CinTa InDAh

CinTa InDAh

Sunday, December 15, 2013

Slip Disc, Spinal Stenosis... Percubaan Pelbagai Jenis Rawatan... (BAHAGIAN 2)

kesakitan yang saya rasa ni, susah nak digambarkan..
mungkin lebih sakit sedikit berbanding sakit kontraksi semasa nak bersalin tahun lepas..
berpijak pada sebelah kaki sahaja, senget,
macam nenek tua yang bongkok dan senget dah aku jalan...
Sedih, walaupun cuma ujian kecil dari Allah...
Bergunung harapan agar dapat sembuh semula...
3 minggu, fasa kehidupan yang terlantar...

Jumpa Ustaz dari pusat Rawatan Darul Syifa'

sebenarnya, aku sendiri pun taktau yang Ustaz ni dari Pusat Rawatan Islam Darul Syifa',
aku hanya mengenali ustaz ni dari kakak sulung,
keluarga kami dah banyak terhutang budi dengan insan yang aku taktau namanya,,
hehehhe..
hanya gelaran "Ustaz" yang aku tau..
tarikh 26 Oktober, 2013..
pukul 1.00 tengahari,
Ustaz datang rumah kat Meru...
3 minggu sebelum ni, aku memang tak boleh nak berdiri tegak, mesti senget dan bengkok..
tapi, bila Ustaz ni sampai rumah je, aku terus berlari g dapur,...
Alhamdulillah, kuasa Allah...
dengan bacaaan Ayat suci Al-Qur'an,
aku dah boleh berjalan dengan biasa..
cuma tinggal kebas kat hujung kaki sekarang nie..

Walaubagaimanapun, Imbasan MRI tetap perlu dijalankan..

oleh yang demikian, 11.11.2013,
aku pun g lah buat kat SALAM Medical Centre kat Shah Alam,,
OK, SLIP DISC.. SPINAL STENOSIS, FACET JOINT....
lengkap segala jenis kesakitan ...


Doktor Pakar...
Doktor bagi ubat saraf, ubat tahan sakit dan ubat anti kejang...
Lawatan susulan pada 10 Disember 2013 kat Hospital Kemaman,
Doktor kata, kalau berdasarkan imbasan MRI, pembedahan perlu dilakukan dengan secapat mungkin bagi mengelakkan kegagalan fungsi saraf di bahagian bawah badan, terutama kaki kanan dan sistem kawalan kencing dan najis..
ini disebabkan bonjolan disc yang menekan urat safar tu terlalu besar...
dan katanya, fisioterapy mungkin tak dapat beri kesan positif..
okey, macam menakutkan...
aku tanya tentang keberkesanan rawatan alternatif yangmenggunakan kaedah suntikan radiofrekuensi,
Dr berbangsa cina tu cakap, tak salah mencuba,....
then, aku tanya lagi, apa risiko selepas pembedahan, Dr ni gambarkan cuma sedikit kesakitan dapat dikurangkan, mungkin hingga tahap 2 @ 3.. dan tak mungkin hingga tahap "0"..
selain tu, aku akan menanggung sedikit kesakitan pada bahagian tulang belakang, dan mungkin sepanjang hayat..
oleh yang demikian, aku cakap,
"oklah Dr, saya akan fikirkan dulu..."
Dr bagi temujanji dengan pakar bedah tulang di Hospitak Kuantan pada Januari 2014..

by the time, aku memang ada temujanji dengan Dr Nizar dari HUSM Kubang Kerian untuuk rawatan lain hari ni, disebabkan masalah banjir yang menghantui daerah Kemaman ni, aku mintak ditangguhkan dulu...
rasanya aku lebih yakin kaedah ni...
nanti, pas cuba, aku akan update kat sini..
harga yang ditawarkan agak "OK" berbanding rawatan di Hospital Swasta yang lain..
"Sangat OK" kot...
apapun, nanti saya update ye..
temujanji saya dengan Dr Nizar is on 7th of January 2014..
Wish me luck..

4 comments:

Inaz Qistina said...

Slm..siti noor...camna cara sy nak berhubung dgn siti ye...sy pun ada masalah ini.juga...

Siti Noor Hashimah Bt Mohamad Said said...

inaz, Cuba call HUSM, bahagian unisains, cakap dengan prof halim.

Inaz Qistina said...

Bukan..sy just nak bersembang ngan sis..klu ada fb pun ok...

Anonymous said...

Salam..nk tanya..mcm mn rawatan nya..saya pn ada simpton mcm kak..