CinTa InDAh

CinTa InDAh

Sunday, July 14, 2013

Sukarnya mencari pengasuh dan Taska (#) di Kemaman

Pengasuh..
Sekarang ni, Umie sedang mencari Pengasuh baru untuk Amirul Talib sebab Acik dah taknak jaga Amirul Talib. Wan pun tak larat kalau Acik takde..
Anak umie kan sihat, jadi, Wan tak larat nak dukung dia...
dah masuk kat facebook "kemaman", hanya ada 1  feedback...
itupun belum tentu lagi..
Cari punya cari, tergerak hati nak cuba cal Taska..

Taska..(#)
kenapa ada tanda (#)?
sebenarnya, tanda tu untuk taska yang umie cari..
sebenarnya umie ada 1 permintaan dalam mencari taska ni,
# = membolehkan umie bagi susu waktu tengahari..

Wan bagi tau, taska pelangi elit bagus, ajar baby guna flash card, membaca...

tadi umie dah call Taska Pelangi Elit kat Pengkalan Sir..
bila umie tanya, "boleh tak saya datang setiap hari waktu rehat, 1-2 petang tu?''
kata pemilik taska "Kita tak benarkan ibu bapa datang waktu kerja, takut ganggu budak-budak, kak boleh la pump susu tu, kat sini ada gak yang hantar berpeket peket susu untuk baby.."
ok, dengan hati yang sangat berat, umie letak telefon. dalam hati ni patah seribu rasanya...
bukan umie takmo pam, tapi dah cuba pun, tak berhasil gak.. menitik setitik demi setitik jer..
alih2, susu yang sakit...

pas tu, try google ''Taska Terbaik Di Kemaman"
Pakcik Gugel bagi jawapan 
----->   Taska Rania
ok, agak menarik taska ni, godek2 blog taska, sangat bersih, menarik...
harga pun agak murah, (Harga tiada dalam kriteria carian umie... umie hanya mahu yang terbaik untuk Amirul Talib)
Umie tanya pula pada puan Hidayah, pengurus Taska Rania..boleh tak izinkan umie datang waktu tengahari..
Jawapan yang sama diterima,,,
Terima kasih puan.. hati saya kecewa lagi...


2 comments:

miserlyn said...

slm..last2 hantar taska mana? duk mencari taska di daerah kmmn jgk. Umur bby 11bln

Isabella Charlotte said...

PROBLEM KEWANGAN TERLIBAT

Terima kasih banyak Mr Walker untuk membuat impian saya datang. saya mendapat kad atm kosong dari beliau. Pada mulanya apabila saya melihat saya memberi komen mengenai dia saya hanya merasakan saya cuba melihat apakah perkara itu akan berubah untuk saya kerana saya seorang ibu tunggal dengan 2 anak. Saya menghubungi Encik Walker kerana nama yang sama dengan suami saya yang terdahulu saya mempunyai kepercayaan dan mengikut langkahnya, saya memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan kad tetapi ia tidak lagi berterima kasih 5 hari saya mendapat kad saya dihantar ke saya di sini di Canberra , Australia. Dalam masa kurang dari dua minggu sekarang saya telah mengeluarkan wang tunai $ 12.000 dolar di mana-mana POS atau mesin ATM setiap hari mengeluarkan $ 600. Saya sangat gembira kini membayar bil saya dan cukup untuk makan dan menjaga anak-anak saya. Terima kasih Mr Walker Hubungi dia: blankatm002@gmail.com