CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, September 23, 2010

Temuduga Penguatkuasa PPSPPA

Bismillahirrahmanirrahim....

Sebelum aku memulakan tulisanku mengenai coretan ini, aku memohon maaf kepada sesiapa juga yang merasa sulit mengenai apa juga yang berlaku disini...

coretan pagi,
aku bangun dari tido agak awal ari nie dibandingkan hari2 lain.. sebabnya, interview start kul 8.00 pagi, oleh yang demikian, aku diminta berada di PPSPPA Cawangan Klang pada jam 7.30 memandangkan aku juga salah seorang pemegang kunci di sini..
pas sampai jer, aku nampak EN. Tunangku yang merajuk n marh kat aku mlm tadi.. huhuhu...
nampak kak aween gak, yang sibuk memegang sesuatu disamping penyediaan air mineral...

Coretan sewaktu naik tengahari..
Para calon Pegawai n penolong Pegawai penguatkuasa yang dh menjalani ujian fizikal, naik ke pejabat untuk mendapatkan surat penolakan dan juga temudga lanjutan bagi yang melepasi tahap minimum ujian...
macam macam gaya, ragam dan perasaan yang boleh kita tengok kat sini,
aku ada rasa yang terlalu dalam untuk dikongsikan....
bertapa ramai manusia yang memohon pekerjaan di tempat bekerjaku..
sesungguhnya aku kelu seketika.. bertapa bertuahnya teman sepejabat dan sekerjaan ku yang lain, yang telah mendapat rezeki di sini..
(tak kira la melalui tali atau dari usaha sendiri)...

dalam meniti rupa2 insan yang bernama CALON2 nie, aku merasakan diri ini terlalu rendah dan insaf seketika dengan kurniaan yang selama ni mungkin tak dihargai..
aku seakan terlalu sayu bila melihat seseorang yang terpaksa pulang dengan hati yang sedikit punah... sesungguhnya mungkin bukan rezeki mereka di sini, doaku, semoga kalian semua beroleh sesuatu di tempat lain..
kepada calon yang berjaya, selamat mencuba dan selamat bertemuduga kali kedua di KUALA LUMPUR...


CORETAN MALAM
huk huk huk.. tak sangkanya, sampai malam la nak kena jaga..
adei, dah la aircond ditutup sampai kul 7 jer.. adeiiiii
kena gunakan kipas sebaiknya..
ohhh para2 calon, masalah teknikal lakk..
sebabnya, aircond di sini dibuka dan dikawal secara "centrallise" oleh pihak pengurusan bangunan A & M yang "cekek darah" nie.. adeiii..

Selamat berjaya...

* adalah dengan ini dimaklumkan, kitorang takde OT pon keja sampai malam nie.... 

* Bertugas demi perbadanan dan perkakian

3 comments:

Unknown said...

salam,..
kalau x kisah saya nak tanya,..ramai tak Pegawai Penguatkuasa yang diperlukan.
Kebetulan ada kawan temuduga di sana,..dan saya juga berminat.

Memang nak kerja di ppsppa kena pakai kabel ke?...org susah mcm saya mna ada kabel :(

Siti Noor Hashimah Bt Mohamad Said said...

Wa'alaikumsalam.
En Zahir, sorry sgt sebab amik masa yg lama utk jawab soklan tu.. huhuhu, agak lama tak bukak blog nie,
Pasal kabel tu, soklan tu cam umum sangat, sebenarnya, kalau ikutkkan, sebesar mana pun kabel yang ada, kalau tak lulus ujian fizikal tu, susah gak nak cakap... camner nak guna kabel bila tiang pemegang takde.. ujian fizikal tu penanda aras yg nyata yang boleh orang lain nilai. tapi, bila dah lulus ujian fizikal tu, n masuk bilik temuduga, penilaian dibuat oleh 3 orang panel temuduga. kat situ mungkin atas dasar penilaian
panel @ manusia.. huhuhu

Pasal jumlah kekosongan ni, memang nak pakai ramai gak la...

sebut pasal orang susah lak... untuk makluman, saya masuk pun tak pakai kabel, sikit pun xde....
kadang2 kita kena pcaya rezeki Allah SWT....

xpe2, sy doakan kawan En. Zahir tu berjaya diserap masuk ke perkhidmatan nie..

Wassalam....

Sheila said...

salam

saya nak tanya lah, ujuan fizikal tu kena buat ape je ek? then pakaian yang macam mana kena pakai untuk ujian fizikal tu?