CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, November 11, 2010

For The Rest Of My Life (Your Life)

Berbaki 22 hari lagi, aku akan jadi Isteri kepada En, Mohd Ali bin Adenan Bashah..
hehehehheh.. pakwe n tunangku, apa kamu rasa saat ini, aku pun taktau, tapi aku sayang Kamoo... huhuhuhuhuhuhu.. teringin dengar kamoo menyanyikan lagu ini untukku dan menyelami katanya untuk diriku.. keh keh ekh..

For the Rest of My Life Lyrics

By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Wednesday, November 03, 2010

aku Rasa K....

Bengang..

Entri yang paling aku cepat rasa bahang..
sakit pale tengok..
mengong.. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku Rasa K....

Bengang..

Entri yang paling aku cepat rasa bahang..
sakit pale tengok..
mengong.. !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 27, 2010

Kawen..

Bulan 12 nie aku dah nak kawen.. bukan senang nak tempuh hari tu, tapi aku akan cuba..
bukan senang gak nak jaga hati tunangku, hahhahahhaa.. tiap kali, aku yang beralah, mungkin sebab aku yang salah...
semalam, dye beli mesin basuh n peti ais, RM2100.00.. hahahha, akhirnya, guna duit aku gak,.. (tapi cuma RM100.00 jer, yang balance tu, duit dye la) keh keh keh...

Oooo En. Tunang Sayang... jangan marah2, nanti cepat tua,.. hahhaha
OoOOoo Cik Siti Shima.. jangan cepat merajuk.. please grow up...

OOO.. En. Masa.. andai dapat ku undurkan putaran dunia, aku nak balik ke Zaman Sekolah Rendah, Darjah 1, nak Jadi orang dewasa masa tu.. huhuhu

Ooooo Mak ku, aku sayang Kamooo

Monday, October 11, 2010

Kembali Bekerja..

Hari nie aku kembali bertugas dengan semangat baru.. aku rindu suasana sibuk dulu,,, huhuhuhu... hari nie juga aku kecewa dengan seseorang.. aku benci kamu, walaupun ada satu rasa dan ketika, aku mencuri pandang dirimu, senyummu dan jelingmu yang sukar ku tafsir. tapi aku tahu, itu bukan seperti perasaanku.. keh kehe kehe keh keh keh

Thursday, September 23, 2010

Temuduga Penguatkuasa PPSPPA

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebelum aku memulakan tulisanku mengenai coretan ini, aku memohon maaf kepada sesiapa juga yang merasa sulit mengenai apa juga yang berlaku disini...

coretan pagi,
aku bangun dari tido agak awal ari nie dibandingkan hari2 lain.. sebabnya, interview start kul 8.00 pagi, oleh yang demikian, aku diminta berada di PPSPPA Cawangan Klang pada jam 7.30 memandangkan aku juga salah seorang pemegang kunci di sini..
pas sampai jer, aku nampak EN. Tunangku yang merajuk n marh kat aku mlm tadi.. huhuhu...
nampak kak aween gak, yang sibuk memegang sesuatu disamping penyediaan air mineral...

Coretan sewaktu naik tengahari..
Para calon Pegawai n penolong Pegawai penguatkuasa yang dh menjalani ujian fizikal, naik ke pejabat untuk mendapatkan surat penolakan dan juga temudga lanjutan bagi yang melepasi tahap minimum ujian...
macam macam gaya, ragam dan perasaan yang boleh kita tengok kat sini,
aku ada rasa yang terlalu dalam untuk dikongsikan....
bertapa ramai manusia yang memohon pekerjaan di tempat bekerjaku..
sesungguhnya aku kelu seketika.. bertapa bertuahnya teman sepejabat dan sekerjaan ku yang lain, yang telah mendapat rezeki di sini..
(tak kira la melalui tali atau dari usaha sendiri)...

dalam meniti rupa2 insan yang bernama CALON2 nie, aku merasakan diri ini terlalu rendah dan insaf seketika dengan kurniaan yang selama ni mungkin tak dihargai..
aku seakan terlalu sayu bila melihat seseorang yang terpaksa pulang dengan hati yang sedikit punah... sesungguhnya mungkin bukan rezeki mereka di sini, doaku, semoga kalian semua beroleh sesuatu di tempat lain..
kepada calon yang berjaya, selamat mencuba dan selamat bertemuduga kali kedua di KUALA LUMPUR...


CORETAN MALAM
huk huk huk.. tak sangkanya, sampai malam la nak kena jaga..
adei, dah la aircond ditutup sampai kul 7 jer.. adeiiiii
kena gunakan kipas sebaiknya..
ohhh para2 calon, masalah teknikal lakk..
sebabnya, aircond di sini dibuka dan dikawal secara "centrallise" oleh pihak pengurusan bangunan A & M yang "cekek darah" nie.. adeiii..

Selamat berjaya...

* adalah dengan ini dimaklumkan, kitorang takde OT pon keja sampai malam nie.... 

* Bertugas demi perbadanan dan perkakian

Monday, September 20, 2010

Petua Kesihatan yang berguna dari laman Bos ku.....

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Wednesday, September 15, 2010

Jatuh Cinta

aku terpanggil menulis kata kata ini kerana baru tadi aku terbaca entri teman officeku yang berbunyi begini.. http://mofasad.blogspot.com/2010/09/mid-valley.html
bagiku, coretan itu begitu "sweet" untuk diucapkan oleh seorang lelaki dalam blog yang dikunjungi jutaan pengunjung itu, tapi aku pasti, coretan itu juga menyatakan bertapa berbunganya hati sang arjuna ini..

Sesungguhnya rasa yang lahir dari ungkapan "CINTA" terlalu indah..
umpama taman yang dipenuhi bunga mekar,
umpama langit redup yang mendinginkan suasana..
dan seperti titisan renyai hujan yang membasahi rerumput kehijauan di pinggir sungai..

aku tahu rasa itu..

ada ketika, jantung berdegup kencang, bibir menguntum senyum dan wajah seakan bercahaya bila rasa itu menghampiri jiwa..

aku mengalami perasaan itu...

ada waktunya, kita takkan jemu menatap matanya,
kita sedih dengan hanya sedikit bentakkan suara,
malah kita takkan lokek memberi kemaafan hanya dengan sedikit pujukan yang sedikit meruntun egois mereka yang kita gelar "PENGUASA di HATI kita".....

AKu CInta KAmu.... MoHd ALI bIn ADenAn BAShAh..

semoga rasa ini kekal selamanya.


Farid, semoga kau bahagia..

Tuesday, September 14, 2010

Hari @ Hati yang malas...

aku terfikir,
kenapa dye camtu?
kenapa bertindak begitu?
kenapa berfikir macam tu?
eeeiiiii.. buruknya..

tapi, dalam hati yang jauh lagi dalam..

aku berkata...
macam la aku baik sangat,
alah, aku pun lebih kurang jer..
hurmmm, sama la mcm aku,
bezanya, org tak perasan sangat....

soooooo...

apa ko kisah dengan Dye, Shima? hahhh?

Monday, September 13, 2010

Saling mengHormati dan memahami...

Cuti raya dah start 6September lps, so, ari sabtu sebelumnya, aku dah gerak balik dgn En. Tunang tersayanggg...Bercerita tentang kumpulan BENDERA, GERAM, ntah apa lagi kumpulan Anti Malaysia di luar sana, Rasaku jadi tak ketahuan, mau marah, pada siapa, mau keji, tak de pekdah.. lama2 rasa ini cuma mampu disimpan dan direbus untuk mencari pengertian pada ke"melampauan" mereka....

dalam sulaman pemikiran tersebut, terlintas kejadian "Depan mata" dimana terdapat seorang ahli perniagaan berketurunan bukan melayu di pekan ku telah Meninggalkan anak cucunya di dunia nie... mungkin dah pergi pada petang hari 9/9/2010 tu.. malam tu, bermaksud malam raya bagi ummat Islam Khasnya dan Kaum Melayu yang menyambut Perayaan.....

terlalu enteng aku melihat keadaan itu..

si Sudut sini, darah keturunanku, kaumku, berteriak "haaa... 5 sepuluh... lima sepuluh.. amik kak"... "mari mari... murah murah... cepat, cepat.., 3 Sepuluh.. 3 sepuluh".. sahut sahutan, ketawa dan gurauan nakal si lelaki memanggil "Kak Long.. Kak Long.."

Kurang 5 (LIMA) meter dari tapak jualan kiri dan kanan, pihak itu sedang mengalirkan air mata kerana kepergian nyonya yang kukira nenek mereka,,, mentera dibaca tanda menghormati simati.. colok dan duit kertas bewarna kuning dibakar mengiringi kesedihan...

Bersambung lagi cerita yang di sudut ini, ... "mari bang, mari kak.. cepat cepat,.. kuih kuih... " dan itu ini.....

menghormatikah sesama kita dengan keadaan itu? atau semua ini sudah hukum alam bahawa "Keuntungan, Wang RInggit dan segala itu dan ini beraja di mata kita?"

Siapa Kita?

Thursday, August 26, 2010

Hari Puasa ke-16.. hehehehhee..

Malam sebelumnya
hari nie berbuka posa di PPSPPA,....
lauk ayam, ayam percik, mortaberk, buah, bla bla bla.. air oren.. jhehehehhe.. bawak balik umah, cam mohrehh...

Pagi..
Bangun kul 5.00 tanpa tolong kakak ku untuk masak sahur.. malas sahur konon.. sampai kul 5.05, kakakku datang kejut aku,... "shimah, bangun sahur cepat".. aku geleng kepala.. "tak mau sahoq ka?" hurmmm... " bangun la minum jer.." ok.. pastu, apa lagi, sambil minum air nescafe white kofie, aku pun makan la nasik lauk ayam masak merah yang dibawak balik lam tadi...
abis sahur, tengok citer NUR KASIH... huk huk.. sampai kul 6, iron baju, 6.30.. aku bergerak ke PPSPPA KL.. huhuhu

Pagi yg dah nak naik sikit
dengar ceramah aset.. huhuhu..
waktu rehat tu, g la tingkat tuttt.. terserempak seorang manusia yang... Ya Allah, jauhkan aku dar bersikap sebegitu.. kau bukakanlah pintu hatinya untuk berubah ke arah kebaikan.. kau tutuplah pintu kejahatan yang tersirat di hatinya.. kau ampunilah kesalahanku Ya Allah..
aku terfikir sejenak, kenapa perlu ada manusia sebegitu? tiba2 hatiku terlalu jengkel.. Ya Allah, jauhkanlah hatiku dari sifat begitu, kau berkatilah hidupnya dengan memberikan hidayah dan pedoman pada jiwanya,...


Tengahari yg nak naik Petang
aku, ina, ita, ecah, pinas, Za (Penang), anisah.. balik umah kakakku dan TIDORRRRRR.

Senja n Berbuka.
Kami berbuka di SEUOL GARDEN di Kerinchi...
huhuhu.. dapur terbakar.. kain sesorang juga terbakar sikit,.. seksi dan koyak,, heheheheheh
kenyang sangat.. tapi sangat tak berpuas hati dengan perkhidmatan begitu.. huhuhu FLAMING STEAMBOAT jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih baik ....

MALAM
aku ngantuk dan tertidur sekejap di umah KAKAKKU Di Briekfields ini.. CIkyam datang lak.. hehehehhe


Kesimpulan : huk huk huk.. hariku sedikit tercalar dengan seseorang.. (cuba lupakan sikapnya yang begitu) dan aku juga tidak mungkin mendongak selalu ke langit seperti itu, kerna aku mungkin terpijak duri semalu di pangkal kakiku...

Wednesday, August 25, 2010

Tegakkan Bendera Kita - Lyrics

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita

[edit] English translations

Honor our flag
It's the nation emblem
We united under it
Living as a family

White red blue yellow
The color of our flag
Proudly streaming
In heaven (In the air)
Pride of all (of us)

Raise our flag

p/s: jiran sebelah kita tu, x tegakkan bendera kita pun, dye berakkan ada la.. hishhhh

MenJengah Bicaramu Ayu...

Ayu...

Setelah lama kita tidak bersua
sebulan dua ini, aku kerap membaca tulisanmu..
kau sumber kekuatan ku untuk terus menari di sini..

biar pentasku camping
biar tarianku compeng,
aku tetap disini..

Ayu..
suatu ketika dulu,
aku pernah menyakitkan hatiKU sendiri bila memandangmu
aku pernah melukakan diriKu setiap kali kudengar NamaMU..

Tapi Kini.. dunia semakin bererti,,
hatiku semakin terkesima..
tiap saat aku membaca bicaramu..
tiap kali aku menatap keindahan bait katamu
dan sekilas aku terpandang potret-potret milikmu..

Ayu..
ku tuliskan ini..
hanya untuk hiasan hatiku..
jauh di sudut hatiku.. ku mahu kau Tahu..

Aku Sedikit Kagum Denganmu..

Selamat Berbahagia.. semoga segala keindahan suka dan duka menjadi Milik Kita

(",).....

Tuesday, August 24, 2010

WaKe Up DeAr....

Assalamualaikum Warrahmatullah hiwabarakatuh..
Tanganku mengetik di hari yang sangta sunyi pagi nie.. kenapa sunyi? sebab aku semakin tenang mencuba sesuatu yang baru.. hehhehehe
diriku, aku menyayangi diriku.. tunjukkan kasih sayang itu pada zahir dan nurani ku..

# Jangan tinggalkan Solat 5 waktu kerna solat itu mencegah kemungkaran.. solat itu
mendamaikan dan solat itu benteng kegelisahan yang hadir ketika ini..

# jangan tinggal puasa.. hehhehe.. ayat cam budak kecik kan? hehehhe.. tapi kalo x larat nak posa gak, nak wat camner.. ik ik iki ikikiki.. cehh, tua dah weiii

# Bayar Zakat Fitrah.. RM7.00 la tahun nie Chimah,,,,

# Jgn Lupa banyak2 Mengucap & istihfar kalau ditimpa bencana.. sesungguhnya ia akan dapat mengubati sedikit kesakitan dalam diri kita.. .. ucap juga " Subahanallah...." berulang kali...

Friday, August 20, 2010

Aku dan Diriku

Aku mencari erti suatu ketentuan
haruskah aku melihat dan ketawa,
haruskah aku menangis dan seredah rasa duka bersama
aku teringat entri sebelum ini, dimana percaturanku silap..
langkahku kehel, dan akhirnya, aku yang sengsara..

rupanya dunia kita begini.

biarkan kau dengan apa makanmu kerna makanku belum tentu sempurna
biarkan kau dengan Rajinmu kerna malasku bukan datang selalu
biarkan kau dengan Kejujuranmu kerna aku belum tentu Menipu setiap waktu
biarkan kau dengan Kepandaianmu kerna hidupku bukan Bodoh selamanya
dan yang terakhir sekali,
biarkan segalanya,
kerna kau dan aku, tiada kena mengena....

Ingat semua ini dalam kepala otakmu Shima... Ingat... INGAT... INGAT

Cam upin lak.. hehehheheheheha

Kehidupan Kita

Mohd Ali Bin Adenan Bashah,

Maafkan aku sayang,
kerana diriku tidak cukup sempurna buatmu,
Namun, setiap saat aku dambakan kekuatan dalam diriku..
Setiap detik aku mengharapkan keutuhan diri dalam mengharungi kehidupanku..
kau redhakanlah diriku, kau doakanlah ketenanganku, dan kau titipkanlah rasa cinta ini dari hatimu..

