CinTa InDAh

CinTa InDAh

Tuesday, January 05, 2010

Selamat Tinggal 2009

Dah masuk tahun baru 2010 lak kita...
menyingkap semua peristiwa tahun 2009 yang banyak memberi kesan dalam kehidupan harianku di pejabat PPSPPA Cawangan Klang.... muahahahhaa:

7. Dikatakan menggunakan wang dana @ yuran bulanan anggota untuk menghisai pejabat
(cth: balang kaca, bunga2 kat ofis, bla bla bla)
- Cam bengang gak la mula-mula tu... sakit gak ati nie, mana taknyer, semua barang2 yang disebut di atas adalah pembelian dari duit poket aku sendiri, nak mintak kat petty cash, hmmm, hampeh.. tapi makin lama aku duduk kat cawangan nie, makin aku faham situasi sebenar kehidupan alam pekerjaan yang dilitupi dengan pihak2 lelaki, malahan ada diantaranya yang bersikap belum matang, termasuk aku..

6. Penolakan tuntutan wang panjar runcit untuk Makan Tengahari Mesyuarat Pengurusan
- kes tu rasanya dalam bulan Februari 2009. apa perasaan aku sebenarnya ye? hmmm, mestila geram, mana tak nyer, dah sah sah dalam Bajet 2009 yang aku tgk kat HQ KL ada peruntukan untuk makanan & minuman untuk setiap cawangan, tapi disebabkan ada kekangan dalam perbelanjaan, tuntutan tu tak diluluskan Wakil Pengarah Negeri atas alasan yang berkenaan. antara sebab yang diberikan adalah Pejabat Hulu Selangor juga menyediakan hidangan yang sama tetapi tidah dituntut melalui wang panjar. Otak ku berkata sendiri, "kenapa dye org tak claim?" sebab kedua pula, WPN maklumkan, kalau tuntutan tu diluluskan, tak mustahil cawangan lain akan membuat tuntutan yang sama... laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... ?????? So, nak cakap per lagi?
tapi disebalik cerita nie, ada selitan perkara dimana satu perbalahan diantara aku, gengku dan sutun bermula.... just wait n see....

5. Namaku dikatakan HOT di Selangor kerana sikap banyak PEEL...
wahhhhh.. takutnya statement tu... sape yang jadi reporter citer panas tu eh? ish ish ish... jahat tul la mulut orang tuh.. tapi nak wat camner, hidup kat dunia nie, kalau takde gossip, mana cukup masin, siap tambah ajinamoto tu.. antara ayat yang sedap dan terngiang di fikiran ku sampai sekarang nie adalah seperti berikut
ORG TU : Ehh, Nama Kak Shima ngan Fad dah hot dah kat Selangor nie. Tn Haji dah tau dah
nama dye orang.
takut kan dengar ayat tuhh? hiki hik hik.. ntah ape2 ntah...
lanjutan perkembangan kepanasan nama tu, aku adakan plan baikkk punya nagn geng2 ku yang tersayang... kami ambil langkah berdiam diri kerana yakin BERDIAM DIRI adalah senjata paling tajam untuk menumpaskan langau langau yang nakal cam nie... :) akhirnya, kami berjaya.. heheheheh (gelak jahat) Ok la tu.. sikit sikit jer.....

4. Mengejar HUJAU, UNGU, MATAKU JADI KELABU
ha nie pasal kejar benda cantik tapi hampehhhhhh.. cam kejar bulu burung yang warma putih tu... kejar bukan main penat, alih2, dapat jer takde apa2... siap kena taik burung lagi, uweeekk..
nasib baik la sang arjuna muncul ditengah tengah kabus kelabu.. ish, malu lah nak citer lebih lebih...

3. Abdul Latiff bin Mat Salleh
nak sebut ke, taknak nama orang kat atas nie? hmmmm, senang citer, aku nak gelarkan dye Lelaki Hampir Sempurna (LHS) Ya Allah, aku rasa cam satu kurniaan yang hadir dalam samaran bila perkenalan yang dirancang penduduk taman nie bermula dengan baik. Orangnya baik, lemah lembut, berbudi bahasa.. semua lah... lengkap serba serbi. kalau mengaji tu, sampai la jugak hening2 suara bacaan Ayat Suci Al-Qur'an tu kat rumah.. ala2 Lelaki melayu terakhir. Satu petang mak si LHS ni datang merisiik., hati nie rasa cam duduk kat tepi koridor bangunan tinggi yang dak berbidai... berdegup kencang.. ooooo.. macam nie rasanya bile dirisik,.mulut nie dah tak bleh nak cakap per, boleh senyum jer....
tapi keindahan sementara tu berakhir sepantas sinar kilat yang samapai kat muka bumi. aku tercari cari mana cahaya tu, tapi makin lama makin jauh, aku just boleh dengar bunyi guruh je yang tinggal, itupun sekali dentum.. hati nie cam piring yang terhempas ke batu la jadinya.. kecewa sangat.
"tiada salam tiada pesan, memaksa diri untuk melupakan,..... malam ku suram, siang ku kelam, ku kegelisahan, mencari cari kemana pergi, harga diri ini......" haaaa.. amik kau.. itu je penjelasan situasi ni, STOP.

2. Diserap tetap dalam perkhidmatan kerajaan
BESTTTTTT.. tu jer.

1. Kena marah Ngan Bos Laaaa
Kejadian palling sukar dalam tempoh pekerjaan adalah kena marah ngan bos. sebab masuk dalam bilik dye tanpa kebenaran.. Sedih siot... :(

BLOGGERS...PPSPPA

Ciiter pasal blog nie, dah lama sangat kali terakhir aku buat catatan dalam blog nie. tapi ntah kenapa, hati aku cam tertarik sangat nak menulis dalam ruangan yang perlu dibaca oleh diri sendiri...
bercakap soal kejujuran, memang la tak semua orang atau manusia dalam alam nie jujur, tapi takkan dengan diri sendiri pun nak menipu? ish, cam pelik jer...
alkisahnye cam nie, baru2 nie, aku terbaca coretan seseorang dalam blog BELIAU, apa yang memeranjatkan, tulisan dan fakta kejadian adalah berbeza sama sekali. camner nie, baru aku terfikir, sedangkan dengan diri sendiri pun dye tak boleh nak jujur, nie kan pulak dengan orang lain kat muka bumi nie.. kalu ngan Allah SWT tu, tu kira urusan persendirian yang hanya DIA boleh menghakimi...
hmmm.. pelik kan manusia sekarang?
Akhirnya aku buat kesimpulan sendiri, dalam hidup nie tak ramai yang boleh dipercayai, ikut lah gerak hati kalau nak buat sesuatu, tapi kena make sure hati ti tak berat ke mana-mana... :)