ok, nak share sikit panduan yang mungkin boleh digunapakai bila melawat orang bersalin..
1) Pastikan Ibu Dan Bayi bersedia untuk dilawat
- Bagi Sesetengah ibu, kehadiran pelawat amat ditunggu tunggu. inilah masanya mereka berkongsi pengalaman, perasaan dan cerita berkenaan kelahiran. Kehadiran teman2 dapat menceriakan ibu serta mengurangkan risiko kemurungan.Walaubagaimanapun, tak semua ibu begitu ceria. Ada waktunya, ibu yang baru melahirkan anak masih belum bersedia menerima lawatan dari orang luar, walaupun sahabat baik. ibu memerlukan sedikit masa agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan selepas melahirkan. Kedua faktor ini begantung kepada tahap emosi si ibu
2) Berhati-hati dengan Nasihat
- Pelawat dinasihatkan supaya berhati
hati dalam memberi nasihat dan pantang larang kepada Ibu-IBu. Hal ini
kerana, selepas waktu kelahiran, tahap kesihatan fizikal dan mental
ibu masih belum sembuh sepenuhnya. Jangan sesekali menggunakan
perkataan yang keras dalam menurunkan ilmu, contohnya " Jangan
makan ayam, nanti luka bernanah". cukuplah sekadar mengingatkan
Ibu-Ibu dengan perkara asas. Ini kerana tahap penerimaan makanan dan
ketahanan badan masing-masing berbeza. Apabila fikiran Ibu-IBu
dikuasai oleh perasaan takut luka Bernanah, proses penyembuhan luka
akan mengambil masa yang lebih lama
3) Berikan Kata Kata Semangat
- Kata kata semangat dari pelawat amat diperlukan ketika ini. sedikit pujian dan dorongan akan mebuatkan Ibu rasa lebih kuat dan semangat yang hadir dapat membantu proses penyembuhan.
4) Bawa Cenderamata
- Cenderamata bukan bermaksud hadiah besar, cukup sekadar sehelai baju bayi, set mandia atau buah buahan untuk si ibu. ini membuatkan si Ibu rasa dihargai dan disayangi.
5) Sentuhan ke atas Si Kecil
- Kepada pelawat-pelawat wanita, pangkulah anak yang baru dilahirkan, atau sekiranya masih belum mahir memegang bayi kecil, usaplah dan cium pipi si kecil. Hati ibu-ibu pasti berbunga bila orang lain menunjukkan rasa sayang pasa anak mereka. Tetapi bukan semua ibu berpendapat begitu. ada juga yang terlalu berhati-hati sehinggkan gusar untuk membenarkan orang lain memegang anak sendiri bimbang berlaku sesuatu. walaupun jarang ada ibu yang sebegitu, tapi masih ada...
No comments:
Post a Comment