CinTa InDAh

CinTa InDAh

Tuesday, May 28, 2013

Kaki Blog Vs Kaki Saje2 kongsi

Antara 2 di atas, kita dimana agaknya ye?

bagi saya, mungkin yang kedua...
bukan kaki blog..
hhehehehe

semua yang ada dalam blog ni, tentang saya..
tentang rasa,
tentang cinta,
tentang hidup,
tentang segalanya,

owh, kepada senarai pembaca,
terima kasih kerana memeriahkan jumlah pengunjung dalam blog ni..
ada sesetengahnya yang cum alalu dalam satu entri,
ada yang mengikuti,
ada yang menanti nanti (ada ke?) huhuhu... :)

Pada puan puan dan cik cik sahabat,
terima kasih..
dengan adanya kamooo semua,
maka terciptalah juga inspirasi dalam penulisan ini..
makin banyak yang saya baca tentang diri2 kamu, makin sayang saya pada kamooo semua...

Resepi Bubur Nasi Bayi 7 Bulan

Semalam, (27/5/2013) Amirul Talib kena cucuk Hipetitis B..
alahai, pagi ni, bengkak plak peha dia..
9.89 Kg untuk 7.5 bulan..
Berat badan berlebihan ye dear...

ops... semalam Wani (Pengasuh amirul talib) kata, Amirul suka makan bubur yang baru nie, yang sebelum ni, dia macam muak2.. kalau yang baru ni, siap nganga2 dulu sebelum sudu sampai kat mulut..
ahahaha.. bubur baru ye...
aahhaha..
sebelum ni Amirul Talib hanya makan bubur nasi kosong...
sape nak resepi? meh meh meh...


Resepi Bubur Nasi Baby 7 bulan

Bahan-Bahan 

Suku Cawan Beras
Brocoli
Ubi Kentang
Lobak Merah
Labu Manis
Apple Merah
(setiap satu bersaiz kotak mancis)

Peralatan 
1) Bekas Kiub Ais Batu Bertutup









2) Periuk Masak Sup (Beli Kat Giant jer)








3)  Plastic keeper











4) Periuk Kukus











Lauk
1) Kukus semua sayur di atas selama 15 minit.. (Jangan kurang ye..)
2) bila dah masak, biarkan sayur2 ni sampai suam.
3) Blander Ubi Kentang + Brocoli dengan air.. kisar sampai lumat (Dapat puri warna hijau muda)
4) Masukkan dalam Bekas kiub ais batu.
5) Blander Labu Manis + Lobak Merah + Air.. kisar sampai lumat (dapat puri warna oren)
6) Masukkan dalam Kiub Ais Batu bertutup.
7) Apple yang dikukus tak perlu blander, simpan dalam bekas kiub ais batu
8) bila dah beku, simpan dalam plastic keeper
(Anggaran stok seminggu)

Nasi
1) Basuh beras bersih2 dan Rendam beras selama 2 ke 3 jam
2) Masukkan 5 cawan air
3) Tanak atas api yang sederhana dengan tudung periuk diletakkan separuh
4) Kacau selalu supaya beras yang dah nak jadi nasi tu hancur dengan elok
5) bila bubur dah hampir kering, masukkan kiub puri warna hijau muda dan puri warna oren dan masukkan apple (Apple tu cuma sebagai penambah perisa je)
6) kacau sampai mendidih dan sebati...

SIAP..

p/s:
1) bubur tak perlu terlalu pekat dan kering.. baby tak berapa suka, nanti muak...
2) Bubur nasi kena masak hari2 ye ibu ibu...
3) Anggara masak bubur nasi adalah selama 35-45 minit.. jadi, bangun la awal sikit .. hehehhe
4) asingkan balang blander yang digunaka untuk blander sambal dan buat puri makanan bayi...


SELAMAT MENCUBA....

Monday, May 27, 2013

Tak Tahan Dah...

Kalau sesiapa yang kenal saya...
Saya adalah seorang yang sangat cepat menangis !!!!
Ok, Itu Fakta...

Oleh yang demikian, kalau ada sesiapa terasa macam ----> "eeiiuuu.... sikit2 nangis,,,,"
silalah doakan supaya saya jadi lebih kuat..

Dah nak masuk 2 tahun kerja kat opis kemaman nie..
belum pernah nangis lagi...
tapi, hari ni macam dah tak mampu nak tahan..
geram..
geram dengan macam2 ragam manusia..
yang takde pendirian lah.,...
yang nak hidup mudah, senang, dan komplot lah..
yang terlalu pentingkan diri sendiri lah..
yang salah tak reti2 nak betulkan dari dulu sampai sekarang lah...
yang yang yang.. dan sebagainya yang..

last2, bederai gak la 6 titik air mata nie..
cepat2 sapu, nanti orang lain tengok,
malu...

saya dah besar..
saya akan jadi lebih kuat..
saya akan jadi lebih kuat kalau en suami membela saya..
kalau dia pun ikut sama dalam senarai "yang" di atas, saya memang tak mampu jadi lebih kuat

Wednesday, May 22, 2013

Si Tanggang Versi Modern 2013

Lately ni, kecoh pasal Si Afiq Muiz yang cam derhaka kat mak dye..
Astaghfirullah.. Na'uzubillah....

Ya Allah...
Smoga dijauhkan aku dari menjadi sederhaka ini, dan dijauhkan aku dari disakiti oleh si anak yang sedang membesar kini..

sesungguhnya, kita semua manusia yang serba serbi kekurangan.
malah, dalam kisah si afiq ini pun, kita tak tahu siapa yang salah, apa keadaan sebenar, mungkin juga ibu afiq yang 'kurang baik', mungkin juga afiq yang lemas dalam cinta... dan seribu satu kemungkinan lain..
semoga menjadi anak yang lebih baik ye adik Afiq...

END pasal Adik Afiq Muiz.. (adik ke?)


masih kisah si Tanggang Morden, tapi kali ini versi lain..

Si anak gadis yang dah berusia hampir 20 tahun masih tidak pandai memasak, tak pandai basuh baju, tak pandai kemas rumah, tak pandai serba serbi..
tapi, bila sampai di kem PLKN, tak pandai semua itu, ibu yang disalahkan..
 "semua salah ibu, ibu tak pernah ajar anak semua tu...."

si anak yang bangun paling awal pukul 12.30 tengahari (walaupun orang berduyun2 datang rumah melawat si ayah yang sakit)

si anak yang mampu membeli telefon mahal sedangkan ibu dan ayah hanya makan nasi berlaukkan ikan sardin goreng saban hari

si anak yang membawa periuk nasi elektrik kegunaan keluarga ke asrama kolej dengan alasan kawan2 dah bawa barang lain, sedangkan si ibu hanya menggunakan periuk biasa untuk menanak nasi

 si anak yang menghebohkan ucapan terima kasih pada 'pakwe' di laman sosial yang kononnya menghadiahkan laptop comel sedangkan ibu dan ayahnya bergolok gadai, menebal muka meminjam sana, berhutang sini semata mata mahu memenuhkan hasrat memiliki 'lappy yang memudahkan urusan tugasan SPM"..

homaigod....

masa kecik, ditatang macam minyak yg penuh. nyamuk gigit, penyet nyamuk sampai tak nampak rupa dah.. bila dah besar, anak lak yg tikam hati mak


macam mana ni? salah ibu kah? salah bapa kah? atau salah namanya si Tanggang kah?

pada yang namanya Anak, cubalah menyenangkan hati orang tua...
memang pada dasarnya ibu dan bapa akan melakukan apa saja untuk kamu, memandangkan kamu anak tunggal keluarga itu, tapi, gunalah Otak yang Allah dah berikan kepada kamu .. kalau tak banyak, gunalah sikit....
Dan pada si ibu bapa yang dikurniakan cahaya mata, semoga tidak silap didik...
berbaliklah pada sunnah Rasullullah dalam menjaga dan mendidik anak2....

Wallahualam

Buah Hati Umie & Phimosisnye,,,

Amirul Talib tak berapa sihat 2-3 minggu nie..
ada je sakit sikit2, tapi Alhamdulillah,
sesungguhnya sakit yang dihidapi si manja ni tak teruk macam sesetengah anak2 kecil lain.

Selsema, Batuk, Demam, Phimosis..
ha, Phimosis? apa tu?
malas nak tulis, sila baca kat sini
Phimosis

Oleh yang demikian, solution oleh doktor adalah sunat..
bukan hukum sunat, tapi bersunat @ berkhatan..

Dalam mood bius lagi ni...

Sunat kat hospital umra nie Hospital Pakar Umra
Dr Rafi incharge utk check up, Dr Ismail untuk operation..

Pembedahan secara bius penuh perlu sebab Amirul masih bayi dan takkan boleh dok saje dila tgk dokter usik2 anu dia.. hehehheheh..

Doktor maklumkan akan ada side effect dengan penggunaan bius penuh ni..
-mungkin gigi dye akan luruh pada usia setahun.. (amirul talib dah ada sebatang gigi..)
-lepas terjaga dari bius, dye akan mengamuk cam orang pukul kuat2.. (memang mengamuk pun, setengah jam tanpa henti)

2 hari lepas sunat, Amirul Talib Demam..
dan seminggu lepas tu, semua dah ok..

Alhamdulillah....
Selamat membesar si ucuk umie...

Balik kampung Perlis, buat kenduri kesyukuran@doa selamat berkhatan..
* sape ckp kalau bersunat awal tak dapat duit ? hehehhehehehe.. Dah Selamat masuk ASB RM205.00