CinTa InDAh

CinTa InDAh

Monday, January 28, 2013

Amirul Talib bin Mohd Ali



Cinta Hati Abah & Umie... 
Si Moolat ni,
Si Manja ni,
Si Omey ni,
Semuanya atas rasa cinta kami...
Baru kuar nie.. wahhhhh, dapnye tidooo

Sob Sob.. Kena kuning plak, hua hua hua.....

ooooooo... abah amik gambar, posing lahhhhhhh.........
Hari Pertama kepala botak, sejuk laaaa
nak sembang ngan umie boleh?

Pelik lah abah ni, pakai t-shirt, tapi pakai tie... ikut abah g tmpt keja


Tak Suka minum susu dalam botol, nak susu umie je... meleleh tanda tunjuk perasaan

Besar nanti sy nak jaga umie sy...

boleh  ganti Aaron Aziz tak umie?

ish ish ish... malu la sy umie...

Saya sayang umie saya...

Saturday, January 19, 2013

rutin harian awal 2013

Tiap2 hari,
Bangun awal sikit, siapkan baju nak g kerja,
Tukarkan Pampers anak,
kalau anak nak berak, tolong pegangkan kaki, kalau tak, menjerit la si comel nie...

mandi, solat, siap2, sembang ngan anak ...
Walaupun ummi tak faham apa yang Talib cakap, ummi layankan jer...
kalau ngan abah lagi la, meleret leret ayat dia,
Abah pulak menambah-nambah ayat kat hujung tu... "ooo... ya ka, macam tu ka?'

:)

syukur tak bertepi .....
Alhamdulillah

Tuesday, January 15, 2013

Tekanan dengan HRMIS

adehhh
HRMIS oh HRMIS..
wakpe la berat nanang mu nie..
sokmo gitu, tiak tahung lambak.
ghoyak ke ore laing doh update, doh update..
upgrade natang gapo?

lambak supa siput babi mu..
dop leh derah skek ke?

ore laing susah bab mu,
bodo stemek mu ni...

Monday, January 14, 2013

Panduan Melawat Orang Bersalin

ok, nak share sikit panduan yang mungkin boleh digunapakai bila melawat orang bersalin..

1)  Pastikan Ibu Dan Bayi bersedia untuk dilawat
     - Bagi Sesetengah ibu, kehadiran pelawat amat ditunggu tunggu. inilah masanya mereka berkongsi pengalaman, perasaan dan cerita berkenaan kelahiran. Kehadiran teman2 dapat menceriakan ibu serta mengurangkan risiko kemurungan.Walaubagaimanapun, tak semua ibu begitu ceria. Ada waktunya, ibu yang baru melahirkan anak masih belum bersedia menerima lawatan dari orang luar, walaupun sahabat baik. ibu memerlukan sedikit masa agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan selepas melahirkan. Kedua faktor ini begantung kepada tahap emosi si ibu

 2)  Berhati-hati dengan Nasihat
     - Pelawat dinasihatkan supaya berhati hati dalam memberi nasihat dan pantang larang kepada Ibu-IBu. Hal ini kerana, selepas waktu kelahiran, tahap kesihatan fizikal dan mental ibu masih belum sembuh sepenuhnya. Jangan sesekali menggunakan perkataan yang keras dalam menurunkan ilmu, contohnya " Jangan makan ayam, nanti luka bernanah". cukuplah sekadar mengingatkan Ibu-Ibu dengan perkara asas. Ini kerana tahap penerimaan makanan dan ketahanan badan masing-masing berbeza. Apabila fikiran Ibu-IBu dikuasai oleh perasaan takut luka Bernanah, proses penyembuhan luka akan mengambil masa yang lebih lama

3) Berikan Kata Kata Semangat
    - Kata kata semangat dari pelawat amat diperlukan ketika ini. sedikit pujian dan dorongan akan mebuatkan Ibu rasa lebih kuat dan semangat yang hadir dapat membantu proses penyembuhan.

4)  Bawa Cenderamata
     - Cenderamata bukan bermaksud hadiah besar, cukup sekadar sehelai baju bayi, set mandia atau buah buahan untuk si ibu. ini membuatkan si Ibu rasa dihargai dan disayangi.

5)  Sentuhan ke atas Si Kecil
    - Kepada pelawat-pelawat wanita, pangkulah anak yang baru dilahirkan, atau sekiranya masih belum mahir memegang bayi kecil, usaplah dan cium pipi si kecil. Hati ibu-ibu pasti berbunga bila orang lain menunjukkan rasa sayang pasa anak mereka. Tetapi bukan semua ibu berpendapat begitu. ada juga yang terlalu berhati-hati sehinggkan gusar untuk membenarkan orang lain memegang anak sendiri bimbang berlaku sesuatu. walaupun jarang ada ibu yang sebegitu, tapi masih ada...

Perasaan Seorang Ibu

Syukur Alhamdulillah..

Ya Allah, bertapa rahmatmu melebihi kemurkaanmu..

Tulisan ini sekadar mahu berkongsi rasa hati seorang ibu baru.
Sesungguhnya banyak perasaan hadir dalam diri setelah bergelar ibu..
Dunia ini makin kecil, adanya kamu cahayamataku,
Sayang bergunung hanya untuk kamu...
Kerisauan dengan kesihatanmu membuatkan hati ini makin cekal menghadapi segalanya,
Saat indah bila kamu mampu menjawan agahan abah dan umie dengan senyum dan tawa mengekek,
Saat menidurkan kamu, riak wajahmu memenuhi seluruh tumpuan Umie,
Syukur bila mimpi kini lebih indah setiap hari...

Pada para ibu yang telah melahir dan membesarkan lebih dar seorang anak,
Aku amat mengagumi kamu kamu semua...
Kamu hebat, sentiasa Super Women untuk si comel..
Percayalah, Kamu paling indah di mata si kecil si kecil ini..

Pada yang masih  menanti,
Jangan pernah putus harapan,
InsyaAllah, rezeki ini pasti akan datang..
Syukur juga pada Allah, kerana aku juga pernah diberi kesempatan berada di tempat kamu2 sekarang..
Agar aku sentiasa beringat,
Agar aku boleh memahami,
Agar aku bisa mengerti,
Dan Agar aku tak pernah lupa diri,
Doaku ada untuk kamu2 juga.

Pada Allah yang memberi, Terima Kasih Ya Allah

Thursday, January 10, 2013

JAUNDIS a.k.a DEMAM KUNING Amirul Talib

AMIRUL TALIB BIN MOHD ALI.

nama baru nampak...
huhuhu
mintak nasihat pada orang yang lebih arif, 5 suku kata dalam islam...

ok, anak umie disahkan menghidap penyakit jaundis pada hari ke 4.
waktu petang, jururawat masyarakat a.k.a JM dari klinik desa Bukit Kapar datang buat lawatan dan maklumkan yang Talib ada kuning, JM suh wat pemeriksaan kat klinik Meru.

esoknya, 12 oktober, terus bawa g klinik, pagi2..
lepas ambil darah kat kaki, tunggu keputusan makmal pulak..
kesian anak umi,kecik2 dah kena amik darah..hurmmm
dah diperiksa, bacaan kuning talib, 311microm/l atau 18.29.
masa tu tak berapa faham tinggi ke tak, tapi, bila doktor maklumkan,
perlu masuk ke wad, hati ni dah mula risau.
balik, kemas baju, terus ke hospital..
sampai kat hospital, darah talib kena amik lagi, kali ni 1 tabung uju yang kecik tu..
agak terkejut bila doktor maklumkan kandungan bilirubin dalam darah talib dah meningkat sampai 395microm/l. atau bersamaan  23.2

