Dalam meniti hari
rasanya aku manusia paling rugi
kadang lupa tuhan
kadang lupa diri
entah apa yang dirasakan
seakan esok tak pernah mati
segan mengakui, tapi itu realiti
bongkak pada langit
dusta pada hati
belum bab kufurnya nikmat yang Allah beri
tak pernah rasa cukup
kadang soal hati
makin lam amakin aku benci diri sendiri
kenapa? kerana kejam pada jiwa
menyiksa hati pada perkara yang sia sia
orang tak pernah peduli kau menangis
tapi kau tetap dengan hati yang begitu
ish, maunya mengincar diri sendiri
yang tak pernah ikhlas menerima takdir
yang terlupa pejamnya mata
terbukanya hati hari ini kerana Dia
yang sekarang kau lupa
No comments:
Post a Comment