CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, August 26, 2010

Hari Puasa ke-16.. hehehehhee..

Malam sebelumnya
hari nie berbuka posa di PPSPPA,....
lauk ayam, ayam percik, mortaberk, buah, bla bla bla.. air oren.. jhehehehhe.. bawak balik umah, cam mohrehh...

Pagi..
Bangun kul 5.00 tanpa tolong kakak ku untuk masak sahur.. malas sahur konon.. sampai kul 5.05, kakakku datang kejut aku,... "shimah, bangun sahur cepat".. aku geleng kepala.. "tak mau sahoq ka?" hurmmm... " bangun la minum jer.." ok.. pastu, apa lagi, sambil minum air nescafe white kofie, aku pun makan la nasik lauk ayam masak merah yang dibawak balik lam tadi...
abis sahur, tengok citer NUR KASIH... huk huk.. sampai kul 6, iron baju, 6.30.. aku bergerak ke PPSPPA KL.. huhuhu

Pagi yg dah nak naik sikit
dengar ceramah aset.. huhuhu..
waktu rehat tu, g la tingkat tuttt.. terserempak seorang manusia yang... Ya Allah, jauhkan aku dar bersikap sebegitu.. kau bukakanlah pintu hatinya untuk berubah ke arah kebaikan.. kau tutuplah pintu kejahatan yang tersirat di hatinya.. kau ampunilah kesalahanku Ya Allah..
aku terfikir sejenak, kenapa perlu ada manusia sebegitu? tiba2 hatiku terlalu jengkel.. Ya Allah, jauhkanlah hatiku dari sifat begitu, kau berkatilah hidupnya dengan memberikan hidayah dan pedoman pada jiwanya,...


Tengahari yg nak naik Petang
aku, ina, ita, ecah, pinas, Za (Penang), anisah.. balik umah kakakku dan TIDORRRRRR.

Senja n Berbuka.
Kami berbuka di SEUOL GARDEN di Kerinchi...
huhuhu.. dapur terbakar.. kain sesorang juga terbakar sikit,.. seksi dan koyak,, heheheheheh
kenyang sangat.. tapi sangat tak berpuas hati dengan perkhidmatan begitu.. huhuhu FLAMING STEAMBOAT jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lebih baik ....

MALAM
aku ngantuk dan tertidur sekejap di umah KAKAKKU Di Briekfields ini.. CIkyam datang lak.. hehehehhe


Kesimpulan : huk huk huk.. hariku sedikit tercalar dengan seseorang.. (cuba lupakan sikapnya yang begitu) dan aku juga tidak mungkin mendongak selalu ke langit seperti itu, kerna aku mungkin terpijak duri semalu di pangkal kakiku...

Wednesday, August 25, 2010

Tegakkan Bendera Kita - Lyrics

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita

[edit] English translations

Honor our flag
It's the nation emblem
We united under it
Living as a family

White red blue yellow
The color of our flag
Proudly streaming
In heaven (In the air)
Pride of all (of us)

Raise our flag

p/s: jiran sebelah kita tu, x tegakkan bendera kita pun, dye berakkan ada la.. hishhhh

MenJengah Bicaramu Ayu...

Ayu...

Setelah lama kita tidak bersua
sebulan dua ini, aku kerap membaca tulisanmu..
kau sumber kekuatan ku untuk terus menari di sini..

biar pentasku camping
biar tarianku compeng,
aku tetap disini..

Ayu..
suatu ketika dulu,
aku pernah menyakitkan hatiKU sendiri bila memandangmu
aku pernah melukakan diriKu setiap kali kudengar NamaMU..

Tapi Kini.. dunia semakin bererti,,
hatiku semakin terkesima..
tiap saat aku membaca bicaramu..
tiap kali aku menatap keindahan bait katamu
dan sekilas aku terpandang potret-potret milikmu..

Ayu..
ku tuliskan ini..
hanya untuk hiasan hatiku..
jauh di sudut hatiku.. ku mahu kau Tahu..

Aku Sedikit Kagum Denganmu..

Selamat Berbahagia.. semoga segala keindahan suka dan duka menjadi Milik Kita

(",).....

Tuesday, August 24, 2010

WaKe Up DeAr....

Assalamualaikum Warrahmatullah hiwabarakatuh..
Tanganku mengetik di hari yang sangta sunyi pagi nie.. kenapa sunyi? sebab aku semakin tenang mencuba sesuatu yang baru.. hehhehehe
diriku, aku menyayangi diriku.. tunjukkan kasih sayang itu pada zahir dan nurani ku..

# Jangan tinggalkan Solat 5 waktu kerna solat itu mencegah kemungkaran.. solat itu
mendamaikan dan solat itu benteng kegelisahan yang hadir ketika ini..

# jangan tinggal puasa.. hehhehe.. ayat cam budak kecik kan? hehehhe.. tapi kalo x larat nak posa gak, nak wat camner.. ik ik iki ikikiki.. cehh, tua dah weiii

# Bayar Zakat Fitrah.. RM7.00 la tahun nie Chimah,,,,

# Jgn Lupa banyak2 Mengucap & istihfar kalau ditimpa bencana.. sesungguhnya ia akan dapat mengubati sedikit kesakitan dalam diri kita.. .. ucap juga " Subahanallah...." berulang kali...

Friday, August 20, 2010

Aku dan Diriku

Aku mencari erti suatu ketentuan
haruskah aku melihat dan ketawa,
haruskah aku menangis dan seredah rasa duka bersama
aku teringat entri sebelum ini, dimana percaturanku silap..
langkahku kehel, dan akhirnya, aku yang sengsara..

rupanya dunia kita begini.

biarkan kau dengan apa makanmu kerna makanku belum tentu sempurna
biarkan kau dengan Rajinmu kerna malasku bukan datang selalu
biarkan kau dengan Kejujuranmu kerna aku belum tentu Menipu setiap waktu
biarkan kau dengan Kepandaianmu kerna hidupku bukan Bodoh selamanya
dan yang terakhir sekali,
biarkan segalanya,
kerna kau dan aku, tiada kena mengena....

Ingat semua ini dalam kepala otakmu Shima... Ingat... INGAT... INGAT

Cam upin lak.. hehehheheheheha

Kehidupan Kita

Mohd Ali Bin Adenan Bashah,

Maafkan aku sayang,
kerana diriku tidak cukup sempurna buatmu,
Namun, setiap saat aku dambakan kekuatan dalam diriku..
Setiap detik aku mengharapkan keutuhan diri dalam mengharungi kehidupanku..
kau redhakanlah diriku, kau doakanlah ketenanganku, dan kau titipkanlah rasa cinta ini dari hatimu..

Abang,
kehidupan kita baru bermula,
langkah yang kita tatih baru dampai di anjung teratak,
belum sampai ke pemuka,
belum tiba di batas dewasa..

aku merindui dirimu setia waktu
aku sentiasa mengharapkan bahagia milik kita
aku gembira setiap masa kau bersama
dan aku terlalu mengharapkan segalanya

Jumaat yang cukup indah

kenapa hari ini indah?
ya, telah tertulis dalam kitab suci bahawa Jumaat adalah Penghulu Hari...
Remang Jumaat ni buat aku keliru seketika, kenapa mesti begitu?
oppsss... kepada siapa sebenarnya aku bicara?

buat seseorang,
Aku tidak bermaksud memburukkanmu,
Aku minta maaf seandainya tindakan ini salah di hatimu..
ada yang bertanya " Apa Hak ku?"
ya, aku juga begitu.. aku bertanya kembali pada diriku... "Apa Hak ku?" lantas, hatiku terasa sangat bodoh.. melakukan perkara itu.. walaupun aku teramat simpati pada keduanya, tetapi begini cara orang itu "berterima kasih" padaku.... buat yang disini, aku tidak akan lagi mencampuri kehidupanmu, seperti yg kau pinta, "Syaitan" ini ditambat di bulan puasa lantaran membuat durjana padamu, aku akan menambat diriku dari menyayangimu selamanya....
aku juga kecewa, aku juga terluka, lantaran kebenaran ini terlalu menyiksa, aku kembali pada mayanya.... kesilapan paling bodoh yang ku lakukan, adalah terlalu SIMPATI.... Sudahnya, seperti yg kau kata "rosak hubungan sesama manusia"... dan kini, rosaklah iaa.. Maafkan aku.. aku mengundur diri.....
dari jauh, ku doakanmu.. walaupun doaku tidak seberapa, walaupun aku hanya manusia biasa, doaku tetap mengiringi rasa yang makin jauh ini.

