CinTa InDAh

CinTa InDAh

Tuesday, May 28, 2013

Resepi Bubur Nasi Bayi 7 Bulan

Semalam, (27/5/2013) Amirul Talib kena cucuk Hipetitis B..
alahai, pagi ni, bengkak plak peha dia..
9.89 Kg untuk 7.5 bulan..
Berat badan berlebihan ye dear...

ops... semalam Wani (Pengasuh amirul talib) kata, Amirul suka makan bubur yang baru nie, yang sebelum ni, dia macam muak2.. kalau yang baru ni, siap nganga2 dulu sebelum sudu sampai kat mulut..
ahahaha.. bubur baru ye...
aahhaha..
sebelum ni Amirul Talib hanya makan bubur nasi kosong...
sape nak resepi? meh meh meh...


Resepi Bubur Nasi Baby 7 bulan

Bahan-Bahan 

Suku Cawan Beras
Brocoli
Ubi Kentang
Lobak Merah
Labu Manis
Apple Merah
(setiap satu bersaiz kotak mancis)

Peralatan 
1) Bekas Kiub Ais Batu Bertutup









2) Periuk Masak Sup (Beli Kat Giant jer)








3)  Plastic keeper











4) Periuk Kukus











Lauk
1) Kukus semua sayur di atas selama 15 minit.. (Jangan kurang ye..)
2) bila dah masak, biarkan sayur2 ni sampai suam.
3) Blander Ubi Kentang + Brocoli dengan air.. kisar sampai lumat (Dapat puri warna hijau muda)
4) Masukkan dalam Bekas kiub ais batu.
5) Blander Labu Manis + Lobak Merah + Air.. kisar sampai lumat (dapat puri warna oren)
6) Masukkan dalam Kiub Ais Batu bertutup.
7) Apple yang dikukus tak perlu blander, simpan dalam bekas kiub ais batu
8) bila dah beku, simpan dalam plastic keeper
(Anggaran stok seminggu)

Nasi
1) Basuh beras bersih2 dan Rendam beras selama 2 ke 3 jam
2) Masukkan 5 cawan air
3) Tanak atas api yang sederhana dengan tudung periuk diletakkan separuh
4) Kacau selalu supaya beras yang dah nak jadi nasi tu hancur dengan elok
5) bila bubur dah hampir kering, masukkan kiub puri warna hijau muda dan puri warna oren dan masukkan apple (Apple tu cuma sebagai penambah perisa je)
6) kacau sampai mendidih dan sebati...

SIAP..

p/s:
1) bubur tak perlu terlalu pekat dan kering.. baby tak berapa suka, nanti muak...
2) Bubur nasi kena masak hari2 ye ibu ibu...
3) Anggara masak bubur nasi adalah selama 35-45 minit.. jadi, bangun la awal sikit .. hehehhe
4) asingkan balang blander yang digunaka untuk blander sambal dan buat puri makanan bayi...


SELAMAT MENCUBA....

6 comments:

Diana-k said...

Nak tanye lah... Kiub ais bertutup tu beli kt mane yer?

Anonymous said...

Kat giant..cari yg ada penutup

Anonymous said...

Nak beli kukus tue boleh?

snsyuhada said...

kalau nak beli periuk kukus tu blh dpt eh?

Amutha Thina said...

nak order periuk kukus mcm mne ye

Anonymous said...

Ala...dh trlpas tarikh..bru nk order piuk kukus tu...