CinTa InDAh

CinTa InDAh

Sunday, April 14, 2013

Komitmen ; Tanggungjawab Hakiki, Peranan Tambahan dan keikhlasan hati...

Fuiyyoooo....

kat tempat keja kan, mesti ada yang akan merungut..
"Orang lain pun ada anak, boleh je bagi komitment "
"elleh, macam dia sorang jer yang ada family"

hello... sebelum ada cakap camtu, silalah anda fikir sejauh jauhnya...

Letakkan diri anda sekiranya berada di tempat saya...
hanya ada pengasuh, dan suami di tempat orang...

Saya takde makcik, takde mak, takde kakak, takde mak mertua kat Terengganu ni..
anak saya pulak, baru nak belajar meniarap,
nak duduk pun belum lagi, nak bediri dan berjalan, apatah lagi...

sebab tu la saya tak boleh nak bagi komitmen pada program2 yang saya kira boleh diletakkan di tepi buat sementara waktu..
bukan bermakna saya sepak terajang program tu ke laut terussss...
Main badminton dengan rakan2 pejabat, main futsal dengan kawan2 negeri terengganu,
itu bukan satu kewajipan saya buat masa nie...
keutamaan saya lebih kepada anak saya yang sedang membesar..

bukan menggunakan anak sebagai alasan..
tugas saya di pejabat tetap saya laksanakan,
kursus saya tetap saya hadiri,
mesyuarat2 tetap saya ambil bahagian...

cuma,
untuk tugasan tambahan, bukan masa yang sesuai...

Sekian, Terima Kasih....

No comments: