CinTa InDAh

CinTa InDAh

Monday, September 13, 2010

Saling mengHormati dan memahami...

Cuti raya dah start 6September lps, so, ari sabtu sebelumnya, aku dah gerak balik dgn En. Tunang tersayanggg...Bercerita tentang kumpulan BENDERA, GERAM, ntah apa lagi kumpulan Anti Malaysia di luar sana, Rasaku jadi tak ketahuan, mau marah, pada siapa, mau keji, tak de pekdah.. lama2 rasa ini cuma mampu disimpan dan direbus untuk mencari pengertian pada ke"melampauan" mereka....

dalam sulaman pemikiran tersebut, terlintas kejadian "Depan mata" dimana terdapat seorang ahli perniagaan berketurunan bukan melayu di pekan ku telah Meninggalkan anak cucunya di dunia nie... mungkin dah pergi pada petang hari 9/9/2010 tu.. malam tu, bermaksud malam raya bagi ummat Islam Khasnya dan Kaum Melayu yang menyambut Perayaan.....

terlalu enteng aku melihat keadaan itu..

si Sudut sini, darah keturunanku, kaumku, berteriak "haaa... 5 sepuluh... lima sepuluh.. amik kak"... "mari mari... murah murah... cepat, cepat.., 3 Sepuluh.. 3 sepuluh".. sahut sahutan, ketawa dan gurauan nakal si lelaki memanggil "Kak Long.. Kak Long.."

Kurang 5 (LIMA) meter dari tapak jualan kiri dan kanan, pihak itu sedang mengalirkan air mata kerana kepergian nyonya yang kukira nenek mereka,,, mentera dibaca tanda menghormati simati.. colok dan duit kertas bewarna kuning dibakar mengiringi kesedihan...

Bersambung lagi cerita yang di sudut ini, ... "mari bang, mari kak.. cepat cepat,.. kuih kuih... " dan itu ini.....

menghormatikah sesama kita dengan keadaan itu? atau semua ini sudah hukum alam bahawa "Keuntungan, Wang RInggit dan segala itu dan ini beraja di mata kita?"

Siapa Kita?

No comments: