CinTa InDAh

CinTa InDAh

Wednesday, March 27, 2013

Gigi Pertama..

Amirul Talib dah tumbuh gigi..
Yeaaa.... anak umie dah ada sebatang gigi..
pada usia 5 bulan setengah, gigi pertama..

Jangan gigit umie ye ucuk omey..

Thursday, March 21, 2013

Makanan Pejal Pertama Amirul Talib

Dah 2 hari Amirul Talib mula makan solid food
hahhahaha...
bagi bubur nasi jer.
tak belajar lagi buat puri bagai..

hari pertama, Blander beras sebelum tanak, bubur cam ok,
hari kedua, beli rice cooker baru, tak cantik buburnya,,
Amirul Talib makan pun macam tersedak, so, stop it...
hari ketiga, masak pakai kuali besar, hangus, buat lagi sekali..
blander lepas bubur makin masak n kurang air..
akhirnya, cantik gak bubur nasi umie buat utk si omey ni..

lepas hari ke-4, umie akan letak kentang n carrot..
lepas 8 hari, baru umie letakkan ayam atau ikan bilis..

hehheheeh...

Tuesday, March 19, 2013

Bersihkan Hati dari Wajah

Assalamualaikum...

hari ni tangan ni terasa laju plak nak menulis tentang wajah..
haaa? kenapa?

eh, taktau nak mula kat mana...
oklah, gini lah....

Perasaan benci pada orang lain, semua pernah rasa kot...
Tapi, perlu ke nak buat muka hancusss bila org tu lalu,
org tu bercakap
atau bila orng yang tak kita sukai tu melakukan sesuatu?
sedangkan, bila orang tu di hadapan kita, muka kita tak la sehancus itu...

adiuhhhhh.. macam mana nak terangakan 'muka hancuss' itu ye?
mungkin macam ni kot..
mata hitam pandang ke atas, mulut senget ke bawah,
bibir atas terjongkit sebelah,
sambil tarik nafas, kononnya tengah marah.

Allah ya Allah,
wahai la teman2,
jangan buat macam tu la lepas nie..
muka yang cantik dah jadi buruk,

Jangan jadi munafik,
bila perlukan pertolongan dari orang yang tidak disukai tu,
kita jadi sangat baikkk....
bila dia tak diperlukan,
mulut kita ringan jer nak menghamburkan segala keburukannya...

kalau ye pun seseorang tu terlalu menjengkelkan,
tak perlu buat muka seperti itu...
kalau senyum lagi cantik, dapat pahala, kedut pun kurang...
InsyaAllah, lama2 hati kita akan jadi bersih sikit demi sikit..



*saya dulu pun pernah buat macam tu, tapi semenjak dua menjak ni, rasa kesian pulak pada orang yang suka sangat buat muka macam tu, rasa macam kurang kasih sayang

Monday, March 18, 2013

Amirul Talib di usia : 5 Bulan

Amirul Talib Sayang Umie...



Weekdays :

 Amirul Talib bangun dalam kul 6.30 pagi, hentak2 kaki, libas tangan kiri kanan sambil mata pejam
kalau sampai 10 kali dye buat camtu, tak angkat jugak untuk disusukan, maka mulut comel dye pulak yang berbunyi... "erk.. erk.. erk..."
kalau biar lama sikit, bunyi akan meningkat jadi "waaaaaaaaaaa......." sekuat hati tanpa bukak mata..
hehhehehehehe.. umie dah buat kajian dah..
oleh yang demikian, bila Amirul Talib hentak2 kaki, umie dah bangun untuk susukan si omey ni..
lepas susukan, 15 minit kemudian, umie dah boleh bangun untuk siap2 g keja...
sampai kul 7.30 pagi, umie dah boleh kejutkan dia masuk dalam kereta.

Pukul 1.00 tengahari, sharp2 umie dah sampai kat rumah pengasuh untuk isikan full tank bekalan susu. :)
umie susukan, main2, agah2, kadang2 sempat tidurkan dalam buai sebelum umie masuk kerja balik kul 2.00 petang..
kadang2 terlajak gak, sampai kul 2.10 sampai opis.. (soory ye en bos)

pukul 5.20 petang,
umie dah boleh amik dye balik..
dalam kereta, main2, susukan dia, agah2, bacakan buku, tunjuk gambar dalam buku...
sampai umah, abah plak main ngan dia...
umie masak, umie mandi, umie solat maghrib, sampai kul 8.00 malam
 baru umie amik omey ucuk nie...
susukan, main2, sampai kul 8.30 malam
masuk tido, sampai pagi esok... ulang benda yang sama.... hehehheheehhe

Tapi, di setiap selingan masa2 itu ada sesuatu yang perlu omey tahu..

