CinTa InDAh

CinTa InDAh

Monday, May 30, 2011

Baju Pengantin Kami


Biru Firus dirumah en Suami, Pink dirumah Perempuan....

Sangat mengujakan..

Tapi,

Mana gambarnya?

En.Photographer, sila la jawab panggilan kami..

isk isk isk

Lemau

Buat kesekian kalinya, hariku LEMAU

sANGAT...

Aku Sangat...

Bosan!!!!!!!

biarkan bosanku sehingga nanti aku bangun sendiri...

Pengharapan Kami

Ya Allah,

Sering saja hati ini berdegup kencang, secara tiba tiba...
kenapa?

aku kurang pasti...

dalam merancang masa depan, kami masih kekurangan sesuatu..
kami masih mengharapkan sesuatu.. yang itu..

Ya Allah,

Adakah kami belum bersedia sebenarnya?

Tuesday, May 24, 2011

Sekarang dah tak sama Macam DUlu..

Betul..

Sekarang dah tak sama macam dulu..
semua berubah..
semua...
S.E.M.U.A

jadi,
jangan harapkan perkara yang sama macam dulu dari saya...
saya manusia biasa,
yang ada hati dan rasa,

Ada Dia...

Thursday, May 12, 2011

hati yang sedikit terasa

Cik Hati ni sejak kebelakangan nie asyik terasa jer nampaknya.. tensyen kot sal operasi yang bakal menjelma..

huh..

kat PPSPPA Selangor nie, aku ada gerombolan teman yang aku boleh kongsi segalanya..

"Geng CuCuk Cucuk Jr..."

disaat aku menangis, mereka ada kata2 memujuk,
disaat aku kecewa, mereka gagahkan aku,
disaaat aku terlalu memerlukan, mereka sedia menghulur tangan...

tapi bukan waktu itu saja..

waktu aku gembira, perkongsianku dengan mereka,
waktu aku cukup bahagia, mahu jua ku pimpin mereka bersama..
dan waktu aku mendapat berita, mestila mereka orang pertama yang terlintas untuk bercerita..

tapi perkongsian cerita kami bukan ada tokok tambah..
perkongsian cerita kami ada punca hala..
perkongsian perasaan kami ada had dan penafian, bukan propaganda...
perkongsian kisah kami juga yang menjadikan aku semakin faham dunia tolak ansur..

tahu kenapa?

bila si dia mengamuk, si dia yang lain pula akan menenangkan,
bila si dia memaki, si dia yang lain pula cuba mengingatkan,
Bila si Dia terkecewa, Si Dia yang lain pula yang akan memberi pemahaman...

Sedangkan disaat aku menangis kamu pula ketawa,

dan semua madu dan Lukaku dikongsi bersama mereka,

Jadi, kenapa perlu ada rasa dan kata sinis?

Wednesday, May 11, 2011

APC: Aku Punya Cemburu

seperti yang aku luahkan kat header tu.. hanya perkara yang memberi kesan dalam diri akan dimuatnaik dalam nie.. oleh yang demikian, memang terbukti APC kali nie beri kesan dalam hidup sejak 2 minggu kebelakangan nie.. (soal kerja la nie)..

Sure, aku cemburu, tapi belum sampai tahap "sangat".... aku cemburu, bukan dengki.. dua entiti yang berasingan dan punya maksud lain.. ulang balik, cemburu, bukan dengki..
disebabkan sifat cemburu nie, ada rasa kecewa.. tapi belum cukup lumpuhkan aku ... (cam satu lagi kes disini...) waaa.. tak tau nak upload camner, rahsia besar....

berbalik pada APC... APC nie sebenarnya singkatan untuk "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" .. maksudnya, aku belum cukup cemerlang untuk dapat gelaran tu.. (sebenarnya lagi, gelaran belum cukup untuk aku berduka kalau nak dibandingkan dengan duit RM1000.00 tu) hehehhehe.. DUITTTTTT... DUITTTTT... wawawawawa...

Disini, penerimanya, bukan calang2 orang, (aku akui...) seorang tersenarai dalam "aKU aDA kAmU" seorang lagi, permata yang sukar digugat.. jadi, apa perlu cemburu?

mesti la cemburu.. mengulangi balik tulisan tadi.. RM1000.00..... siapa yang pejam mata tanpa ada rasa CEMBURU? wawawawaa....

tapi, dari sudut jiwa matangku, serius, aku sememangnya mengidamkan gelaran itu, dan yang pasti, bukan hanya aku, tapi semua pekerja di dunia idamkan gelaran itu.. tapi, layakkah aku? jawapan telah diterima, aku bukan diantara mereka yang cemerlang.

- apa yang telah aku lakukan selama nie, bukan apa2 kalau nak dibandingkan dengan si penerima..
- hari hari yang ku lalui di sini selama hampir 3 tahun tidak cukup rencah jika mahu diukur dengan "orang bakal berduit RM1000.00"....
- kepalaku belum cukup pening jika mahu ditandingkan dengan kepeningan kepala mereka semua....
- hehehhehe.. takpelah.. selagi aku bertugas di sini, aku masih ada peluang, walaupun tak besar, sekurang kurangnya masih ada harapan... walaupun .. walaupun. dan walaupun..

terima kasih oh Allah, kerana memberikan aku kekuatan untuk hidup, menulis dan merasakan perasaan ini....

Monday, May 09, 2011

9 Perkara Membuatkan hati Tak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :





1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.





2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.





3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.





4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.





5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.





6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..)





7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.





8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..





9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.





Kesimpulan





Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.





Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahualam"

Thursday, May 05, 2011

Selamat Tinggal DiGi

Menci.....

"Mulai 1/6, Caj RM2 dekenakan pd setiap ringkasan Bil & RM5 utk Bil Penyata. Log masuk Online Cust Service utk batalkan langganan Bil kertas atau hubungi 0162211800"

tu la msg yang sanagt membuatkan hatiku tak syokkk ari nie.. hamboiiiiii.. bulan2 dah caj, lagi nak tambah nokkkkkkk.. hebat kau DiGi... Mampuuuuuuuu?

menci..

Selamat Tinggal dunia Duitmu DiGi... tak syok!!!!!!!!!