CinTa InDAh

CinTa InDAh

Wednesday, May 22, 2013

Si Tanggang Versi Modern 2013

Lately ni, kecoh pasal Si Afiq Muiz yang cam derhaka kat mak dye..
Astaghfirullah.. Na'uzubillah....

Ya Allah...
Smoga dijauhkan aku dari menjadi sederhaka ini, dan dijauhkan aku dari disakiti oleh si anak yang sedang membesar kini..

sesungguhnya, kita semua manusia yang serba serbi kekurangan.
malah, dalam kisah si afiq ini pun, kita tak tahu siapa yang salah, apa keadaan sebenar, mungkin juga ibu afiq yang 'kurang baik', mungkin juga afiq yang lemas dalam cinta... dan seribu satu kemungkinan lain..
semoga menjadi anak yang lebih baik ye adik Afiq...

END pasal Adik Afiq Muiz.. (adik ke?)


masih kisah si Tanggang Morden, tapi kali ini versi lain..

Si anak gadis yang dah berusia hampir 20 tahun masih tidak pandai memasak, tak pandai basuh baju, tak pandai kemas rumah, tak pandai serba serbi..
tapi, bila sampai di kem PLKN, tak pandai semua itu, ibu yang disalahkan..
 "semua salah ibu, ibu tak pernah ajar anak semua tu...."

si anak yang bangun paling awal pukul 12.30 tengahari (walaupun orang berduyun2 datang rumah melawat si ayah yang sakit)

si anak yang mampu membeli telefon mahal sedangkan ibu dan ayah hanya makan nasi berlaukkan ikan sardin goreng saban hari

si anak yang membawa periuk nasi elektrik kegunaan keluarga ke asrama kolej dengan alasan kawan2 dah bawa barang lain, sedangkan si ibu hanya menggunakan periuk biasa untuk menanak nasi

 si anak yang menghebohkan ucapan terima kasih pada 'pakwe' di laman sosial yang kononnya menghadiahkan laptop comel sedangkan ibu dan ayahnya bergolok gadai, menebal muka meminjam sana, berhutang sini semata mata mahu memenuhkan hasrat memiliki 'lappy yang memudahkan urusan tugasan SPM"..

homaigod....

masa kecik, ditatang macam minyak yg penuh. nyamuk gigit, penyet nyamuk sampai tak nampak rupa dah.. bila dah besar, anak lak yg tikam hati mak


macam mana ni? salah ibu kah? salah bapa kah? atau salah namanya si Tanggang kah?

pada yang namanya Anak, cubalah menyenangkan hati orang tua...
memang pada dasarnya ibu dan bapa akan melakukan apa saja untuk kamu, memandangkan kamu anak tunggal keluarga itu, tapi, gunalah Otak yang Allah dah berikan kepada kamu .. kalau tak banyak, gunalah sikit....
Dan pada si ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata, semoga tidak silap didik...
berbaliklah pada sunnah Rasullullah dalam menjaga dan mendidik anak2....

Wallahualam

No comments: