CinTa InDAh

CinTa InDAh

Tuesday, May 26, 2015

Assalamualaikum Dunia

Assalamualaikum...lamanya tak update blog....





ffufuhfuh...... berabuk.
 hampir setahun tinggalkan kamu wahai encik hati...

 express update sesuatu yg mengganggu hati...

 -cerita suka

pengalaman bekerja Dari rumah Mak. sangat best.... kahhhh.. pagi gerak pukul 6.15, sampai rumah dkt2 pukul 7.00 mlm. waktu bulan puasa, balik cpt2 sbb nk masak. Mak suka masakan saya.. jun 2014 sampai hujung oktober 2014... perjalanan 200km sehari.. pendedahan ruang tugas yg  berguna utk berdepan dgn cabaran. terima kasih kepada yg memberi peluang.... percubaan permohonan penempatan di sana, tp tak berjaya... sy percaya ada hikmah. ke Melaka, beralih arah.

disini, cabaran bermula..

-cerita hiba

ada... tapi sedang melupakan.
 hidup terlalu singkat utk disesali


 - cerita kerja


omg.. Opis melaka, kamu hebat.. saya bahagia disini. kamu boleh bersatu... insyaallah.


 Opis muar, kamu semua cinta hati saya. ada masam,manis Dan indah disini.


tentang Bos, saya rindu si 27 di Kemaman dulu. bersama susahnya kami, berbahagia bila waktu senggang.. kahhhhh....
.








Tuesday, June 03, 2014

Kronologi Task Force Perak

Ok, berikutan penutupan Cawangan Kemaman, ..

27 Mei 2014 (selasa): 
Satu perjumpaan dengan Pengarah Negeri dibuat kat HQ Terengganu.. dengan semangat yang berbaki suku level, kami dimaklumkan aku n ali dan 10 anggota lain kena g task force kat perak selama Sebulan,... Task Force ni macam unit bantuan pada negeri2 yang memerlukan kekuatan tambahan.. perasaan bercampur baur. ada rasa macam lega, sebab dihantar sekali, ada rasa macam menakutkan sebab dimaklumkan, lepas perak, kami akan dihantar ke tempat lain pulak, sampai Negeri Terengganu menerima pakai akta 672 (Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam).. (Yb-Yb yang baca post ni, tolong terima akta ni ye... kesian kat kawan saya kat Terengganu ni..)

Bila sampai rumah, kami bincang macam2 , fikir fikir.... ali call Charlie, PPK kat Perak, Tapi charlie tak angkat, tapi dye msg, ali bgtau esok kami call balik..



28 Mei 2014 (Rabu)

9.00 Pagi     : Ali Call Charlie, Charlie bgtau yang semua penguatkuasa yg kena task force akan ke PBT untuk collect data berkenaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, kewangan mungkin akan stay kat opis Ipoh.. Ok, masih boleh diterima..
11.00 Pagi   : Call En. Azhar J36 pejabat Ipoh, tanya pasal rumah kat sana.. En, Azhar bgtau yang rumah hanya disediakan untuk 2 unit, sebab dimaklumkan yang dtg ke perak seramai 14 orang dan rumah tu boleh memuatkan 12 orang bagi sebuah rumah. rumah tu adalah rumah transit bomba yang ada 3 bilik dan tilam disediakan.. aku maklumkan pada En. Azhar yang kami datang suami isteri dan bawak anak sekali, kak norma pun mungkin bawak suami n anak dye... (hati dah semakin goyah, tapi cuba berlapang dada, cari homestay, cari taska dan sebagainya..)  mula call member kat ipoh, mintak tolong carikan fasiliti yang sewajarnya..
ok, dapat beberapa contact number..

11.30 Pagi:  bincang balik ngan ali.. tanya cik azimah, macam mana nak buat, kepala dah mula berat.. haishhh.. jangan mengeluh, nanti rezeki susah masuk.. tapi hati ni makin berat...
1.00 Tengahari: tanya pendapat seseorang, mcm mana nak buat, .. pemberi pendapat ni cadangkan buat  surat permohonan penempatan statik. ok... setelah fikir dan fikir, disemak 23 kali, tambah itu dan hurai ini.. maka, terciptalah surat..
2.00 Petang Call Azie, P.A CEO, tanya dia, mcm mana nak buat permohonan penempatan untuk perhatian Datuk, tapi dalam masa yang sama taknak membelakangkan HR.. so, azie pn bgtau  susun atur perjalanan surat tu.. sebelum tekan butang "send", call Pengarah Negeri dulu untuk mohon kelulusan hantar surat ni.. setelah dibenarkan, terbanglah surat melalui email tepat jam 3.15 petang...

suasana kat opis sangat kelam kabut, mana nak tutup fail, nak kemas aset, nak susun barang2 nak selesaikan semua dalam masa 4hari.. sebab kami dimaklumkan bermula 2 jun 2014, semua akan lapor diri di Pejabat PPSPPA Kuala Terengganu..

Keadaan kat rumah pulak, lebih kurang opis... macam tongkang pecah dah.. nak letak barang dalam kotak, nak kemas2 baju pindah masuk beg, susun toto, mainan talib yg berbakul2.. arhgggggg.. asingkan pulak barang yang nak dibawa ke perak, cerek air, barang2 basah dalam peti, kicap lah, apa lah,, sos lah... keju lah.. macam2 lah... hahahhahaha... tak terurus..

29 Mei  2014 (Khamis)

9.00 Pagi, nak gi makan kat roti tempayan.. haaaa.. dalam2 kelam kabut pun, roti tempayan tak lupa eh...
otw g sana, call en. Suhaili, tanya pasal surat semalam.. perbualan lebih kurang camni.. beta amik point2 penting je eh...

Shima         : En Suhaili dah baca surat saya ke?
En. Suhaili  : Surat pasal apa ni, 
Shima         : Surat pasal penempatan statik ni la cik suhaili.. saya takmau la melompat sana, lompat sini, 
susah la saya nak pindah randah, pastu rumah kat kemaman tetap kena bayar. tolong la cik, saya nak dok perlis 
En. Suhaili  : ala, sebulan jer task force tu, awak pergi la dulu.. bukan lama pun.. 
Shima         : ok, saya boleh pergi perak ni, tapi, lepas saya balik perak tu, saya harap dapat                
penempatan tetap la, cik suhaili tolong la.. hehehe (suara cam nak nangis dah..) 
En. Suhaili  : Bukan senang nak tempatkan kamu semua ni, saya pun dah pening pasal terengganu nak tutup ni. tp nak buat macam mana, kalau semua orang takmau keluar dari Terengganu, macam mana, memang cawangan kena tutup pun...
Shima        : Itu Orang lain cik suhaili, saya nak keluar dari terengganu ni, saya takmo dok kat sini.. cik suhaili letakkan la saya ngan suami saya kat Perlis.. (suara mkin nak nangis dah, tapi cover lagi ngan ketawa kat hujung.. dalam hati ni, Allah je la yang tau..) saya dah tanya cik Zaidi, dia kata dia nak tambah orang kat Perlis tu... 
En. Suhaili   : Ish awak ni, pandai2 je.. kewangan kan dah ada kat sana, QUyah kan ada kat sana...
Shima         : takpelah Quyah kat sana, cik tambah la sorang lagi, saya bukan suh tukarkan dia pun... saya nak dok sana sama.... tambah la sorang lagi...
En. Suhaili   : haishhh... takpe2, awak pergi perak dulu, nanti saya arrange balik penempatan kamu kat mana... awak tanya la puan ummi, mana nak letakkan kewangan lagi ni..
aku: redhaaa......

takpelah, dye org suh gak pi perak.. aku pergi je.... cuba menerima dengan lapang dada..

Call Pn Ummi, mintak pendapat dia, nak dok Perlis, Pn Ummi tanya, kenapa nk dok perlis, bgtau dia yng suami pun org perlis, Pembantu Penguatkuasa.. bla bla bla... mohon jasa baik beliau.. huhuhuhuhu..

29 Mei 2014, Jumaat

9.00 Pagi, bergerak balik ke meru, Klang..
bonet, tempat duduk belakang, penuh sampai bumbung barang2..
nak bawak g perak.. ahaahahhahaa.. macam pelarian kaya dah aku,..
12.00 Tengahari, dpt email dari Pn Ummi, dia dah panjangkan perkara ni untuk perhatian En.Suhaili..
Terima Kasih Puan...

31 Mei  2014, Ahad..
8.00 Pagi, Sampai di tempat Sambutan Hari Perbadanan.. berjimba jimba, jumpa kawan2.. peluk peluk, cium sium, gosip gosip, jumpa team terengganu, sembang2, makan nasik lemak pedas, beli tudung... bla bla bla... jumpa org, semua tanya pasal " Betul ke kena g Perak?"

jawapan : ye, saya kena g perak, sebulan je,,, takpe, sebulan je, nanti baru dapat tau pi mana... takpe, suami pun dapat g perak sekali.. - sekali lagi cuba berlapang dada...

tapi, dalam tempoh tu, kami dikhabarkan, oleh  Pengurus Cawangan masing2, kalau belum dapat surat, jangan g lagi.. ok.. jangan g la lagi, .. kalau terpaksa tunggu 2 hari lagi, tunggu la, cuti di KL la jawabnya,,, balik ke Kemaman, memang tidak la...

masa berjalan2, terjuma En. Azhar, J36 Perak tu,
sembang sembang, dia kata saya akan keluar untuk dapatkan data gak, saya kena g PBT, Majlis Daerah kerian... ali plak kena g Majlis Daerah Selama.... Ok, rasa macam hati ni berbunga je.. boleh dok umah mak.. hahahhahaahaa.. seronoknya... hahhahaha

Jumpa Intan  Sharini. rupanya dia akan jadi PTPO Perak.. ok.. sembang2, bergelak ketawa, bgtau dia, anggota tak dapat surat lagi ni, nak g perak... taktau camner..

pastu terserempak Tn Hazahar, tanya dia, "Tn, kitorang ni, nak tunggu surat ke, nak kena g perak dulu ni?"

Tn Hazahar maklumkan, g dulu, nanti baru dapat surat.. okeyy,,, g bagitau kat geng task force terengganu plak..

TIBA TIBA.....pukul 11.48 pagi, dapat wassap dalam group penguatkuasa terengganu dalam hf ali, kata nama aku, kak ma, ali, ain n noor, tak perlu ke perak.......... punah angan2 dok ngan mak sebulan.. sadaqallah..

otak jadi blur, rasa macam dunia stop sekejap, tengok kiri kanan, masih berjalan waktu rupanya... haishhhhhh

Akhirnya, aku Kembali Semula Ke Kemaman....

Psst: Bos lama sy gtau saya ke Johor... jeng jeng jeng.. tungguuu

Sekian..

Sunday, May 11, 2014

Sambutan Hari Ibu.... Haramkah?

Assalamualaikum....

* cuba berbicara dengan perasaan se'natural ' mungkin.

Sambutan Hari Ibu,
Di Malaysia, sambutan hari ibu disambut setiap hari ahad, minggu ke dua bulan Mei..
Sejujurnya, saya tidak terlalu berahi menyambut sambutan hari2 selain hari Raya Aidilfitri dan Bulan Ramadhan..
tapi tahun ini hati sedikit berkocak bila memikirkan ibu yang semakin meningkat usia, entah berapa lama lagi hayat mak di dunia..
sambutan hari ibu dilakukan secara selingan, bukan semeriahnya,...
kakak membeli sebiji kek bertulisan "Happy Mothers Day to All SAID Daughter"
terfikir semula,, wahhh, kami 8 beradik perempuan semuanya telh bergelar ibu.. sedikit terharu..
berbalik pada tajuk di atas....
Haramkan kukumnya menyambut hari ibu?
ada yang menitipkan pada timeline fb saya tulisan ini...

"Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"
Hukumnya: HARAM, SYIRIK & DOSA BESAR

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
- [Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H]


ok, saya mencari, dimana syiriknya sambutan hari ibu?


Monday, May 05, 2014

sekali lagi...

PPSPPA Terengganu akan melalui fasa pengecilan..
oh oh oh.. Dalam perkiraan dan pengetahuan am semasa, PPSPPA Kemaman akan ditutup dan di'cover' oleh Daerah Dungun..
Perasaan pertama, oh, pindah lagi, tapi tak terasa berat sangat sebab ini bukan negeri tumpah darah saya...
tak mengapa, peluang untuk menempatkan diri di Kuala Terengganu mungkin ada, tapi saya mahu memberi peluang itu kepada anak negeri terengganu yang lebih layak tingga ldi sini, pasangan mereka di sini, keluarga mereka di sini... oleh yang demikian, saya rela... dengan ikhlas hati... :)

ok, pilihan2 penempatan mungkin tak banyak, Bandar Tun Razak, HQKL, WPKL, Alor Gajah dan Perlis(mungkin)..