Bila bangun pagi, waktu susukan omey, umie usap kepala dia supaya Amirul kenal sentuhan umie.
supaya Amirul Talib rasa kasih sayang dari hati umie...

Waktu dalam kereta sebelum hantar ke rumah pengasuh, umie pastikan Amirul Talib pandang muka abah n umie dan tak tidur sepanjang jalan.

Waktu kat pejabat, Umie selalu rindukan Amirul Talib, kadang2 baju umie basah sebab susu meleleh..

Waktu masak, umie akan baca selawat dan doa supaya apa yang umie dan abah makan, dapat keberkatan Allah SWT.., supaya susu umie yang jadi makanan Amirul Talib akan lebih bersih dan apa yang abah ajarkan pada Amirul Talib diberkati Allah swt..

Waktu Amirul Talib bangun tengah2 malam untuk minum susu, umie tak pernah mengeluh apalagi terasa susah malah, umie akan bimbang kalau kamu tak terjaga kerana kamu adalah Harta dunia Akhirat yang Allah kurniakan pada kami...

Pada usia ini, berta kamu dah mencecah 8.7 kg, dan kamu masih belum boleh meniarap ye sayang,,,,, takpe, umie masih ada kudrat memanjakan kamu, abah masih ada kekuatan untuk mengendong kamu,. hehehhee.. abah kamu hebat kan? hhehehehehheee

Pada pasangan yang masih menunggu, InsyaAllah, rezeki kamu akan tiba nanti... Teruskan doa..

Monday, March 11, 2013

Berbicara Sedikit Tentang Politik Malaysia

Sebenarnya saya bukan peminat Fanatik mana mana parti Politik, Parti Tupperware mungkin ya..
tapi, bila berjalan2 laman facebook tadi, terjumpa sesuatu gambar yang sedih bila dibaca komen2 yang dihantar oleh sesetengah manusia yang menggelarkan diri mereka pejuang agama...

Allah ya Allah...
aku tidak mengecilkan mereka, tapi hati ni terasa agak kecewa dengan cara penulisan mereka..
sedangkan bangsa dan agama lain mungkin ketawa dengan persengketaan sesama kita, yang menulis komen terus menerus mengeluarkan caci maki menyedapkan rasa..

kisah bendera ini
baru semalam(10.03.2013) perkara ini berlaku di depan maa saya..
sewaktu membawa Talib ke Klinik Desa Bukit Kuang,
kira2 jam 11.45 pagi,,,

Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman sedang mencabut bendera parti Pas bwarna Hijau..
di sekitar kawasan berhampiran, ahli2 parti sedang memerhatikan dari bawah pokok berhampiran jeti di sebelah jambatan berkenaan

setelah 15 Jam perkara berlalu, saya dikongsikan dengan gambar ini... 

  

 bukan main lagi ayat2 yang digunakan bagi menggambarkan rasa marah kerana tindakan anggota MPK membuang bendera parti Pas ini..


Tapi, perlukah meluahkan rasa sebitu hanya kerana gambar?
ini link gambarnya gambar bendera diturunkan

Astaghfirullahalazim...

saya mengucap panjang, 

Dalam menulis komen2 begitu,
tidak ada yang tahu, atau mungkin pura2 tidak tahu..
sebenarnya Bendera Barisan Nasional yang bewarna biru terlebih dahulu dicabut oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman..
Anggota MPK telah menurunkan bendera Barisan Nasional pada minggu lepas.
Mungkin kerana tiada pihak yang mengambil gambar aktiviti membuang bendera Pakatan Barisan Nasional yang bewarna biru itu...
atau mungkin juga sesuatu yang kita sendiri kurang pasti.. 
 Selesai MPK membersihkan Bendera biru, maka, muncullah pula ahli parti pihak Pas memacak bendera Parti Pas sebelum diturunkan pula pada kejadian semalam..

saya tinggal di Bukit Kuang, tak sampai 1 kilometer dari jambatan Kemaman..
perubahan bendera selang sehari menjadi rutin di sini..
perang bendera sudah bermua seawal januari lalu..

Sebenarnya sya juga kurang arif, kenapa Majlis Perbandaran Kemaman tidak membenarkan bendera parti dipacakkan disitu, di kawasan sempit Jambatan Bukit Kuang..


kalau diikutkan, bendera Pas masih megah tergantung di sepanjang jambatan Geliga.... tapi hanya yang tergantung di bahagian atas... 


Wallahualam..

Allah maha mengetahui segalanya...