CinTa InDAh

CinTa InDAh

Thursday, November 14, 2013

Slip Disc, Spinal Stenosis... Percubaan Pelbagai Jenis Rawatan...

Ok, Saya sakit...

Jalan ceritanya begini..
2-3 bulan lepas, kaki rasa macam tak berapa larat nak jalan jauh..
kemuncak terasa sakitnya masa awal bulan 9,
jalan2 kat Mesra Mall, kaki tak larat nak melangkah dah..
otw ke surau mesra mall, macam rasa nak merangkak jer...

balik rumah, malam takleh nak tido..
menangis sebab terlalu sakit kat tulang belakang, bahagian bawah, belakang peha(bawah punggung), otot bahagian luar kat bahagian betis sampai la ke pergelangan kaki...
mintak en suami urutkan, tak berkesan...
berlanjutan beberapa hari...
g Hospital Kemaman, Dr bagi ubat tahan sakit....
berlarutan selama beberapa minggu....
g urut kat air putih,
g urut kat taman binjai semarak 2 kali...
tak reda gak sakit.. kurang sikit...

10 Oktober 2013, balik Klang..
Dalam kereta, memang tak senang duduk..
sakit kaki.. sepanjang kaki... bahagian kanan..
macam lenguh, macam sakit...
taktau nak bagitau macam mana..

Sampai Klang, dah tengah malan, so, Tidur je lahhhhh
Esoknya, badan dah senget bila berjalan...
kesian, macam makcik tua dah...
kakak pun dah tegur,, orang2 sekeliling pun dah cakap..
tapi nak buat macam mana..
Hospital pun dah pegi, klinik pun dah pegi, bidan pun dah urut...

Hari Jumaat, 11.10.2013, urut ngan kak ana... lega sikit jer.,,
hari Ahad,  13.10.2013, urut ngan wak Era.. mak aiii.. sakittttttttttttttttttttttt sangattttttttttttttttttttttttt
bertambah tambah sakit aku...
19.10.13, balik ke kemaman.. dalam kereta, sakit gak... sampai umah, dah macam apa dah rasanya... sangat sakittt
20.10.2013, g hospital Kemaman sekali lagi.. kali ni Dr buat x-ray sebab dah naik kerusi roda..
imbasan x-ray takde apa2 pada tulang, tapi kena tahan wad sebab nak check sakit lain...
kena tahan wad 3 hari, tanpa buat MRI, Dr kata hanya sakit mekanikal pada buku lali.. (apa ke hey aku sakit buku lali sampai ke tulang belakang plak)..
22.10.2013, straight balik Klang sebab dapat MC lama...
uishhh.. oanas mencucuk kat tapak kaki.. kebas, sakit, semua lengkap

kat KL, buat MRI kat Salam (Shah Alam Medical Centre)...
ok, Disc Menggelembung kat L4-L5, dan L5-S1

padahnya.... sakit...

nanti update cara rawatan ye.. tak sempat,
nak buat keja sikit...

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,sy terbaca masalah puan yg masih ada harapan pulih tanpa melakukan pembedahan.
Saraf L4/L5 dan L5/S1 tuu sdah ditindih cakera yg mengelembung (bulging)sehingga aliran darah tidak sampai kesitu(akar saraf),jadi selagi tak selesaikankannya selagi itu tak akan memberi makna melakukan apa2 urutan,ubatan dan lain2,melainkan pembedahan.
Atau rawatan utk disc yg dah tergelincir tuu secara manual tanpa apa2 komplikasi diPusratu,InsyaALLAH
Pusratu sudah 18thn perkhidmatan dibidang ini.....jika puan ingin keteranga lanjut...sila hubungi hotline 0195752640 HQ Seksyen 13 S.Alam

Siti Noor Hashimah Bt Mohamad Said said...

SAYA DAH CUBA CALL NO EN, TAPI TA BERJAWAB.. TQ

Anonymous said...

Assalam puan. Semoga puan sihat. Apa rawatan yg puan dapatkan? Cerita sikit sbb saya ada masalah sakit belakang jugak. Tk.

Ida said...

terima kasih berkongsi pengalaman.