CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, January 10, 2013

Alhamdulillah, coretan selepas 3 bulan Permata Hati melihat dunia.

6 Oktober 2012, 1.30 petang,

Berangkat dari rumah di Meru ke Hospital Sg Buloh untuk melaporkan diri..
usia si comel di dalam rahim baru mencecah 38 minggu.
namun, disebabkan masalah kencing manis semasa mengandung, Dia mesti berada di luar perut untuk keselamatan ibu dan bayi..

Semasa lapor diri, ada bertanya pada jururawat bertugas, ''tak boleh ke tunggu sampai due...'
katanya takut keselamatan ibu dan anak yg ada dalam ni..
takpelah..

daftar dan masuk dalam... suami takleh ikut sebab belum ada katil..
menunggu katil kat hospital ni makan masa sampai 2 hari, baru ada....
wahhhhh.. ramai kot..

keluar masuk jumpa en suami yang menunggu kat luar, minta ampun dari dia n mak..
pada yang nak bersalin, jangan lupa mohon keampunan en suami masing2, ibu bapa..... 

kawan baik datang melawat,.. sebenarnya belum ada apa2 perasaan menggigil masa ni.
terima kasih

jam 4.30 petang, doktor bertugas buat pemeriksaan jalan,
dah buka 2 cm.. eh, biar betul, tak sakit dan takde tanda pun...
lepas check jalan tu, ada darah keluar, pinggang dah mula sakit sikit2...

7 oktober 2012
Menunggu lagi, rutin check jalan waktu pagi2...
sama gak, masih 2 cm... tak berapa suka masa check jalan,.. sakit sikit...
doktor pakar tu maklumkan, kalau jalan belum buka sampai petang ni,
3 ubat induce akan dimasukkan untuk rangsang pembukaan jalan...
ubat tu plak setiap 8 jam... apa2 jelah doktor...

petang, check sekali lagi,
kat wad menunggu kat bawah tu kata masih 2 cm, wah.. si comel ni, takut ubat ye...
ok, naik wad atas untuk induce ubat pertama..
tapi, bila sampai wad atas, doktor check balik, katanya dah buka 3cm, tak perlu ubat induce.
sorang lagi doktor check dan sahkan.. doktor india nie, kuku dye panjang, sakit lak... ishhhh
sama gak, 3 cm katanya
tunggu je lah sampai sakit nak bersalin.
malam, kul 8.30, dah mula rasa contraction.. setiap setengah jam akan rasa..
rasa cam period nak datang, yang teramat... 
en suami boleh hantar2 barang je.. huhuhu
tapi curi2 duduk lama gak...

kul 2 pagi, masih takleh idur sebab sakit datang n pegi... 
berlarutan sampai ke subuh, dan pagi
mesin CTG ni plak menambah rasa tak selesa... 

8 oktober 2012 

pagi, makan roti n air milo..
doktor check jalan lagi
pastu kena tolak turun labour room sebab dah 4cm..
Doktor Melissa  pecahkan air ketuban...
sakit yang datang, dah beralih ke 15 minit sekali, pastu 10 minit..
hua hua hua.....
 tengok jam, 10.30, 11.30, masih 4cm,...
 12.30, dah naik 6cm..
sakit yang teramat...
2.30 petang, 7cm, tanya kat doktor, takleh ke wat pembedahan..
Doc maklumkan, susah nak jaga kalau cesar..
oklah...
takde org dalam labour room, kadang2 ada 2 doktor pelatih datang, kadang2 ada adik2 nurse datang...
bila dah kul 4.30 petang, dok check lagi, masih 7 cm...
katanya.. 'jangan teran tau..'
tak larat dah nie.. minum air suam sikit,,,,
kul 6.30 petang, check jalan dah 9cm...
ok, Doktor suh teran.. 
camnie..

''Ok, berakkan... ''
aku pun teran la.....
Doktor cakap lagi..
''Cepat berakkan''
dalam hati ni, ''takde sape ke nak ajar aku cara teran...'' 
sedih... en suami pun takde kat sebelah, sebab belum sampai waktu baby nak keluar
aku dengar dye ckp ngan doktor lain, ''tak boleh la, jauh lagi''......n lain2 bahasa kedoktoran yang aku tak berapa faham..
kul 7.08pm,
last2 doktor cakap, ''Ok ye puan, kita nak transfer puan ke OT untuk emergency operation..''

maka bermulalah perjalanan katil bergerak ni ke bilik OT..

7.44pm, si comel dalam perut nie dah nangis kat luar...
dah dibersihkan, nurse suruh cium...
huhuhuhuhu..... letih n tertidur 6 jam..
lepas ni, bermulalah episode bahagia dan sedikit duka dalam mengharungi hari2 berpantang...


kepada ibu2 yang bersalin secara pembedahan, ada maklumat yang penting untuk kamu supaya tidak kekok selepas bersalin nanti.. ;

tips bersalin pembedahan.. seriuss


 

No comments: