CinTa InDAh

CinTa InDAh

Friday, August 20, 2010

Jumaat yang cukup indah

kenapa hari ini indah?
ya, telah tertulis dalam kitab suci bahawa Jumaat adalah Penghulu Hari...
Remang Jumaat ni buat aku keliru seketika, kenapa mesti begitu?
oppsss... kepada siapa sebenarnya aku bicara?

buat seseorang,
Aku tidak bermaksud memburukkanmu,
Aku minta maaf seandainya tindakan ini salah di hatimu..
ada yang bertanya " Apa Hak ku?"
ya, aku juga begitu.. aku bertanya kembali pada diriku... "Apa Hak ku?" lantas, hatiku terasa sangat bodoh.. melakukan perkara itu.. walaupun aku teramat simpati pada keduanya, tetapi begini cara orang itu "berterima kasih" padaku.... buat yang disini, aku tidak akan lagi mencampuri kehidupanmu, seperti yg kau pinta, "Syaitan" ini ditambat di bulan puasa lantaran membuat durjana padamu, aku akan menambat diriku dari menyayangimu selamanya....
aku juga kecewa, aku juga terluka, lantaran kebenaran ini terlalu menyiksa, aku kembali pada mayanya.... kesilapan paling bodoh yang ku lakukan, adalah terlalu SIMPATI.... Sudahnya, seperti yg kau kata "rosak hubungan sesama manusia"... dan kini, rosaklah iaa.. Maafkan aku.. aku mengundur diri.....
dari jauh, ku doakanmu.. walaupun doaku tidak seberapa, walaupun aku hanya manusia biasa, doaku tetap mengiringi rasa yang makin jauh ini.

Berubahlah kita.......

No comments: