CinTa InDAh

CinTa InDAh

Monday, March 11, 2013

Berbicara Sedikit Tentang Politik Malaysia

Sebenarnya saya bukan peminat Fanatik mana mana parti Politik, Parti Tupperware mungkin ya..
tapi, bila berjalan2 laman facebook tadi, terjumpa sesuatu gambar yang sedih bila dibaca komen2 yang dihantar oleh sesetengah manusia yang menggelarkan diri mereka pejuang agama...

Allah ya Allah...
aku tidak mengecilkan mereka, tapi hati ni terasa agak kecewa dengan cara penulisan mereka..
sedangkan bangsa dan agama lain mungkin ketawa dengan persengketaan sesama kita, yang menulis komen terus menerus mengeluarkan caci maki menyedapkan rasa..

kisah bendera ini
baru semalam(10.03.2013) perkara ini berlaku di depan maa saya..
sewaktu membawa Talib ke Klinik Desa Bukit Kuang,
kira2 jam 11.45 pagi,,,

Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman sedang mencabut bendera parti Pas bwarna Hijau..
di sekitar kawasan berhampiran, ahli2 parti sedang memerhatikan dari bawah pokok berhampiran jeti di sebelah jambatan berkenaan

setelah 15 Jam perkara berlalu, saya dikongsikan dengan gambar ini... 

  

 bukan main lagi ayat2 yang digunakan bagi menggambarkan rasa marah kerana tindakan anggota MPK membuang bendera parti Pas ini..


Tapi, perlukah meluahkan rasa sebitu hanya kerana gambar?
ini link gambarnya gambar bendera diturunkan

Astaghfirullahalazim...

saya mengucap panjang, 

Dalam menulis komen2 begitu,
tidak ada yang tahu, atau mungkin pura2 tidak tahu..
sebenarnya Bendera Barisan Nasional yang bewarna biru terlebih dahulu dicabut oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman..
Anggota MPK telah menurunkan bendera Barisan Nasional pada minggu lepas.
Mungkin kerana tiada pihak yang mengambil gambar aktiviti membuang bendera Pakatan Barisan Nasional yang bewarna biru itu...
atau mungkin juga sesuatu yang kita sendiri kurang pasti.. 
 Selesai MPK membersihkan Bendera biru, maka, muncullah pula ahli parti pihak Pas memacak bendera Parti Pas sebelum diturunkan pula pada kejadian semalam..

saya tinggal di Bukit Kuang, tak sampai 1 kilometer dari jambatan Kemaman..
perubahan bendera selang sehari menjadi rutin di sini..
perang bendera sudah bermua seawal januari lalu..

Sebenarnya sya juga kurang arif, kenapa Majlis Perbandaran Kemaman tidak membenarkan bendera parti dipacakkan disitu, di kawasan sempit Jambatan Bukit Kuang..


kalau diikutkan, bendera Pas masih megah tergantung di sepanjang jambatan Geliga.... tapi hanya yang tergantung di bahagian atas... 


Wallahualam..

Allah maha mengetahui segalanya...


No comments: