CinTa InDAh

CinTa InDAh

Sunday, August 11, 2024

Manusia Paling RUgi

 Dalam meniti hari

rasanya aku manusia paling rugi

kadang lupa tuhan 

kadang lupa diri

entah apa yang dirasakan

seakan esok tak pernah mati

segan mengakui, tapi itu realiti

bongkak pada langit

dusta pada hati

belum bab kufurnya nikmat yang Allah beri

tak pernah rasa cukup

kadang soal hati 

makin lam amakin aku benci diri sendiri

kenapa? kerana kejam pada jiwa

menyiksa hati pada perkara yang sia sia

orang tak pernah peduli kau menangis 

tapi kau tetap dengan hati yang begitu

ish, maunya mengincar diri sendiri

yang tak pernah ikhlas menerima takdir

yang terlupa pejamnya mata

terbukanya hati hari ini kerana Dia

yang sekarang kau lupa


Kau pergi jua

Cam sedih plk tajuk entry kali ni...

Well.. Lamanya tak menulis dalam ni.
Sebenarnya dah x tau nk luah keadaan mcm mana.
 Ceritanya begini..

Bos kena tukar sbb dpt memangku gred lg tinggi. Pendek tulisan, naik pangkat, tp blm sah