2.30 petang, kami g makan kat foodcourt berhampiran..

balik tu, kami dibawak pusing2 kat area town jer, g kilang pasu(perlu ker??), g kilang pemprosesan produk sarawak, cam lada hitam, rumpai laut dan sarang burung, pas tu g beli gelang mutiara lak.. (perlu ke? lagi?)... pastu pakcik van tu hantar kami balik hotel dalam kul 6ptg... sungguh tak berbaloi, kitorang dah cakap, takyah la g kilang pasu, takyah la g kedai mutiara bagai... (bukan banyak duit punnn) tapi dye cam nak save minyak.. ishhhh..

Dinner
hurmmmm... malam tu, kami makan kat area seberang sungai. bayar tambang RM0.50 kat pakcik sampan tu, pastu, jalan kaki dalam 100 meter je kat jeti tu.. ada restoran ayam pasung.. agak best la makanan dye... lobster just RM65.00 jer sekilo.. huhuhuhuh.. sangat kenyang.............................................. yeay,... dapat makan midin goreng belacan.. kalau kat sini, pucuk ubi merah tu.. yang baru tumbuh gulung2 lagi tu.. sedappppp



---------------HARI KETIGA PERJALANAN KAMI -----------------------

hari ni, pakcik semalam tu dah tak bawak kitorang, pakcik lain plak.. dye ni ok sekt berbanding pakcik mat tuh.. aku tak ingat nama dye, tapi, nie no phone dye.. kalau nak guna perkhidmatan pengangkutan, aku memang boleh sarankan dye.. 0138232994


SEMENGGOH ORANG UTAN

jarak perjalanan dari bandar kuching dalan 20 minit kot.. hehhehehehe
sangat teruja bila boleh nampak secara live orang2 utan ni. macam2 nama, delima lah, ape lah, hehehhe.. harga tiket, RM3.00 seorang.. takde la mahal sangat kan..
untuk makluman, kalau naik bas, takleh masuk dalam, so, kena menapak agak jauh sket.. hurmmm.. tak best lahhhh.. tapi kami naik van... huhuhuhu.. syokkkk


PASAR MINGGU SERIKINPasar serikin nie terletak kat sempadan Malaysia-Indonesia.. beroperasi hanya pada hari sabtu dan ahad..
jarak dye, dalam sejam dari bandar kuching.. agak jauhhh
banyak barang yang dijual kat sini, tapi susah nak tawar sebab kebanyakan peniaga jual barang yang sama pada harga2 yang hampir sama...
tak teruja sangat lah.,,,, hurmmmmm


KEK LAPIS N IKAN TERUBUK MASINlepas balik dari serikin, terus g beli kek lapis n tmpt jual terubuk masin. kalau yang selalu g Sarawak ni, mesti tau kek lapis jenama dayang salhah.. aku tak familiar sgt sebab tak berapa suka benda manis nie.. huhuhhuhuhu.. ada yang kata kek lapis jenis 'hati pari' tu sedap, tapi bagi aku, baik beli kek lapis yang biasa2 jer, lagi sedap dan murah.. harga hati pari tu, RM20.00, kalau kek lapis biasa tu, RM10.00 hengget jer.. lagi sedap dan jimat... keh keh ekeh keh....
sebelum korang beli, korang boleh rasa sampai kembung sampel2 yang ada tu.. huhuhuhuaaahauhauhauhauhua
aku tak beli pun ikan terubuk tu.. macam tak best jerk.. hehehhehe


PASAR SATOK

dibuka pun pada hari minggu, banyak benda yang kita boleh beli kat sini.. oh, sebelum lupa, sila beli barang2 cenderahari anda disini, sebab murah dan berpatutan.. sangat2... berbanding kat tempat lain.. ingat tau.. t-shirt. keyy chain, magnet kat peti ais tu.. semua murah.. t shirt tu, ada yang sampai 3 helai RM12.00 hengget pun ada.. hurmmmm... best la.. pastu, en. ali beli durian utk makan kat depan pintu masik airport kuching.. pfftttt... huhuhuhuhuhuhuh


kami naik flight kul 9.25 malam.. polis bantuan malaysia airport kat kuching yang jaga masa scan barang nie sumpah belagak.. leh lak wat muka bila maklumkan yang 'barang backpack yang nak bawak masuk dalam flight kat sini, barang luggage tak payah'.... senget2 la mulut dengan member yang dok sebelah dye.. amboiiii,, cik kak, bukan semua orng penah naik flight.. cam kami nie haa... lg 1, dah la sistem airport down time tuh.. ko lagi nak wat muka..
kak Ida cakap.. ' kalo ko tu pegawai, ko takde la dok kat situ'.. [bukan depan muka dye la] hehhehehe.. ayat dari seorang penolong pegawai.. baiklah kak ida.. hehhehehe.. adan uke.....
kalau ada polis bantuan yang tiba2 terbaca blog ni, cari la kawan korang yang bertugas kat sana masa 26/11/2011 tu masa kul 8.30 malam... bweekkkkkkk....

kami sampai kat LCCT kul 1.00 pagi.... angin agak kuat la malam nie,, agak menakutkan,....

tapi sangat best la percutian kami kali nie.. aku sayang kamu la ita n finaz.... kak ida, len kali kita leh cuti2 lagi ye.. jom la joinnnnnn

No comments: