CinTa InDAh

CinTa InDAh

Wednesday, April 17, 2013

Pentingkah Orang Yang Bernama Sahabat

bagi saya, sahabat tu agak penting...
oleh yang demikian,

seorang sahabat:-
perlu dihormati,
perlu dilindungi,
perlu diangkat dan disokong kebaikannya..

Seorang sahabat juga:-
tidak seharusnya dikhianati,
tidak sepatutnya di'dengki'i
tidak selayaknya dimalukan..

menjatuhkan sahabat adalah merupakan satu kesilapan yang kadangkala bukan disengajakan, walaubagaimanpun, boleh dielakkan sekiranya otak berfikir dengan pantas berbanding tindakan sebelum berfikir.. alolololo... adudududuuudu...

Allah ya Allah...

Semoga aku menyayagi sahabatku selamanya..

sahabat2  yang berkenaan... aku sayang kamuuuuuu

Sunday, April 14, 2013

Komitmen ; Tanggungjawab Hakiki, Peranan Tambahan dan keikhlasan hati...

Fuiyyoooo....

kat tempat keja kan, mesti ada yang akan merungut..
"Orang lain pun ada anak, boleh je bagi komitment "
"elleh, macam dia sorang jer yang ada family"

hello... sebelum ada cakap camtu, silalah anda fikir sejauh jauhnya...

Letakkan diri anda sekiranya berada di tempat saya...
hanya ada pengasuh, dan suami di tempat orang...

Saya takde makcik, takde mak, takde kakak, takde mak mertua kat Terengganu ni..
anak saya pulak, baru nak belajar meniarap,
nak duduk pun belum lagi, nak bediri dan berjalan, apatah lagi...

sebab tu la saya tak boleh nak bagi komitmen pada program2 yang saya kira boleh diletakkan di tepi buat sementara waktu..
bukan bermakna saya sepak terajang program tu ke laut terussss...
Main badminton dengan rakan2 pejabat, main futsal dengan kawan2 negeri terengganu,
itu bukan satu kewajipan saya buat masa nie...
keutamaan saya lebih kepada anak saya yang sedang membesar..

bukan menggunakan anak sebagai alasan..
tugas saya di pejabat tetap saya laksanakan,
kursus saya tetap saya hadiri,
mesyuarat2 tetap saya ambil bahagian...

cuma,
untuk tugasan tambahan, bukan masa yang sesuai...

Sekian, Terima Kasih....

Demam Panas, Selsema, Kahak...

Assalamualaikum..

Hai hai hai... dan hai..

2 minggu yang sedikit sibuk, resah..
Amirul Talib Demam, kebah, surut, dan demam balik..
Badan Panas, Berkahak dan merengek sikit..
Semalam, kencing berdarah..

Ya Allah, aku redha dengan ketentuanmu..
sesungguhnya dugaan yang kau beri ini hanya sedikit berbanding kealpaanku...
Semoga kau permudahkanlah perjalanan hidup kami sekeluarga..

Anak Umie yang baik..
cepat sembuh ye sayang...
hati umie sangat risau..

Ke beberapa Klinik dan hospital bagi memastikan kesihatan kamu..

Hospital Kemaman (Jumaat 5 April 2013, 2.30 pagi) 
Dr    :   Biasa la budak2 demam ni.... saya bagi Paracetamol ye..

Klinik Kesihatan Chukai (Ahad,7 April 2013, 10.00 Pagi)
Nurse   :   kalau 2 hari demam tak baik lagi, datang balik klinik ye..

Klinik Nabilah, Selasa, 9 April 2013, 10.30 pagi)
Dr  :  Kahak dia banyak kat tekak je ni.. takpe, saya bagi ubat kahak.. puan tak perlu risau lah ye.. 

Klinik Dr Erlina (Khamis 11 April 2013, 4.30 Petang)
Dr  :  Kenapa tunggu lama baru bawa anak datang klinik, dia ni ada masalah Broncitis Cronic ni..

alahaiiiii.... mana satu yang saya nak pakai ni...