Abang,
kehidupan kita baru bermula,
langkah yang kita tatih baru dampai di anjung teratak,
belum sampai ke pemuka,
belum tiba di batas dewasa..

aku merindui dirimu setia waktu
aku sentiasa mengharapkan bahagia milik kita
aku gembira setiap masa kau bersama
dan aku terlalu mengharapkan segalanya

Jumaat yang cukup indah

kenapa hari ini indah?
ya, telah tertulis dalam kitab suci bahawa Jumaat adalah Penghulu Hari...
Remang Jumaat ni buat aku keliru seketika, kenapa mesti begitu?
oppsss... kepada siapa sebenarnya aku bicara?

buat seseorang,
Aku tidak bermaksud memburukkanmu,
Aku minta maaf seandainya tindakan ini salah di hatimu..
ada yang bertanya " Apa Hak ku?"
ya, aku juga begitu.. aku bertanya kembali pada diriku... "Apa Hak ku?" lantas, hatiku terasa sangat bodoh.. melakukan perkara itu.. walaupun aku teramat simpati pada keduanya, tetapi begini cara orang itu "berterima kasih" padaku.... buat yang disini, aku tidak akan lagi mencampuri kehidupanmu, seperti yg kau pinta, "Syaitan" ini ditambat di bulan puasa lantaran membuat durjana padamu, aku akan menambat diriku dari menyayangimu selamanya....
aku juga kecewa, aku juga terluka, lantaran kebenaran ini terlalu menyiksa, aku kembali pada mayanya.... kesilapan paling bodoh yang ku lakukan, adalah terlalu SIMPATI.... Sudahnya, seperti yg kau kata "rosak hubungan sesama manusia"... dan kini, rosaklah iaa.. Maafkan aku.. aku mengundur diri.....
dari jauh, ku doakanmu.. walaupun doaku tidak seberapa, walaupun aku hanya manusia biasa, doaku tetap mengiringi rasa yang makin jauh ini.

Berubahlah kita.......

Thursday, August 19, 2010

Nilai 3 (2)

mau tau sesuatu? aku dah terpegang kulit IBAB (diterbalikkan) hari tu.. adei, apa lagi, cepat2 la cari lumpur kt belakang surau, terus samak tangan .. adeiiiii.. camtu lak yeah.... hehehheh
hari tu banyak gak shoppin disini.. barangan perkahwinan la.. 4/12/2010, aku menantimu,... hehehhe

Wednesday, August 11, 2010

Nilai 3




Semalam aku g amik exam "Perperiksaan Perkhidmatan" kat Uniten.. kertas pertama, aku rasa susah la.. adeiii.. tiba2, sampai Paper 2, aku rasa nak teduduk pun ada.. susahnya soalan2 tu.. tak suka la wei.. adeiiii

pas balik dari Uniten, aku g Nilai.. ada cerita di sebalik Nilai 3 nie semalam.. nanti aku sambung cerita.. sesuatu yang tak aku sangka.. cehhhhh

Monday, August 09, 2010

6S oooh 6S

Sakit lak ati aku bila fikirkan balik apa yg dah jadi ari nie.. nape la bleh jadi camnie.. pg tadi Farid dah ada cakap pasal kerusi nie, tapi masalahnya aku tak tefikir plak sampai jadi camnie.. adeiii, kena marah lak tuhhh.. cehhhhh.. inilah akibatnya.. tapi hatiku terluka. seriously.. memang kecewa sangat. daripada malam tadi, pagi tadi, tengahari, petang ... sampai saat aku menulis nie, memang ada jer yg x kena. nape hari nie tlalu sakkit lak aku rasa.
aku tak fikir ker? haiiissshhhhhhh...

heyyyyy.. hishhhhhhhhhhh.. hurmmmmmmmmmmmm... semua rasa ada nie.....

alahai @, nape la nasib aku camnie... ada masa, aku rasa2 cam nak jadi cam kau pun ada.. adeiiiii

Hari Pertunangan ku... 5/6/2010




HARI PERTUNANGANKU LA...

Coretan Baru

Setelah agak lama aku tak menulis dalam nie.. adeii.. banyak pulak rasanya perkara yang aku nak simpan kat sini untuk bacaan masa akan datang.. tak kira la, tua ker, muda ker, atau untuk simpanan dan bacaan generasi akan datang...

Kehidupan Di Pejabatku..:

Disini aku sudah terbiasa..
Sudah sedia maklum tentang kelebihan, kebaikan, kekurangan, kelemahan, keserataan dan ke normalan sesuatu perkara..
oleh yang demikian, mungkin masih belum ada perkara yang terlalu meninggalkan kesan selepas sekian lama bergelut dengan kekalutan hidup sebagai seoarang pembantu Tadbir Kewangan (W17) merangkap Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi(N17) Merangkap lagi SetiaUsaha yang masih belum setia sepenuhnya.. huhuhu

Pada 4/6/2010 lepas, ada dinner bagi seluruh PPSPPA (Tempat Kerja Ku la)
yang tak berapa sedap lak, kehadiran adalah diwajibkan.. hik hik hik..


Untuk kenangan, PPSPPA Negeri Selangor telah mengadakan Hari keluarga di Pulau Pangkor.. penglibatan anggota negeri nie sekitar 50 orang termasuk berberapa ahli keluarga anggota.. seronok jugak la, walaupun ada perkara yang sedikit mengganggu perasaan, tapi aku cuba mengabaikan gangguan halus tu bagi mengelakkan perasaan ku sakit.. keh keh keh

Friday, May 21, 2010

Pagi Yang Mententapkan


Buat kesekian kalinya, aku sentap dengan seorang Mahkluk kat sini.. cisss...


ko cakap "INGAT SAYA TAKDA OTAK?'

aku cakap " FINe.. pasnie, ko pown masuk dalam senarai budak hitam..., ko xyah ckp ngan kau, ko g cakap ngan geng2 mu yang suka g antartik yang SEJUK BEKU tu....."

Thursday, May 20, 2010

Mei 2010 Yang bermacam soal....

Hari nie aku kemukakan pertanyaan dan berberapa pengakuan tentang kehidupan bekerja di PPSPPA Cawangan Klang nie... pada sesetengah orang dan pada sesetengah bahagian.

Kesimpulan dapat ku tulis disini....

Letih


bila dikenangkan kepenatan kat sini...

Bosan



memikirkan sampai bila mcm nie

marah



bila aku tgk seseorang


Happy



bila dapat GaJI.. ngeh3...

Tuesday, April 27, 2010

Coretan April 2010

Hari nie 26 April 2010, agak lama gak lepas aku tinggalkan blog nie... hati nie rasa cam berat sangat pagi tadi, antara puncanya adalah pasal badmonton sabtu lepas. tangan n otak aku saket sket.... hehehe.. sesiapa yang menghadirkan diri mesti tau camner buruknya permainan aku. adehhhhh... sakit tangan ooo. kejohanan badminton pertama yang aku sertai. semalam g beli baju tunang ngan Abg Cyg. dapat gak baju lace colour ijau pucuk pisang. ok la, setakat nak pakai sekali dalam seumur hidup, xpe..... pagi tadi lepas solat subuh, terus siap2, sblm gerak, sempat jaga aqif dulu, mama dye mandi, pastu Mok yang jaga lak... malam nie, ada plan best, petang nie, pas jogging, nak g beli barang utk masak bihun esok pagi. sampai umah, aku kena cuci baju seminggu, hahahaahahaha... mana bleh tungg lagi, ari minggu lepas, aku abiskan sepenuhnya masa untuk berehat kesan dari keletihan sewaktu main badminton tu.. fuhhhhhh....

Tentang perasaan, aku sekarang cam kompius pasal majlis pertunangan nie, mak nak suruh wat nasik, Ali lak suruh wat bihun jer.. selain masalah kos, masalah masa tu yang aku paling pening. kalau nak masak lauk na nasik, sape yg nak buat pg2 buta tu. lgpun ali nak g kenduri umah bapak sedara dye pas tu.. adeiiii.. mak den nie pelik sket, kalau dye nak, itu la jadinya.. wawawaawa... ponin palo den ni ha.....
pastu aku dalam berkira2 untuk wat loan ngan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia... penting ke tak penting, aku kena fikir masak2 dulu sebelum amik keputusan tu....

Pasal Alam pekerjaan lak, camner aku nak cakap ye, aku jadi seorang perempuan yang cukup mengecewakan para bos kalau aku terus terusan camnie.. aku kena berubah nie,.... adoiiiiii, camner ye,

jap g aku nak mintak petunjuk dari Allah SWT supaya dibukakan pintu hatiku untuk bekerja setekun dulu... wawawawawa

Esok ada supprise party untuk seseorang yg istimewa.... hehehehehehhe

Monday, February 15, 2010

Aku PasRah & Redha...

Hari nie, si dia luahkn sesuatu..
sedih, tapi nak wat ape?
kecewa, tapi nak lari ke dunia mana?
dada jadi sempit, tapi nafas tetap kena hembus,
kepala jadi berat, tapi otak tetap kena terus befikir..

akhirnya aku faham.....
takdir Allah tu satu ketentuan
si dia bukan untukku...

Friday, February 12, 2010

Pemergian & Penggantimu

hmmm.. buat pertama kali aku menulis pada pagi hari...
aku sedih bila satu berita tiba2 sampai kat pc aku pagi2 buta tadi. berita yg belum tentu confirm, tapi macam disahkan...

-Salam, tuan, sorry.. terbaca kat atas ym tu..
-nape - tahniah pami?

ada la-
x confirm lagi-
tapi, kalu betul, -
korang kena raikan dye-

-tn famy dapat g ampang ye?

yup -
korang bkn dengar ckp dye-

-sampai ati...

sampai ati pedia?-
korang bkn reti hormat dia -
selalu bagi masalah -
dalam meeting, bdk2 klang buat hal -
dia yg kena tegur-

- sape ganti ?
Pn Gayatri -
mendapat la korang lepas ni. -


- tutttttttttttttttt......................... (dah tak larat tulis)


? is that true?

im feel so dowwwwwnnnnnnnnnnnnn right now

Tuesday, January 05, 2010

Selamat Tinggal 2009

Dah masuk tahun baru 2010 lak kita...
menyingkap semua peristiwa tahun 2009 yang banyak memberi kesan dalam kehidupan harianku di pejabat PPSPPA Cawangan Klang.... muahahahhaa:

7. Dikatakan menggunakan wang dana @ yuran bulanan anggota untuk menghisai pejabat
(cth: balang kaca, bunga2 kat ofis, bla bla bla)
- Cam bengang gak la mula-mula tu... sakit gak ati nie, mana taknyer, semua barang2 yang disebut di atas adalah pembelian dari duit poket aku sendiri, nak mintak kat petty cash, hmmm, hampeh.. tapi makin lama aku duduk kat cawangan nie, makin aku faham situasi sebenar kehidupan alam pekerjaan yang dilitupi dengan pihak2 lelaki, malahan ada diantaranya yang bersikap belum matang, termasuk aku..

6. Penolakan tuntutan wang panjar runcit untuk Makan Tengahari Mesyuarat Pengurusan
- kes tu rasanya dalam bulan Februari 2009. apa perasaan aku sebenarnya ye? hmmm, mestila geram, mana tak nyer, dah sah sah dalam Bajet 2009 yang aku tgk kat HQ KL ada peruntukan untuk makanan & minuman untuk setiap cawangan, tapi disebabkan ada kekangan dalam perbelanjaan, tuntutan tu tak diluluskan Wakil Pengarah Negeri atas alasan yang berkenaan. antara sebab yang diberikan adalah Pejabat Hulu Selangor juga menyediakan hidangan yang sama tetapi tidah dituntut melalui wang panjar. Otak ku berkata sendiri, "kenapa dye org tak claim?" sebab kedua pula, WPN maklumkan, kalau tuntutan tu diluluskan, tak mustahil cawangan lain akan membuat tuntutan yang sama... laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... ?????? So, nak cakap per lagi?
tapi disebalik cerita nie, ada selitan perkara dimana satu perbalahan diantara aku, gengku dan sutun bermula.... just wait n see....

