CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, January 10, 2013

JAUNDIS a.k.a DEMAM KUNING Amirul Talib

AMIRUL TALIB BIN MOHD ALI.

nama baru nampak...
huhuhu
mintak nasihat pada orang yang lebih arif, 5 suku kata dalam islam...

ok, anak umie disahkan menghidap penyakit jaundis pada hari ke 4.
waktu petang, jururawat masyarakat a.k.a JM dari klinik desa Bukit Kapar datang buat lawatan dan maklumkan yang Talib ada kuning, JM suh wat pemeriksaan kat klinik Meru.

esoknya, 12 oktober, terus bawa g klinik, pagi2..
lepas ambil darah kat kaki, tunggu keputusan makmal pulak..
kesian anak umi,kecik2 dah kena amik darah..hurmmm
dah diperiksa, bacaan kuning talib, 311microm/l atau 18.29.
masa tu tak berapa faham tinggi ke tak, tapi, bila doktor maklumkan,
perlu masuk ke wad, hati ni dah mula risau.
balik, kemas baju, terus ke hospital..
sampai kat hospital, darah talib kena amik lagi, kali ni 1 tabung uju yang kecik tu..
agak terkejut bila doktor maklumkan kandungan bilirubin dalam darah talib dah meningkat sampai 395microm/l. atau bersamaan  23.2

Talib diletakkan ke dalam bekas untuk fototerapy atas dan bawah..
apa lagi, melalak la si bulat ini...
agak panas, hati ni macam nak lebur gak dengar anak nangis 3 jam tak berhenti...
 hari kedua, kuning dah turun, ke 301mm/l
tapi tak boleh balik lagi..
dok bawah lampu lagi, tapi kali ni baby cok dah ada lapik... tak macam semalam, kontang kanting anak umi.
dah la berak dalam tu.. uhuhuhu.. dah 2 jam baru bersihkan..
3 hari dalam wad, dok bawah lampu, setiap 4 jam kena amik darah, check dan check..
orang kata, bagi susu banyak2 supaya boleh kurangkan kuning..
nak pam pakai tangan tak pandai, mintak la en suami belikan pam pureen yang sama macam kawan guna..
beli kat Tesco Bukit Tinggi, RM169.90.
mungkin disebabkan salah teknik atau susu belum banyak, maka, susu tak keluar, niple plak sangat sakit..
mungkin gak sebab hati risau, efect pada penghasilan susu..
bayangkan, dalam masa 40 minit, nak dapatkan 1auns pun susah..
Ya Allah, tak terjangka ujian kali ni...
semua berlaku dalam sekelip mata, macam tergapai gapai mana nak berpegang..


= sikit pesanan untuk ibu2 muda yang anak kena tahan  kat wad sebab kuning

1- kat hospital Klang, anak yang kena tahan kat NICU disebabkan jaundis, ibu bapa boleh jaga, bukan angkat tau.. kecuali masa2 doktor pakar buat lawatan

2- anak berak n kencing, sila la bersihkan sendiri, sebab kalau nak tunggu nurse, agak lambat.. ada yang sampai dah berkubang dengan air kencing sendiri, baru nurse2 tu bersihkan.. kesian..

3- bagi ibu muda yang menghadapi kelahiran pertama, minggu pertama memang susu kurang, so, penggunaan pam susu mungkin tak membantu, lebih baik cuba cara manual, iaitu penggunaan tangan...
perah sikit2, lama2 jadi banyak.. kalau dapat 2 auns tu, kira betuah sangat....

4-kuatkan hati, jangan terlalu rungsing, walaupun hakikatnya, aku sendiri pun risau tahap melapau, tapi insyaAllah, yakin pada Allah...

5-jangan bagi anak makan atau minum yang bukan2, sebab tahap penurunan bacaan kuning lain2.. tak semua bayi sama... bagi susu ibu banyak2,

6-SUSU IBU YANG PERTAMA... LEPAS BERSALIN, TOLONG SUSUKAN BABY TERUS, JANGAN BIAR BABY TIDUR LAMA SEBELUM DAPAT SUSU IBU. SUSU AWAL PADA IBU TU BANYAK BANTU BABY... Talib tak dapat kolestrum pertama sebab dilahirkan secara pembedahan dan sy tak terjaga selam 6 jam kesan ubat... dia diberikan susu formula sebelum dapat susu ibu..

jaundis disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.
Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.
Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.
Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.
Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.
Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.
ni sikit info pasal jaundis

kuning

2 comments:

Anonymous said...

Salam.. saya pun ada pengalaman yang sama.. suami bawak anak segera ke hospital bila klinik suruh jlnkan foroterapi.. sedih tgok nurse biarkan anak kelaparan.. nak bg susu badan.. anak pertma.. susu mmg taknak kua.. time tu hari kelima.. saya dah mula bengkak susu.. tapi still takde jln kua.. anak nangis.. bli pam.. smpai sakit.. nipple bgkak.. adoii.. bersyukur masa tu ade sorg nurse yg sgt baik.. tolong ajar cara kurangkan sakit bengkak susu.. ajar perah susu badan.. wpun mmg tak pandai pun lpas tu.. tapi alhamdulillah kurang sikit sakitnya... bila bacaan anak turun dan dibenarkan kua hospital.. sy gembira sgt.. sbb selama di hospital.. sedih n nangiss jee tgok anak kecil kita dilayan sambil lewa.. menangiss baby kelaparan 3-4 jam.. sedih sgtt sbb tak mampu nak buat apa2.. hari ni hari ke 9.. hati masih x tenang sbb bacaan kunin masih belum turun ke paras <150.. hmm..

Siti Noor Hashimah Bt Mohamad Said said...

Cik Ibu jangan risau sangat ye, bila kat rumah, pagi2 jemur baby kat bawah matahari sebelum pukul 9 pagi. bagi baby susu sekerap yang boleh,,, dulu pun, saya tak pandai menyuskan baby, tambahan lagi kalau baby yang kena kuning, memang tak mau buka mata, tapi, cuba picit nipple bagi leper dan suapkan kat mulut baby, biar dia kemam lama2,.. nanti susu badan keluar dan dia akan isap..
pasal bacaan tu, insyaAllah, kalau tak samapai 14 hari, dia tak berapa turun, tapi nanti bacaan akan turun kalau sampai minggu ke tiga...