Talib diletakkan ke dalam bekas untuk fototerapy atas dan bawah..
apa lagi, melalak la si bulat ini...
agak panas, hati ni macam nak lebur gak dengar anak nangis 3 jam tak berhenti...
 hari kedua, kuning dah turun, ke 301mm/l
tapi tak boleh balik lagi..
dok bawah lampu lagi, tapi kali ni baby cok dah ada lapik... tak macam semalam, kontang kanting anak umi.
dah la berak dalam tu.. uhuhuhu.. dah 2 jam baru bersihkan..
3 hari dalam wad, dok bawah lampu, setiap 4 jam kena amik darah, check dan check..
orang kata, bagi susu banyak2 supaya boleh kurangkan kuning..
nak pam pakai tangan tak pandai, mintak la en suami belikan pam pureen yang sama macam kawan guna..
beli kat Tesco Bukit Tinggi, RM169.90.
mungkin disebabkan salah teknik atau susu belum banyak, maka, susu tak keluar, niple plak sangat sakit..
mungkin gak sebab hati risau, efect pada penghasilan susu..
bayangkan, dalam masa 40 minit, nak dapatkan 1auns pun susah..
Ya Allah, tak terjangka ujian kali ni...
semua berlaku dalam sekelip mata, macam tergapai gapai mana nak berpegang..


= sikit pesanan untuk ibu2 muda yang anak kena tahan  kat wad sebab kuning

1- kat hospital Klang, anak yang kena tahan kat NICU disebabkan jaundis, ibu bapa boleh jaga, bukan angkat tau.. kecuali masa2 doktor pakar buat lawatan

2- anak berak n kencing, sila la bersihkan sendiri, sebab kalau nak tunggu nurse, agak lambat.. ada yang sampai dah berkubang dengan air kencing sendiri, baru nurse2 tu bersihkan.. kesian..

3- bagi ibu muda yang menghadapi kelahiran pertama, minggu pertama memang susu kurang, so, penggunaan pam susu mungkin tak membantu, lebih baik cuba cara manual, iaitu penggunaan tangan...
perah sikit2, lama2 jadi banyak.. kalau dapat 2 auns tu, kira betuah sangat....

4-kuatkan hati, jangan terlalu rungsing, walaupun hakikatnya, aku sendiri pun risau tahap melapau, tapi insyaAllah, yakin pada Allah...

5-jangan bagi anak makan atau minum yang bukan2, sebab tahap penurunan bacaan kuning lain2.. tak semua bayi sama... bagi susu ibu banyak2,

6-SUSU IBU YANG PERTAMA... LEPAS BERSALIN, TOLONG SUSUKAN BABY TERUS, JANGAN BIAR BABY TIDUR LAMA SEBELUM DAPAT SUSU IBU. SUSU AWAL PADA IBU TU BANYAK BANTU BABY... Talib tak dapat kolestrum pertama sebab dilahirkan secara pembedahan dan sy tak terjaga selam 6 jam kesan ubat... dia diberikan susu formula sebelum dapat susu ibu..

jaundis disebabkan pigmen kuning atau lebih dikenali dengan nama bilirubin yang meningkat dalam darah.
Bilirubin ini berlaku akibat pemecahan sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasentra dan seterusnya oleh organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.
Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.
Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.
Bagi bayi normal, setelah tiga atau empat hari kelahirannya, kadar bilirubin akan menurun perlahan-lahan seiring dengan pertambahan fungsi hatinya.
Biasanya bila umur mencecah tujuh hari, bayi sudah tidak kelihatan kekuningan lagi. Inilah penyakit kuning yang bersifat fisiologi atau normal dan tidak berbahaya bagi bayi.
ni sikit info pasal jaundis

kuning

Alhamdulillah, coretan selepas 3 bulan Permata Hati melihat dunia.

6 Oktober 2012, 1.30 petang,

Berangkat dari rumah di Meru ke Hospital Sg Buloh untuk melaporkan diri..
usia si comel di dalam rahim baru mencecah 38 minggu.
namun, disebabkan masalah kencing manis semasa mengandung, Dia mesti berada di luar perut untuk keselamatan ibu dan bayi..

Semasa lapor diri, ada bertanya pada jururawat bertugas, ''tak boleh ke tunggu sampai due...'
katanya takut keselamatan ibu dan anak yg ada dalam ni..
takpelah..

daftar dan masuk dalam... suami takleh ikut sebab belum ada katil..
menunggu katil kat hospital ni makan masa sampai 2 hari, baru ada....
wahhhhh.. ramai kot..

keluar masuk jumpa en suami yang menunggu kat luar, minta ampun dari dia n mak..
pada yang nak bersalin, jangan lupa mohon keampunan en suami masing2, ibu bapa..... 

kawan baik datang melawat,.. sebenarnya belum ada apa2 perasaan menggigil masa ni.
terima kasih

jam 4.30 petang, doktor bertugas buat pemeriksaan jalan,
dah buka 2 cm.. eh, biar betul, tak sakit dan takde tanda pun...
lepas check jalan tu, ada darah keluar, pinggang dah mula sakit sikit2...

7 oktober 2012
Menunggu lagi, rutin check jalan waktu pagi2...
sama gak, masih 2 cm... tak berapa suka masa check jalan,.. sakit sikit...
doktor pakar tu maklumkan, kalau jalan belum buka sampai petang ni,
3 ubat induce akan dimasukkan untuk rangsang pembukaan jalan...
ubat tu plak setiap 8 jam... apa2 jelah doktor...

petang, check sekali lagi,
kat wad menunggu kat bawah tu kata masih 2 cm, wah.. si comel ni, takut ubat ye...
ok, naik wad atas untuk induce ubat pertama..
tapi, bila sampai wad atas, doktor check balik, katanya dah buka 3cm, tak perlu ubat induce.
sorang lagi doktor check dan sahkan.. doktor india nie, kuku dye panjang, sakit lak... ishhhh
sama gak, 3 cm katanya
tunggu je lah sampai sakit nak bersalin.
malam, kul 8.30, dah mula rasa contraction.. setiap setengah jam akan rasa..
rasa cam period nak datang, yang teramat... 
en suami boleh hantar2 barang je.. huhuhu
tapi curi2 duduk lama gak...

kul 2 pagi, masih takleh idur sebab sakit datang n pegi... 
berlarutan sampai ke subuh, dan pagi
mesin CTG ni plak menambah rasa tak selesa... 

8 oktober 2012 

pagi, makan roti n air milo..
doktor check jalan lagi
pastu kena tolak turun labour room sebab dah 4cm..
Doktor Melissa  pecahkan air ketuban...
sakit yang datang, dah beralih ke 15 minit sekali, pastu 10 minit..
hua hua hua.....
 tengok jam, 10.30, 11.30, masih 4cm,...
 12.30, dah naik 6cm..
sakit yang teramat...
2.30 petang, 7cm, tanya kat doktor, takleh ke wat pembedahan..
Doc maklumkan, susah nak jaga kalau cesar..
oklah...
takde org dalam labour room, kadang2 ada 2 doktor pelatih datang, kadang2 ada adik2 nurse datang...
bila dah kul 4.30 petang, dok check lagi, masih 7 cm...
katanya.. 'jangan teran tau..'
tak larat dah nie.. minum air suam sikit,,,,
kul 6.30 petang, check jalan dah 9cm...
ok, Doktor suh teran.. 
camnie..

''Ok, berakkan... ''
aku pun teran la.....
Doktor cakap lagi..
''Cepat berakkan''
dalam hati ni, ''takde sape ke nak ajar aku cara teran...'' 
sedih... en suami pun takde kat sebelah, sebab belum sampai waktu baby nak keluar
aku dengar dye ckp ngan doktor lain, ''tak boleh la, jauh lagi''......n lain2 bahasa kedoktoran yang aku tak berapa faham..
kul 7.08pm,
last2 doktor cakap, ''Ok ye puan, kita nak transfer puan ke OT untuk emergency operation..''

maka bermulalah perjalanan katil bergerak ni ke bilik OT..

7.44pm, si comel dalam perut nie dah nangis kat luar...
dah dibersihkan, nurse suruh cium...
huhuhuhuhu..... letih n tertidur 6 jam..
lepas ni, bermulalah episode bahagia dan sedikit duka dalam mengharungi hari2 berpantang...


kepada ibu2 yang bersalin secara pembedahan, ada maklumat yang penting untuk kamu supaya tidak kekok selepas bersalin nanti.. ;

tips bersalin pembedahan.. seriuss