CinTa InDAh

CinTa InDAh

Sunday, May 11, 2014

Sambutan Hari Ibu.... Haramkah?

Assalamualaikum....

* cuba berbicara dengan perasaan se'natural ' mungkin.

Sambutan Hari Ibu,
Di Malaysia, sambutan hari ibu disambut setiap hari ahad, minggu ke dua bulan Mei..
Sejujurnya, saya tidak terlalu berahi menyambut sambutan hari2 selain hari Raya Aidilfitri dan Bulan Ramadhan..
tapi tahun ini hati sedikit berkocak bila memikirkan ibu yang semakin meningkat usia, entah berapa lama lagi hayat mak di dunia..
sambutan hari ibu dilakukan secara selingan, bukan semeriahnya,...
kakak membeli sebiji kek bertulisan "Happy Mothers Day to All SAID Daughter"
terfikir semula,, wahhh, kami 8 beradik perempuan semuanya telh bergelar ibu.. sedikit terharu..
berbalik pada tajuk di atas....
Haramkan kukumnya menyambut hari ibu?
ada yang menitipkan pada timeline fb saya tulisan ini...

"Matlamat Tidak Menghalalkan Cara"
Hukumnya: HARAM, SYIRIK & DOSA BESAR

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
- [Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H]


ok, saya mencari, dimana syiriknya sambutan hari ibu?


Monday, May 05, 2014

sekali lagi...

PPSPPA Terengganu akan melalui fasa pengecilan..
oh oh oh.. Dalam perkiraan dan pengetahuan am semasa, PPSPPA Kemaman akan ditutup dan di'cover' oleh Daerah Dungun..
Perasaan pertama, oh, pindah lagi, tapi tak terasa berat sangat sebab ini bukan negeri tumpah darah saya...
tak mengapa, peluang untuk menempatkan diri di Kuala Terengganu mungkin ada, tapi saya mahu memberi peluang itu kepada anak negeri terengganu yang lebih layak tingga ldi sini, pasangan mereka di sini, keluarga mereka di sini... oleh yang demikian, saya rela... dengan ikhlas hati... :)

ok, pilihan2 penempatan mungkin tak banyak, Bandar Tun Razak, HQKL, WPKL, Alor Gajah dan Perlis(mungkin)..