Berubahlah kita.......

Thursday, August 19, 2010

Nilai 3 (2)

mau tau sesuatu? aku dah terpegang kulit IBAB (diterbalikkan) hari tu.. adei, apa lagi, cepat2 la cari lumpur kt belakang surau, terus samak tangan .. adeiiiii.. camtu lak yeah.... hehehheh
hari tu banyak gak shoppin disini.. barangan perkahwinan la.. 4/12/2010, aku menantimu,... hehehhe

Wednesday, August 11, 2010

Nilai 3




Semalam aku g amik exam "Perperiksaan Perkhidmatan" kat Uniten.. kertas pertama, aku rasa susah la.. adeiii.. tiba2, sampai Paper 2, aku rasa nak teduduk pun ada.. susahnya soalan2 tu.. tak suka la wei.. adeiiii

pas balik dari Uniten, aku g Nilai.. ada cerita di sebalik Nilai 3 nie semalam.. nanti aku sambung cerita.. sesuatu yang tak aku sangka.. cehhhhh

Monday, August 09, 2010

6S oooh 6S

Sakit lak ati aku bila fikirkan balik apa yg dah jadi ari nie.. nape la bleh jadi camnie.. pg tadi Farid dah ada cakap pasal kerusi nie, tapi masalahnya aku tak tefikir plak sampai jadi camnie.. adeiii, kena marah lak tuhhh.. cehhhhh.. inilah akibatnya.. tapi hatiku terluka. seriously.. memang kecewa sangat. daripada malam tadi, pagi tadi, tengahari, petang ... sampai saat aku menulis nie, memang ada jer yg x kena. nape hari nie tlalu sakkit lak aku rasa.
aku tak fikir ker? haiiissshhhhhhh...

heyyyyy.. hishhhhhhhhhhh.. hurmmmmmmmmmmmm... semua rasa ada nie.....

alahai @, nape la nasib aku camnie... ada masa, aku rasa2 cam nak jadi cam kau pun ada.. adeiiiii

Hari Pertunangan ku... 5/6/2010




HARI PERTUNANGANKU LA...

Coretan Baru

Setelah agak lama aku tak menulis dalam nie.. adeii.. banyak pulak rasanya perkara yang aku nak simpan kat sini untuk bacaan masa akan datang.. tak kira la, tua ker, muda ker, atau untuk simpanan dan bacaan generasi akan datang...

Kehidupan Di Pejabatku..:

Disini aku sudah terbiasa..
Sudah sedia maklum tentang kelebihan, kebaikan, kekurangan, kelemahan, keserataan dan ke normalan sesuatu perkara..
oleh yang demikian, mungkin masih belum ada perkara yang terlalu meninggalkan kesan selepas sekian lama bergelut dengan kekalutan hidup sebagai seoarang pembantu Tadbir Kewangan (W17) merangkap Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi(N17) Merangkap lagi SetiaUsaha yang masih belum setia sepenuhnya.. huhuhu

Pada 4/6/2010 lepas, ada dinner bagi seluruh PPSPPA (Tempat Kerja Ku la)
yang tak berapa sedap lak, kehadiran adalah diwajibkan.. hik hik hik..


Untuk kenangan, PPSPPA Negeri Selangor telah mengadakan Hari keluarga di Pulau Pangkor.. penglibatan anggota negeri nie sekitar 50 orang termasuk berberapa ahli keluarga anggota.. seronok jugak la, walaupun ada perkara yang sedikit mengganggu perasaan, tapi aku cuba mengabaikan gangguan halus tu bagi mengelakkan perasaan ku sakit.. keh keh keh