5. Namaku dikatakan HOT di Selangor kerana sikap banyak PEEL...
wahhhhh.. takutnya statement tu... sape yang jadi reporter citer panas tu eh? ish ish ish... jahat tul la mulut orang tuh.. tapi nak wat camner, hidup kat dunia nie, kalau takde gossip, mana cukup masin, siap tambah ajinamoto tu.. antara ayat yang sedap dan terngiang di fikiran ku sampai sekarang nie adalah seperti berikut
ORG TU : Ehh, Nama Kak Shima ngan Fad dah hot dah kat Selangor nie. Tn Haji dah tau dah
nama dye orang.
takut kan dengar ayat tuhh? hiki hik hik.. ntah ape2 ntah...
lanjutan perkembangan kepanasan nama tu, aku adakan plan baikkk punya nagn geng2 ku yang tersayang... kami ambil langkah berdiam diri kerana yakin BERDIAM DIRI adalah senjata paling tajam untuk menumpaskan langau langau yang nakal cam nie... :) akhirnya, kami berjaya.. heheheheh (gelak jahat) Ok la tu.. sikit sikit jer.....

4. Mengejar HUJAU, UNGU, MATAKU JADI KELABU
ha nie pasal kejar benda cantik tapi hampehhhhhh.. cam kejar bulu burung yang warma putih tu... kejar bukan main penat, alih2, dapat jer takde apa2... siap kena taik burung lagi, uweeekk..
nasib baik la sang arjuna muncul ditengah tengah kabus kelabu.. ish, malu lah nak citer lebih lebih...

3. Abdul Latiff bin Mat Salleh
nak sebut ke, taknak nama orang kat atas nie? hmmmm, senang citer, aku nak gelarkan dye Lelaki Hampir Sempurna (LHS) Ya Allah, aku rasa cam satu kurniaan yang hadir dalam samaran bila perkenalan yang dirancang penduduk taman nie bermula dengan baik. Orangnya baik, lemah lembut, berbudi bahasa.. semua lah... lengkap serba serbi. kalau mengaji tu, sampai la jugak hening2 suara bacaan Ayat Suci Al-Qur'an tu kat rumah.. ala2 Lelaki melayu terakhir. Satu petang mak si LHS ni datang merisiik., hati nie rasa cam duduk kat tepi koridor bangunan tinggi yang dak berbidai... berdegup kencang.. ooooo.. macam nie rasanya bile dirisik,.mulut nie dah tak bleh nak cakap per, boleh senyum jer....
tapi keindahan sementara tu berakhir sepantas sinar kilat yang samapai kat muka bumi. aku tercari cari mana cahaya tu, tapi makin lama makin jauh, aku just boleh dengar bunyi guruh je yang tinggal, itupun sekali dentum.. hati nie cam piring yang terhempas ke batu la jadinya.. kecewa sangat.
"tiada salam tiada pesan, memaksa diri untuk melupakan,..... malam ku suram, siang ku kelam, ku kegelisahan, mencari cari kemana pergi, harga diri ini......" haaaa.. amik kau.. itu je penjelasan situasi ni, STOP.

2. Diserap tetap dalam perkhidmatan kerajaan
BESTTTTTT.. tu jer.

1. Kena marah Ngan Bos Laaaa
Kejadian palling sukar dalam tempoh pekerjaan adalah kena marah ngan bos. sebab masuk dalam bilik dye tanpa kebenaran.. Sedih siot... :(

BLOGGERS...PPSPPA

Ciiter pasal blog nie, dah lama sangat kali terakhir aku buat catatan dalam blog nie. tapi ntah kenapa, hati aku cam tertarik sangat nak menulis dalam ruangan yang perlu dibaca oleh diri sendiri...
bercakap soal kejujuran, memang la tak semua orang atau manusia dalam alam nie jujur, tapi takkan dengan diri sendiri pun nak menipu? ish, cam pelik jer...
alkisahnye cam nie, baru2 nie, aku terbaca coretan seseorang dalam blog BELIAU, apa yang memeranjatkan, tulisan dan fakta kejadian adalah berbeza sama sekali. camner nie, baru aku terfikir, sedangkan dengan diri sendiri pun dye tak boleh nak jujur, nie kan pulak dengan orang lain kat muka bumi nie.. kalu ngan Allah SWT tu, tu kira urusan persendirian yang hanya DIA boleh menghakimi...
hmmm.. pelik kan manusia sekarang?
Akhirnya aku buat kesimpulan sendiri, dalam hidup nie tak ramai yang boleh dipercayai, ikut lah gerak hati kalau nak buat sesuatu, tapi kena make sure hati ti tak berat ke mana-mana... :)